KM 395.7
Lebuhraya Utara Selatan
Ulu Bernam/Tg Malim
Hulu Selangor
4 Jul 2011
Lagi kes kemalangan maut di Laluan Bayangan Maut.
Sepatutnya, kes ini hanya membabitkan 1 kematian, dan 3 lagi cedera.
Bagaimanapun, akhirnya berlaku dua kemalangan maut selang beberapa minit selepas kemalangan pertama.
Kemalangan pertama berlaku kira-kira jam 6 pagi.
Pemandu sebuah Proton Waja maut setelah keretanya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali.
Kereta ini dari arah Kuala Lumpur menuju arah Ipoh.
Sebuah Proton Wira dinaiki 2 lelaki yang mengekori dari belakang, tidak sempat mengelak, merempuh pula Proton Waja ini.
Enjin Proton Waja turut tercabut.
Mangsa dikenali sebagai Goppal Kuppusamy, 28 tahun dari Batu Caves, Selangor.
Kira-kira 15 minit kemudian, seorang penunggang motosikal dari arah Sungkai, berhenti di laluan sebelah.
Penunggangnya kemudian melintas lebuhraya untuk melihat apa yang berlaku.
Anaknya pula menunggu di motosikal.
Ketika hendak melintas semula lebuhraya ke arah motosikalnya, setibanya di pembahagi tengah, mangsa dirempuh sebuah kenderaan.
Samy Kanu Samy Nathan, 51 tahun, dari Kg Hendra Baru, Sungkai Perak, maut akibat cedera parah di kepala dan badan.
Kenderaan yang merempuhnya, tidak dikenalpasti, dan terus meninggalkan tempat kejadian.
Ketika saya tiba di lokasi, mayat Samy Kanu dalam proses untuk diangkat ke dalam kenderaan polis.
Beberapa ahli keluarganya juga kelihatan di lokasi dan kelihatan amat sedih dengan apa yang berlaku.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
















Assalamualaikum,
Salah takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa. Mendiang Samy sangat prihatin, mungkin nak tolong mangsa lain.
Tgagedi tak kenal mangsa…
bila izrael datang memanggil…ditengah lebuhraya..salam takziah untuk keluarga mangsa..