Km 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh
Antara Gapi, Hulu Selangor
31 Dis 2010
3.30 petang
Lagi kemalangan maut di Hulu Selangor hari ini.
Kali ini membabitkan dua buah kereta bertembung – kedua-dua pemandu maut.
Kamarudin Mat Arif, 61 tahun, pesara JKR, bersama anak perempuannya, Nurhazwani , 14 tahun,menaiki kereta Proton Persona ini.
(Saya masih belum mendapat maklumat penuh mengenai kedua-duanya- akan diupdate)
Mereka dalam perjalanan dari Batang Kali menuju Sg Buloh.
Setibanya di tempat kejadian, sebuah Perodua Myvi dipandu Pang Chir Yian, 36 tahun dari arah Rawang, dipercayai hilang kawalan.
Ia kemudian terbabas dan memeasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dipandu Kamarudin.
Rempuhan kuat menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk teruk dan Proton Persona terbabas ke arah sebuah longkang manakala Perodua Myvia merintang jalan.
Pang dan Kamarudin yang tersepit di tempat duduk, dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan orangramai.
Manakala Kamarudin yang cedera parah, dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ambulan dari Hospital Kuala Kubu Bahru – bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Nurhazwani yang cedera di kaki, turut dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Ketika di lokasi, saya terlihat dua kertas putih di atas rumput, dan apabila membeleknya, dua keping foto ini saya temui…
…





















alfatihah … sehari sebelum new year!! susah nak lupe kesah2 ni terutama pada keluarga allayarham
slm takziah..o_O
Salam…
Kalau hilang kawalan tu, biasanya dipandu laju…
Moga keluarga mangsa yang terlibat tabah..
al-fatihah…. cedey tgk gambo last ngan kedua last…
Alfatihah…segala dugaan yg diberi oleh Allah haruslah kita terima dgn tabah,mahupun agak sukar hendak kita terima tetapi itulah jalan utk kita diuji..bagi keluarga Allahyarham Kamaruddin berbanyaklah bersabar diatas musibah ini,kerana kejadian ini tidak diminta tetapi ianya telah ditentukan.
malangnya persona takde airbag. impak mmg kuat sampai dash tercabut menandakan yang melanggar mmg laju. berhati2 dijalan raya dan kurangkan laju
persona tak der air bag tak per nih myvi se tuh kan full spec ermmm direct kat dalam kete.. ape pun takziah tok keluarga mangsa huhuh sedeh tgk kalau gini..
cik/encik ecah, kalau tengok gambar ke-6 tu, boleh nampak beg putih, itulah dia airbag yg telah deploy dlm keta myvi.. nampak dari impact tu twist depan myvi,.ade 2-3 airbag pon tak guna. lagipun KALAU tak pakai seatbelt serupa tak guna airbag.
persona tersebut adalah model base line. model base line memang tiada airbag.
tapi, jika tak pakai tali pinggang keledar, ada airbag banyak mana pun tetap tak guna.
apapun, ajal itu adalah ketentuanNya.
persona b-line takde airbag.. myvi tu pn tak nmpk tanda2 airbag deploy..
alfatihah dan takziah kepada keluarga mangsa
silap reply plak kat atas tu, nak reply kat encik nazri sebenarnye,.. klu tengok kat gambar ke-6 tu boleh nampak airbeg dia deploy,..
ok2 dah nampak..
haha.. ada putih2 tu..
to my friend james pang,
rest in peace!
and
to en. kamaruddin, semoga rohnya dicucuri rahmat!
Unfortunately, your friend caused the deaths of an innocent man and his teenage daughter because he was driving like an axxxxxx…
takziah buat mangsa..
dari kesan kemalangan.. impak pelanggaran memang kuat..
pasti kanak2 dalam persona tu trauma..
harap2 dia tabah..
Takziah buat kedua keluarga mangsa..=(
Airbag.
Analisis Myvi- Airbag tu deploy. cuba tgk gambar tu elok2.
Analisis Persona – Airbag takde. memang kompom xdeploy lah.
Conclusion :
Ajal maut di Tangan Allah.sesaat tidak dipercepatkan, sesaat juga tidak diperawalkan.
Manusia kena berusaha untuk improvise. selebihnya, takdir akan menentukan.
persona b-line memang takde air bag.. m-line ada tetapi utk driver sahaja.. manakala kalau h-line pula ada dual air bag.. kalau diperhatikan keadaan tempat pemandu persona tak remuk teruk, tetapi hentakan momentum ketika accident tu yang menyebabkan driver maut,kalau ada air bag sekurang2 boleh serap hentakan ketika accident.. dah sampai masanya kerajaan tetapkan airbag wajib dipasang pada setiap kenderaan di malaysia.. kadang2 setengah orang nak jimat bayar installment kereta sampai ambil spec yang murah..
Takziah wat keluarga mangsa. Sedihnya melihat gambar keluarga tu.. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah Pakcik Kamaruddin.
tempat ini memang spot utk memotong kereta. Selalunya ada polis di selekoh tunggu pemandu yg memotong di double line di situ.
kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan takziah anda semua. Moga arwah abah ditempatkan bersama org2 yg beriman.AL-FATIHAH.
wany…aq harap qo sbar ye…
sowy r aq xdpt nk tgok qo…
aq nk ucp tkziah…
ade aje komen airbag… ajal maut ketentuan Allah SWT.. xkira la airbag depan blkang kiri kanan… klau bwk kete smpi hilang kawalan, nyawa tetap melayang.. tu myvi krete ade airbag pun ape jd..
cuma dlm kemalangan camni sepatutnye diambil iktibar.. klau nk eksiden, jgn babitkan org lain.. pi eksiden sorang².. langgar tembok ke, masuk longkang ke, hutang ke.. tp jangan hentam krete org atau org lain..
takziah kepada keluarga mangsa…
berhati-hati dijalan raya..ingatlah orang yang tersayang
al-fatihah..
takziah buat keluarga mangsa..
rasanya dah tiba kerajaan menguatkuasakan setiap kenderaan yang dipasarkan di Malaysia wajib mempunyai airbag dan segala ciri-ciri keselamatan. Hentikanlah keluarkan kenderaan yang baseline lah, basic lah, apalah.. at least ia dapat membantu dari tiada langsung.. kalau tak silap, airbag adalah ciri-ciri wajib untuk kenderaan dipasaran di negara membangun yg lain..
kalau ada airbag, ciri2 keselamatan tahap tinggi tapi sikap pemandu tak berubah pun tak guna jugak…lebih baik kita fikir cara mana untuk ubah sikap kita agar lebih sensitif dan hati2…
Memang ajal maut ditangan tuhan, tapi kita kena berusaha untuk selamat kan diri setakat mana yang mampu…
Sala satunya ialah – kena pasang ‘airbag’ pada setiap kereta baru, terutamanya buatan Malaysia. Pihak kerajaan perlu wajibkan setiap kereta baru perlu ada ‘air-bag’ tak kira ‘b-line’ atau ‘m-line’.
Proton atau Perodua jangan asyik fikir sangat pasal untung, biar berbakti sikit kepada rakyat Malaysia yang ‘terpaksa beli’ kereta kita.