Reality in Real Life

2 Maut – Motosikal Terbabas – Mangsa Terjatuh, Digilis Lori

DSCN2531KM 3.5, Lebuhraya Sg Besi (Besraya)
Seri Kembangan, Selangor
11 Januari 2013
10.30 pagi
 

Nama mangsa : Noorzarim Hisyam Taharim, 29 tahun, Jalan Landai Permai, SG Besi, K.Lumpur dan Muhamad Narzeri Wahab, 40 tahun, Kg Kuala Bigia, Jeniang, Gurun, Kedah .

DSCN2489Malang kepada kedua-dua mangsa yang menemui ajal dalam keadaan amat tragis.

DSCN2498Semuanya bermula apabila motosikal dinaiki mereka sebelumnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng jatuh ke atas jalan.

Kejadian berlaku di lebuhraya Sg Besi dari arah Balakong Ke Seri Kembangan.

DSCN2552Sebuah lori yang mengekori, tidak sempat mengelak lalu menggilis kedua-dua mangsa.

DSCN2523Penunggang motosikal, Noorzarim Hisyam Taharim, 29 tahun dan pembonceng, Muhamad Narzeri Wahab, 40 tahun, yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987

Pic : M.Shah

10 Comments

  1. firdauss ariff's Gravatar firdauss ariff
    11/04/2014    

    Inalillah…Dah setahun lebih arwah pergi,baru hari ini 11/04/14 baru saya tau yg terlibat dlm kemalangan ni adelah hisyam rakan karib saya masa saya sekolah rendah dulu..simpati dgn keluarga arwah yg diduga pelbagai ujian dan cobaan…moga rohnya di tempatkan bersama org2 yg beriman..

  2. pomen kereta's Gravatar pomen kereta
    21/01/2013    

    salam…ni laluan harian saya ni…..

    selekoh ni tak bahaya….

    apa yang jadikan tempat ni bahaya adalah sebab lorong kanan tu pergerakan kenderaan sangat perlahan sebab lorong kanan untuk susur naik ke “south city plaza”….. jadi kereta yang tersalah lorong memang banyak sebab susur naik tu dah hampir dengan selekoh….yang kanan pergi kiri..yang kiri pergi kanan…..banyak kali dah mengucap panjang bila kereta/lori lain menerjah ke laluan saya bila sampai sini…..kalau signal berfungsi takpe jugak…ini saya kesian lagi satu orang malaysia ni kalau cakap kurang pandai nanti dia marah….tapi beli kereta harga lebih 50ribu pandai pilih yang selesa dan laju…tapi sayangnya “lampu signal rosak” pun tak tahu….

  3. Hans's Gravatar Hans
    14/01/2013    

    Berapa biji motosikal yg ada di Malaysia? Tak perlu di Malaysia, KL/Selangor pon sudah cukup. Kalau diharamkan dan semuanya menggunakan kereta, agak2 nya teruk ke tak kesesakan di Malaysia nanti? Sebelum diharamkan, byk benda yg perlu di ambil kira..

  4. pemerhati's Gravatar pemerhati
    14/01/2013    

    Boleh citer skit mcm mana kita nak ‘haramkan’ sikap tuh?

    pada saya, nak mengharamkan penjualan motor itu agak keterlaluan. apa yg kita boleh buat, kita kena mula kurangkan kebergantungan kita terhadap motosikal dgn memastikan kita punya sistem ‘public transport’ berada dlm keadaan yg memuaskan.

    guna motorsikal ni, terlalu tinggi risiko. salah org pun kita yg kena teruk, apa kan lagi kalau salah sendiri

  5. Sarjan HassanAR's Gravatar Sarjan HassanAR
    12/01/2013    

    Alfatihah buat keluarga arwah,lagi-lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang menjadi mangsa-mereka ibarat mentimun dengan durian,kealpaan sendiri atau pengguna lain mereka juga yang menerima padah.Motosikal suatu masa dulu merupakan barangan bernilai bagi orang berada manakala sekarang merupakan suatu keperluan.Bila dinilai dari konteks keperluan maka penunggang,pengguna jalan raya perlu bertimbang rasa,hormat menghormati serta mengamalkan sikap pemanduan berhemah.Di Malaysia contohnya,ramai pemandu kenderaan lebih mementingkan diri sendiri,bersikap bongkak,bodoh sombong.Semuanya hendak cepat,katanya-saya mau cepat” jawapan balasnya”semua orang mau cepat,dua saja perkara yang perlu lambat,bikin orang dan mati”.Tapi sedihnya pemandu seperti ini kurang terlibat kemalangan,yang menjadi mangsa adalah pengguna jalan raya lain.Sepertimana tulisan bzz,pihak berkuasa perlu mengumpulkan pemandu-pemandu yang tidak memberi isyarat apabila menukar haluan,mencilok,memotong garisan berkembar,berhenti dalam petak kuning,menggunakan h/p semasa memandu,mesyuarat dalam kereta malahan ada yang sempat on9 menggunakan ipad.Mereka-mereka ini bukan sekadar dikenakan kompoun sepatutnya diberikan kaunseling dan denda yang berat agar menjadi teladan kepada lain-lain pemandu.

  6. wan's Gravatar wan
    12/01/2013    

    adakah dgn “mgharamkn” penjualan motosikal dpt mengurangkan kemalangn dan kematian?…kenapa kita tidak “mengharamkn” sikap pemandu yg tiddak berhemah…semuanya atas sikap pemandu.

  7. wie's Gravatar wie
    12/01/2013    

    haramkan je la penjualan motorsikal… asyik-asyik penunggang motorsikal jer kena… saya pergi negara-negara maju, kurang sangat motorsikal dijual.. statistik kemalangan maut pun kurang… ye la kita sedia maklum penggunaan motorsikal adalah murah dan perjalanan pun pantas sebab senang mencilok.. tapi bila fikir bab keselamatan ada baik nyer kurangkan penggunaan motorsikal, sebaiknya gunakan la pengangkutan awam… sekurang-kurangnya turun la sikit statistik kemalangan maut ni… sebab saya lihat penggunaan motorsikal peratus kemalangan boleh dikatakan hampir 100% boleh bawa maut berbanding kenderaan empat tayar yang ada pintu sebagai penghadang kepada hentakan perlanggaran… oleh itu saya syorkan bawa lah kenderaan yang ada empat tayar… kalau tak mampu naiklah bas… kalau tak mampu jugak naik basikal, sebab basikal tak laju dan boleh jugak kita berhati-hati kalau membawanya… ini adalah pandangan saya sahaja supaya kita beringat sebelum terkena… apa-apa pun al-fatihah kepada semua mangsa kemalangan tragis akibat kemalangan.. teringat arwah sepupu saya kemalangan motorsikal pada 2009 dgn usia yang muda… semoga rohnya dicucuri rahmat…

  8. 12/01/2013    

    al-fatihah…jalan ni kalau waktu puncak memang jem teruk.kalau waktu tak jem banyak kenderaan dipandu laju lebih2 lagi corner kat situ,sukar nak menjangka kenderaan yang ada di depan.hati2 di jalan raya.

  9. bzz's Gravatar bzz
    12/01/2013    

    Bang,
    Laluan ni nampak biasa, tapi sebenarnya berbahaya sebab dia akan lalu satu selekoh. Lebih bahaya bila pemandu2 bangang didepan yg tiba2 nak mencilok untuk potong lane utk ke arah lain lalu block jalan lain. Jadi bagi pemandu or penunggang motor di belakang, pastinya diaorg akan mengelak secara terpaksa atau mengejut.

    Seperkara lagi, kalau gomen kata AES boleh kurangkan kematian, bila lagi ada teknologi yg boleh elakkan kejadian macam ni berlaku. Bila lagi ada teknologi yg boleh rakam org cilok lane, berhenti garisan petak, lalu emergency lane, belok tak bagi signal, lampu signal warna putih or merah yg sama dengan lampu break or lebih bagus, kalau ada teknologi utk tangkap org yg tak cukup belajar di sekolah memandu. pandu perlahan, tapi kalau pandu guna otak dan pentingkan diri sendiri, org lain jadi mangsa.

    Al-Fatihah utk mangsa.

  10. anuar's Gravatar anuar
    11/01/2013    

    inallilahirojiun…al fatihah buat kedua-duanya dan takziah buat keluarga arwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting