1 Maut 2 Parah – Kelisa Rempuh Pagar, Tiang, Pokok…
Kelana Jaya, Selangor
26 Oktober, 2008
Kereta Kelisa memang terkenal dan digemari golongan muda. Bukan tiada yang sejenisnya, Kancil, tetapi Kelisa lebih diminati.
Hatta, penjenayah juga amat gemar menggunakan kereta ini. Faktor utama, ialah Kelisa didakwa sebagai ‘power’ dan mampu meluncur , menyelinap laju di jalanraya terutama di lebuhraya.
Bagaimanapun, kekuatan Kelisa juga bukan sahaja meluncur laju, tetapi lebih dari itu.
Buktinya, dalam kejadian awal pagi tadi. Bukan sahaja berjaya meruntuhkan pagar lebuhraya, malah berjaya membuatkan batu dan besi tiang papan iklan turut tercabut…!!!
Tetapi akhirnya tewas kepada sebatang pokok…
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-30 pagi tadi di KM 11-8 Lebuhraya Damansara Puchong LDP berhampiran Kelana Jaya arah Damansara. 3 anak muda menaiki Kelisa ini dari arah Petaling Jaya.
Dan, seperti dijangka, memang Kelisa ini dipercayai dipandu amat-amat-amat laju. Setibanya di tempat kejadian, pemandunya gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dari lauan paling kanan ke arah kiri lebuhraya, lalu merempuh pagarnya.
Tidak cukup di situ, ia merempuh tiang papan iklan menyebabkan ia tercabut, dan kereta itu terhenti setelah merempuh pula sebatang pokok.
Akibatnya, pemandu kereta, Rutranathan Gunasegaran, 18 tahun dan dua lagi penumpang, tersepit di tempat duduk mereka.
Anggota bomba dari Balai Petaling Jaya mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan dua penumpang yang cedera parah.
Mangsa terakhir dikeluarkan, Rutranathan, berjaya dikeluarkan hampir sejam kemudian, tetapi disahkan telah meninggal dunia…
Dan siasatan polis turut menjurus samada pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol…
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.


