Jalan Setapak
Kuala Lumpur
13 Jun 2012
3 pagi
Nama mangsa : Chin Wai Loy, 46 tahun, Taman pandan Perdana, K Lumpur
Kira-kira 3 jam selepas kemalangan maut sebelum ini, satu lagi kemalangan meragut nyawa di ibunegara.
Dan 2 pekerja sebuah syarikat kontraktor penyelenggara lampu jalan, cedera parah dirempuh kereta yang terbabas.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi di Jalan Setapak arah Bulatan Jalan Pahang.
Sebelum kejadian, beberapa pekerja sedang mengangkat kon-kon setelah selesai tugasan menyelenggara lampu jalan di laluan ini.
Bersama mereka, sebuah kret penyelenggara yang digunakan mengangkat pekerja untuk melakukan kerja.
Tiba-tiba sebuah Proton Waja dipandu laju terus merempuh kon-kon terbabit dan salah seorang pekerja tercampak.
Seorang lagi pekerja yang berada di atas motosikal turut tercampak dan melambung ke atas cermin hadapan kereta.
Motosikalnya juga tercampak beberapa meter.
Tidak habis di situ, kereta terus merempuh pula belakang kren terbabit menyebabkan kereta terbabit remuk.
Pemandunya, Chin Wai Loy, 46 tahun, yang cedera parah, maut di tempat kejadian.
2 pekerja yang parah pula, di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Seorang dari mangsa dalam keadaan kritikal.
Polis turut menyiasat samada pemandu di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya.


















kat KL, orang biasa buat kerja-kerja penyelenggaraan waktu malam…mengalakkan kesesakkan . Kena ingat yang tu….lebih hati-hati
moga cepat sembuh
Assalamualaikum,
Subhanallah. Kesiannya dia orang. kita doakan semuanya cepat sembuh.
takziah,tapi kalau buat penyelenggaraan waktu pagi lagi sesak bro…
tu bnyk buat pagi2 lepas pukul 12 tgh malam..
rasanya abg sham tersalah tulis..bukan proton waja…tapi tengok dari pemegang pintu kereta yg kemalangan mungkin kereta proton pesona…:)
Adui.. Mmg menyeramkan. Saya biasa buat keje penyelenggaraan di Federal Hiway. Makin lengang, makin laju kereta bagaikan trek racing.
Semoga mangsa cedera parah dan kritikal sembuh dgn izin-Nya