Reality in Real Life

1 Maut, 2 Terselamat – BMW ‘Terjun’ Sungai

Sg Bomus
Persimpangan Jln Ampang/Munshi Abdullah
Kuala Lumpur
9 Mei, 2011
 

‘Airbag’ / beg udara – berfungsi dengan baik, kesan dari rempuhan pada besi penghadang jambatan.

Namun, apabila telah terbalik dan tenggelam di dalam air , bukan airbag lagi yang dapat membantu mengurangkan kesan hentakan.

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 3.10 pagi tadi.

Lokasinya di persimpangan antara Jalan Ampang – Jalan Munshi Abdullah di ibunegara, di dalam Sg Kelang.

Kereta BMW ini dinaiki 3 orang termasuk seorang wanita.

Kereta ini dari arah Jalan Ampang, dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke arah besi penghadang jambatan.

Rempuhan kuat menyebabkan kereta ini kemudian terus terhumban dan terbalik ke dalam sungai.

Malang bagi penumpang belakang, Parameswaran Darmalingan , 31 tahun – maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu kereta dan seorang penumpang belakang, berjaya keluar dari kereta ini dengan bantuan orangramai.

Kerja-kerja mengeluar dan mengangkat kereta ini dari dalam Sg Kelang, dilakukan menggunakan sebuah kren.

Dan yang pasti, ianya menarik perhatian orangramai.

8 Comments

  1. tata.azha's Gravatar tata.azha
    10/05/2011    

    time tu kebiasaannya ramai pemandu yang memandu dalam keaadaan yang merbahaya, especially those yang overdose dibawah pengaruh alkohol.

  2. tata.azha's Gravatar tata.azha
    10/05/2011    

    biasalah proses mengeluarkan kereta kalau kemalangan terjun sungai akan dilakukan bila hari dah terang, tetapi mangsa akan diselamatkan/ dikeluarkan terlebih dahulu.

    ada satu kejadian kereta satria neo client saya terjun sungai belakang sogo, pukul 12.30pm baru keta tu dikeluarkan kejadian kul 1 pagi tak salah saya. sbb tow track biasa takleh nak tarik, kena cari kren tuk angkat keluar.

    ni selalunya total lost sbb dah terendam dalam sungai more then 5 hrs.

  3. n.a.z.a's Gravatar n.a.z.a
    10/05/2011    

    ntah lah.. kalo tengok kepada setiap kemalangan.. nak bawak keta pun dah rasa takut. macam macam pesen ade..

  4. 09/05/2011    

    Assalamualaikum,
    Jam 3 pagi? nasib baik ada orang yang dapat membantu ketika tu.
    Takziah kepada semua mangsa.

  5. 09/05/2011    

    biasala kawasan kemalangan mesti semua orang nak pi tengok..

  6. 09/05/2011    

    takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat..

  7. 09/05/2011    

    Kejadiaan jam 3.00pagi ke ni? Gambar-gambar semua ni kerja-kerja keluarkan kereta mangsa je kan Abg Sham? Sebab nampak dah terang.
    Kepada semua pemandu dan penunggang motorsikal, beringatlah, walaupun jalan lengang, kita tetap kena memandu dengan berhati-hati, ikut peraturan. Jangan memandu laju walaupun hanya kita je ada atas jalan waktu tu. Anda mampu mengubahnya…

  8. 09/05/2011    

    ramai sungguh penonton kat jambtan tu

  1. 2 Maut Lemas – Kereta Terhumban Ke Dalam Sungai | ondscene on 17/10/2011 at 06:35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting