Reality in Real Life

2 Maut 2 Kes Motosikal Terbabas

image

Km 305.4 LRaya Utara Selatan
Serdang, Selangor
15 Feb 2014
4 pagi

Nama mangsa : Wan Adnan Wan Ibrahim, 23, Taman Seri Serdang, Seri Kembangan Selangor

image

2 penunggang maut dalam 2 kemalangan berasingan di Selangor malam tadi dan awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi ini, seorang penunggang maut apabila motosikal Yamaha RXZ nya terbabas setelah hilang kawalan lalu merempuh papan tanda di bahu kiri jalan.

image

Kejadian berlaku ketika mangsa, Wan Adnan Wan Ibrahim, 23 menunggang bersendirian dari arah Kajang menuju Seri Kembangan.

Wan Adnan yang tercampak, maut di tempat kejadian.

image

Ketika kejadian, cuaca baik dan keadaan jalan 3 lorong adalah lurus.

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
_——————

image

KM 3.7 LRaya Damansara Puchong
arah Putra Heights
Selangor
14 Feb 2014
9 malam

Nama mangsa :Tamilselvan Maniam, 24, Sitiawan Perak

image

Kemalangan ini juga membabitkan motosikal terbabas – yang meragut nyawa penunggangnya.

Kejadian berlaku apabila motosikal terbabas arah jalan mati di tepi lebuhraya sebelum  merempuh kon-kon dan motosikal terus melanggar palang besi.

image

Akibatnya, Tamilselvan Maniam, 24, yang tercampak, maut di tempat kejadian.

Selvan sepatutnya menyambut harijadinya yang ke 24 , hari ini.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Posted from WordPress for Android

3 Comments

  1. bibikbiru's Gravatar bibikbiru
    17/02/2014    

    Apa salah papan tanda? Tanda tuh tak pernah bergerak pun.
    Nak salahkan orang yang bubuh papan tanda kat situ?

    Sekiranya papan tanda tu sekarang pokok, ada kah pokok kat tepi jalan pun kena tebang atau kena tukar jadi pokok plastik??

    Bayangkan lah…

    Terdapat banyak kemalangan lalu-lintas di Malaysia adalah maut.

    Apakah kita salahkan:

    pihak pembuat kereta tersebut?
    pihak yang meluluskan lesen memandu mangsa?
    pihak ibu-bapa yang membelikan kenderaan mangsa?

    Sama sama kita renungkan….

  2. nizamshaklee's Gravatar nizamshaklee
    15/02/2014    

    almarhum (w.adnan) … adalah saudara keluarga saya, semoga almarhum di tempatkan disebaik2 tempat di sisi-Nya. Salam takziah buat seluruh kaum kerabat yang terkesan dgn pemergiannya, semoga Allah s.w.t menggantikannya dengan yg lebih baik utk kita semua. Al-Fatihah.

    Solat Jenazah – Masjid UPM, Serdang Feb 15, 2014 1:20pm

  3. Perantau Hepi's Gravatar Perantau Hepi
    15/02/2014    

    Mungkin lepas ni papan tanda kena diperbuat dari getah @platsik untuk mengelakkan banyak nyawa yang hilang bila penunggang jalan raya bertembung dgn papan tanda…..*papan tanda gak yg salah ek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting