Jalan Ipoh
arah Kuala Lumpur
6 Jun 2012
3-30 pagi
Nama mangsa: Muhammad Shafuan Ismail, 16 tahun dan Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 16 tahun.
Kemalangan berlaku ketika Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ sedang membuat sekatan jalanraya, dan kenderaan sedang menunggu giliran untuk diperiksa.
3 motosikal dipercayai ditunggang laju, gagal mengelak lalu merempuh sebuah lori yang sedang berhenti menunggu giliran diperiksa, dan sebuah lagi motosikal merempuh sebuah van.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ipoh menghala pusat bandaraya berhampiran Taman Wahyu.
Kejadian pertama, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 15, bersama rakannya, Syukor Aman Rashid Nizam, 15, gagal mengelak daripada merempuh belakang sebuah lori yang berhenti untuk menunggu giliran menjalani pemeriksaan JPJ.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan menyebabkan Muhammad Shafuan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pembonceng, Syukor Aman, terselamat dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan kerana cedera parah, manakala pemandu lori, Phang Yaw Seng, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang seorang lagi rakan mereka, Muhammad Hazid Lukman Sabri, 17, turut gagal mengelak daripada merempuh lori tetapi terselamat dan turut dimasukkan ke Hospital Selayang.
Ketika kemalangan berlaku, sebuah van dipandu seorang lelaki warga Bangladesh dari arah sama sempat berhenti daripada merempuh lori berkenaan serta mangsa dan motosikal, tetapi kenderaan tersebut pula dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi motosikal ditunggang seorang remaja lelaki.
Rempuhan kuat menyebabkan penunggang motosikal terbabit, Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, parah dan maut di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
















lori ni masa berenti ada menyala tak lampu belakang (brek ke 3) ??.
lori ni kadang byk yg lori hantu – ciri2 keselamatan takda. lampu brek takda…brek rosak la..etc. byk dah meragut nyawa pengguna kenderaan lain. dia lori tahan la body besar.
dan penungang motosikal perlu alert dan jgn mudah leka…leka sikit…mcm2 boleh jadi.