Km 400-3
Hulu Selangor
Lebuhraya Plus
14 Jan 2009
Selang kira-kira 2 jam selepas kemalangan di rawang yang meragut nyawa dua beranak terbabit, satu lagi kemalangan maut di Lebuhraya sama.
Di km 400-3, 36 km dari lokasi kemalangan tadi, sebuah lagi lori rosak dan berada di lorong kecemasan.
Lori membawa bekas ayam itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk emgambil bekalan ayam di Bukit Mertajam.
Sebaik pemandu lori ayam menyedari lorinya mengalami kenaikan suhu mendadak, dia segera memandu ke lorong kecemasan.
Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah lagi lori yang dipandu laju, terus merempuh belakang lori ayam terbabit.
Lori ini dari Cheras dan membawa besi dan pelbagai peralatan memasang papan iklan.
Tiga orang yang berada di depan, tersepit.
Pemandu, cedera parah.
Manakala dua penumpang hadapan, maut di tempat kejadian dikenali sebagai
Lim Mui Ann 25 tahun dan Michael Ven a/l Anthony 19 tahun.
Dua lagi yang duduk di belakang , cedera ringan dan dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.




bro…gua rasa kalo pakai seat belt sampai 38 sekalipun tak bleh nak elak ajal la…
Bro, aku lupa nak beritau aku ada kat sri pentas semalam. hahaha.. tapi kejap jek, pastu terus balik jb. Kalau idak boleh ko belanja aku nescafe kat mamak kafe TV3 tu. Aku lepak jap dengan bebudak MDF jek.
Ehh, lagi satu, kalau kau berniaga tow truck mesti kau kaya kan? Hehehe
lori ayam tu nak berenti tanpa bagi signal kot..
PS-betul jugak cadangan hazrey tu bro..buat part time bisnes tow truck ok jugak sebab bro biasa jadi antara org terawal sampai ke tempat kemalangan..
gabanz- memang betul bro. sebab sebenarnya kes org tercampak ni takdela byk, tapi kes tersepit menjuarai carta..
lagi baik wajibkan pasang dlm bas
hazrey – aku smlm memng busy gaban (tak de z gaban aku ni). kalu nak blanjep[un semalam, bole, aku suruh radja tu bungkuskan utk kau. 8 bungkus pun bole.
ok, nanti senang dtg, kau bgtau aku.
aku kalu tak mengadap mayat atas jalan, adala kat newsroom tu, tak pun kat ofis aku kat ampang
jawa- sebenarnya, toke towtruk yg ada kat jalan tu, kebanyakn dah kenal aku, jadi kalu aku pulak bukak bisnes ni, sure mereka tutup kedai nanti….
tapi takpe, kalu ada apa2 masalah kenderaan hang on d road, bagitau, mana yg dapat bantu, aku bantu….
bang ada cerita atau gambar tak kes kemalangan ni?
VVIP Menyebabkan Kemalangan 13 Kereta di Kuantan ! – malaysiakini
Akibat kerakusan seorang polis escort menteri yang menahan kenderaan membabi-buta, bagi memberi laluan kepada VVIP menyebabkan sebuah kemalangan besar berlaku. Kemalangan ngeri tersebut melibatkan 13 kenderaan dan 2 daripadanya terbakar.
Kemalangan ini menyebabkan kerugian yang amat tinggi dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya polis escort terbabit mengutamakan keselamatan orang ramai. Tindakkan polis itu juga mencerminkan nyawa VVIP jauh lebih bernilai dari nyawa orang kebanyakkan.
Menurut Sumber, VVIP tersebut berkemungkinan adalah Najib.
Gambar akan disiarkan kemudian oleh sumber yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat. Polis itu juga dimaki oleh mangsa tanpa balas.
anon..
menarik cerita tu..
SAHIH kah?
cerita kemalangan itu sahih dan benar
cuma saya tak dapat beri maklumat lanjut kerana saya tdk berada di lokasi.
jika ada sesiapa dapat email kpd saya foto itu, saya akan siarkan di sini dan akan dptkan maklumat sebenar.
ia berlaku pg td, dan 3 kereta yg terbakar.
bagaimanapun semua selamat.
esok pasti ada dlm akhbar.
dan ia memang melibatkan vip,tetapi saya tidak tahu siapa vip itu. saya rasa, mereka yg berada di lokasi, lebih arif dan tau siapa vip itu.
kadang2 saya fikir,apa lah penting sangat pak2 menteri ni.kata jiwa rakyat,sama2 lah merasa stuck kat traffic jam kan??penipu besar.
haha.emo jap.
bila baca berita kamu,saya mula terfikir,berapa banyak berita accident orang mati yang saya taktahu.kadang2 dalam sehari ada 2kes.itu dalam selangor,contoh lah kan..kat tempat lain?dalam sehari berapa ramai lah agak2nya yang maut accident di seluruh dunia?
saya rasa terbang lagi selamat kot..
dalam kes di kuantan itu, sebenarnya, kereta di hadapan dah berhenti, tetapi lori pulak yg di belakang buat hal, rempuh kereta2 yg dah berhenti tu.
puncanya? LAJU.
SEBAB tu ada auyat – kelajuan membunuh. tapi nasib baik dlm kes tu takde yg terbunuh.
kalaulah di kl, sure sy akan bagi gambarfan lebih baik…
dalam sehari? kalau di malaysia ni, paling kurang 10 org maut xcidnt jlanraya.
mmmm…lama dah xde kes air crash kat malaysia ni ye…..
setahu saya lah..
hanya 4 golongan sahaja yang layak dapat escort dari PDRM ni..
i) AGONG
ii) SULTAN
iii) PM
iv) TPM
so..dalam kes ni yang mana satu?
bro, sekarang ni tgh musim eksiden la… hari2 ada kemalangan maut, semuanya ngeri pulak tu..
semalam (15/1) je, kat melaka 2 mati van terbakar, kat kuantan 2 kereta terbakar, kat kota bharu dua budak rentung rumah terbakar
dalam minggu ni je, 3 kes lemas kat kelantan… dahsyat la bro…
jawa- itu antara senarai yg layak, selain dari pemimpin negara asing atau kes2 tertentu.
maaf, sy memang tak tau siapakah vvip itu. Nanti saya cuba dapatkan, dan saya maklumkan di sini.
wanfai – betul bro – masuk je tahun 2009 ni, saya rasa dah dekat 100 yg maut kemalangan jalanraya sehingga hari ni.
Kebanyakan kes, adalah akibat kecuaian dan pandu laju…
Jaln k krai tu…..ngeri kebankan kemalangan yg berlaku situ…
bukan nak mengata vvip nih.. tapi memang lagik baik kalau dorg juin jer trafic jammed tuh, untung2 kita rakyat biasa nih buleh tumpang buleh sesi luahan perasaan mesyuarat tingkap masa trafic lite merah.. baru jiwa rakyat title diberi