Reality in Real Life

1 Maut – Wira ‘Terbang’ Rempuh Frontier

Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
10 Mei, 2011
9.15 malam

Sukar dijangkakan untuk kita tidak terlibat dalam kemalangan.

Malah kita juga tidak dapat menjangkakan, ada kenderaan dari laluan sebelah ‘terbang’ ke arah laluan kita.

Akibatnya, segala ‘precaution’ yang kita ambil ketika memandu, secara otomatik akan terbatal kerana kita turut menjadi mangsa.

Dalam kes ini, seorang maut, dan dua lagi cedera parah.

Sebuah Proton Wira Aeroback, dinaiki 2 lelaki, dari arah Bulatan Pahang melalui Jalan Tun Razak arah laluan terowong berhampiran Ampang Park.

Sebuah pacuan 4 roda, Nissan Frontier dipandu seorang lelaki, dari arah Bulatan Kg Pandan menuju ke pusat bandaraya.

Proton Wira Aeroback ini dipercayai dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan.

Akibatnya, ia terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu jalan di tengah-tengah pembahagi jalan.

Kereta ini kemudian memasuki laluan bertentangan.

Ketika inilah Nissan Frontier terbabit sampai, yang sudah pasti pemandunya tidak menjangka akan terlibat dalam kemalangan ini.

Kedua-dua kenderaan bertembung.

Pemandu kedua-dua kenderaan cedera parah.

Manakala penumpang Proton Wira maut di tempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Krishnan Lachmanan , 24 tahun, dari Taman Greenwood, Batu Caves.

Mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat.

Rempuhan kuat menyebabkan Proton Wira remuk teruk.

Nissan Frontier turut merintangi jalan.

Sebaik menerima maklumat, pelbagai agensi segera ke lokasi termasuk beberapa buah ambulan dari Hospital Kuala Lumpur, dan Jabatan Pertahanan Awam, JPAM.

Turut membantu , anggota bomba, skuad penyelamat DBKL dan JPAM.

Polis  terpaksa menutup laluan arah pusat bandaraya kerana halangan oleh kenderaan yang terlibat dan kerja-kerja siasatan dilakukan.

Dan kemalangan juga turut menarik perhatian ratusan pengguna jalanraya.

Apa lagi yang boleh kita lakukan dan ikhtiarkan ?

Sebaik anda berada di jalanraya, selain doa dan bertawakkal, selebihnya, banyak kejadian tidak dijangka akan berlaku…

 

2 Comments

  1. 11/05/2011    

    Apa yang saya amalkan.. sentiasa berzikir sepanjang pemanduan…

    mohon perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa…

  2. MunerR_Hammer's Gravatar MunerR_Hammer
    11/05/2011    

    hmmm… speechless. bcoz of other’s fault, other person become victim even safety & precaution had been taken. condolence to them.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting