10 Tercampak Dari Van
Jalan Selayang- Rawang
Selayang Prima
Selangor
15 Feb 2010
2-30 petang
Perhatian – Foto Di dalam entry ini tiada gambar mangsa
Tayar pecah.
Itu antara siasatan awal polis dalam kes yang membabitkan sebuah van ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2-30 petang.
Sekumpulan 10 warga Myanmar termasuk seorang wanita, baru sahaja selesai berkelah di Templer Park, tidak jauh dari tempat kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, salah satu tayar van dipercayai pecah menyebabkan ia hilang kawalan.
Akibatnya, van ini terbabas dan terbalik beberapa kali menyebabkan semua di dalamnya tercampak keluar.
Ada yang bergelimpangan di atas jalan, atas rumput dan ke dalam longkang dan nasib baik tidak ada yang digilis kenderaan lain.
Pelbagai barangan dan makanan bertaburan di atas jalan.
Dua buah kereta peronda dari IPD Gombak yang kebetulan melakukan rondaan dan mendapat maklumat, segera ke lokasi dan memberikan bantuan.
3 dari mereka di bawa dengan kereta peronda ke Hospital Selayang dan bakinya dibawa ambulan dari Hospital Selayang.
Pemandu van yang koma serta dua penumpang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, manakala 7 lagi cedera parah.
Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supt Che Hussin Omar, siasatan akan dilakukan adakah lesen memandunya sah dan siasatan juga dilakukan terhadap majikan mereka samada mereka mempunyai dokumen yang sah.
Warga Myanmar ini bekerja dengan sebuah syarikat di Kuchai Lama.
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.














