Jalan Lingkaran Tengah 2
Taman Metropolitan,Kepong
arah bulatan Batu Caves.
Kuala Lumpur
12 Februari, 2013
2.45 petang
Nota : Ketika kejadian, saya berada di luar Kuala Lumpur, dan tidak sempat ke lokasi kemalangan.
Mujur tiada yang mengalami kemalangan jiwa dalam kejadian ini – tetapi 5 penunggang motosikal cedera.
Dalam kejadian ini, kira-kira 20 buah motosikal berhenti di bawah jejambat kerana hujan lebat.
Kemalangan berlaku apabila sebuah lori sampah dipercayai terbabas ke kiri lalu merempuh belakang sebuah kereta Kia Sephia yang menyebabkan kemudiannya merempuh 12 buah motosikal.
5 penunggang yang cedera, dihantar dengan ambulan untuk rawatan lanjut.
Tiada butiran terperinci yang saya perolehi.
Berhenti untuk berteduh apabila hujan – biasanya di bawah jejambat atau jejantas adalah lokasi yang paling biasa kita temui penunggang motosikal berhenti.
Kadang-kadang laluan di bawah jejantas atau jejambat dipenuhi sehingga 2 lorong dengan motosikal, dan ini sebenarnya amat merbahaya.
Mereka yang sedang memandu dalam keadaan hujan, terutama hujan lebat, biasanya apabila sudah menghampiri bawah jejambat, baru menyedari banyak motosikal diletakkan di atas jalan.
Sebenarnya, berada di bawah jejambat untuk berteduh sebenarnya ‘tidak kelihatan’ atau tidak disedari oleh pemandu kerana faktor ‘blind-spot’ – dan ilusi ini anda boleh cuba sendiri.
Ia lebih ketara jika anda berada atau berhenti di bawah jejambat ketika cuaca panas terik – bahawa anda sebenarnya ‘tidak kelihatan’ oleh mereka yang sedang memandu atau menunggang.
Cadangan – apabila berhenti di bawah jejambat ketika hujan, susun motosikal selari di atas jalan dan bukan bertindih sehingga 2 lorong kerana ianya membahayakan semua pihak.
Tidak ada masalah saya rasa motosikal diletakkan selari dan basah akibat hujan, dari diri kita dipertaruhkan sehingga menyebabkan kemalangan.
Tetapi sebenarnya, jika tiada pilihan dan keadaan amat terdesak, berhenti di bawah jejantas ketika hujan, adalah sangat-sangat merbahaya.
Jika keadaan sangat terdesak untuk berhenti kerana hujan sangat lebat, biarlah motosikal basah diparkir di hujung dan bukan bertindih.
Kita mampu mengubahnya…


















Benar… kita mampu mengubahnya
cuma disini saya ingin beri cadangan agar setiap jambatan2
di Malaysia diletakkan signboard HATI2 ADA MOTOR or
apa saja. Motor juga haruslah nyalakan double signal utk
memberi perhatian kepada kenderaan2 besar semasa mula
berhenti dibawah jambatan utk berteduh.. Ini juga utk kebaikan
rakyat.
Hanya cadangan kecil saja…
sy setuju dengan kata2 abg sham tu..sebagai salah seorang penunggang motorsikal di Jalanraya Malaysia, memang kadang2 terpaksa berteduh sebentar dibawah jejantas dan sebagainya ditepi jalan..cuma yang kadang2 rasa tak sedap hati bila ada yang terlampau ‘sayang’ sangat kat motor sampaikan kena hujan / panas pun tak boleh..tu yang jadi tak selari parkirnya..
di sarankan kerajaan dpt menyediakan tempat rehat dan tempat berteduh yg secukupnya ditmpat2 yg bersesuaian .. ingtlah akan kesusahan rayat kelas bawahan.
bukan motor suka2 hati nak berhenti dibawah jembatan apabila hujan lebat.pihak konsesi jalan kebanyakkan tidak menyediakan tempat utk penunggang motorsikal berteduh apabila hujan lebat atau kepenatan menunggang motorsikal.kami sering dianaktirikan oleh pihak konsesi jalan tersbut.lihat saja pada jalan motor..penuh dgn jalan rosak,banjir,jalan licin,jalan berlubang,selekoh tajam,tiada lampu jalan mahupun terowong.waktu hujan lebat sekalipun jika pakai baju hujan pun boleh basah.takkan nak duduk dalam pejabat dgn baju yg lencun?mahu tidak mahu terpaksa berhenti.ni belum lagi bila ada petir..saya sendiri penah alami..menunggang motor dalam hujan lebat dan hampir di panah petir.
Aduhai rakyat hehe
salam semua.
sy juga penunggang motosikal tegar tp bkn area kl….cme area sepang n berdekatan….betul ap yg abg sham ckp tu klau pking moto smpi berlapis2 mmg mmbahayakn pengguna kenderaan lain n diri sndri……sy nyaris nk lggar diorng mse sy drive dkt area subang…..nsib baik mse tu sy plahan….klau x mmg da lggr diorng tu…..ap yg abg sham cdg kn tu mmg tersangat bgus…..moto tu ssun 1 or 2 brisan je dkt emergency lane tu….jgn tlampau bnyk sgt…..ap yg pnting kt sini sdiakan bju hujan sblom naek moto……
dalam situasi ni bukan pemandu tak nampak cuma pemandu tu terbabas dan merempuh motosikal..kalau tak ada motosikal yang dirempuh tu meungkin ada kemalangan jiwa yang berlaku..seeloknya pemandu motosikal pasangla pemantul cahaya kat mana² bahagian badna motorsikal tu supaya pemandu jalan raya dapat melihatnya dengan lebih mudah.