KM 449.3
Lebuhraya Utara Selatan
arah Utara
Rawang, Selangor
28 Februari, 2012
8.30 malam
Nama mangsa: Azhar Jaafar, 39 , Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Lagi kes kemalangan maut di laluan Bayangan Maut
Beberapa andaian bagaimana kemalangan ini berlaku – tetapi yang pasti, nombor pendaftaran kenderaan yang tertinggal ini boleh menjadi petunjuk.
Kemalangan berlaku di lorong kecemasan lebuhraya.
Motosikal ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah kenderaan (yang masih belum dikenalpasti jenisnya).
Mangsa, Azhar Jaafar, 39 tahun dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, yang tercampak dan cedera parah, maut di tempat kejadian.
Azhar merupakan seorang ‘Building Executive’, Property Management , Sunway Muhibbah Permai Sdn Bhd.
Sebuah lagi motosikal ditunggang seorang lelaki, juga tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa turut tercampak.
Mangsa, Ramli Awang, 47, dari Pangsapuri Sri Teratai, Bukit Sentosa, Rawang yang parah, dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan.
Berdasarkan kesan rempuhan pada motosikal, kenderaan yang dilanggar dipercayai berada dalam keadaan berhenti.
Dan rempuhan itu juga menyebabkan nombor pendaftaran di belakangnya pecah dan jatuh ke atas jalan.
Tetapi, tidak diketahui, mengapakah kenderaan yang dilanggar tiada (beredar?) di lokasi…
Nota – Sehingga tengahmalam tadi, polis masih belum menerima sebarang laporan dari pemandu kenderaan terbabit.


















alfatihah untuk mangsa…..mungkin owner kenderaan yg dilanggar gugup..dan terus melarikan diri….atau mmg mungkin disengajakan untuk larikan diri….
salam tuan sham,
nak tanya skit dgn tuan lah.pagi tadi saya ada bantu seorang kakak ni eksiden di jalan airport subang.keadaan akak ni agak parah.ramai sangka dia dah meninggal sebab ‘sweater’ dia tutup muka.saya org yg pertama bantu akak tu sehingga ambulan dari hos.sg buluh tiba.soklan saya, macam mana saya nak tahu keadaan akak tersebut di hospital iya?saya baru call hospital dan diorang pun tak pasti keadaan akak tu.memandangkan saya tak tahu nama akak tu disebabkan beg dia anggota traffik yg pegang.
Jika tiada butiran mangsa, agak sukar untuk hospital ‘locate’. Cara paling praktikal ialah, saya syorkan anda terus dtg ke hospital sg buloh, kecemasan dan berikan maklumat seperti jangkaan masa mangsa dimasukkan ke hospital dan lokasi kes. Insya-Allah, mereka akan dapat nyatakan situasi semasa keadaan mangsa, dan jika keadaan mengizinkan, mungkin boleh melawatnya. Apa-apapun, tahiah kerana anda warga prtihatin kerana membantu sekadar yg kita termampu.
hari ini hari akak tu tuan.esok lusa tatau hari saya ke tidak.tak kira warna kulit atau apa bangsa saya akan hulurkan bantuan selagi terdaya.ingat nak call tuan sham pasal eksiden ni.tapi no tuan saya tatau.nak ambik gambar pulak saya punya hp cap ayam hehehe
kereta berhenti x nyala lampu signal ke? ish3