Jalan Loke Yew
Kuala Lumpur
16 Mei, 2012
11.10 malam
Nama mangsa:
Lee Kian Hoo, 30 tahun, Kg Baru Kundang, Rawang – pemandu Myvi
Choo Pei Pei, 30 tahun - penumpang Myvi
Kemalangan ini boleh disifatkan amat dasyat, sehingga meragut 2 nyawa yang membabitkan 2 buah kereta .
Berdasarkan maklumat awal, salah sebuah dari kereta, dari arah Kajang, difahamkan adalah Honda Accord, terbabas ke laluan bersebelahan.
Ia terbabas arah pembahagi jalan, merempuh sebatang tiang lampu dan memasuki laluan bertentangan.
Di masa sama, sebuah Perodua Myvi, dinaiki kedua-dua mangsa, dari arah pusat bandaraya gagal mengelak.
Kedua-duanya bertembung dan Myvi turut berpusing arah bertentangan.
Pemandu dan penumpang Myvi tersepit di tempat duduk.
Penumpang wanita, dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian.
Manakala pemandu dikenali sebagai Lee Kian Hoo, 30 tahun, hanya dapat dikeluarkan kira-kira sejam kerana keadaannya yang tersepit.
Kedua-duanya maut di tempat kejadian.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.
Kemalangan turut menyebabkan laluan arah Kajang ditutup kepada semua lalu-lintas berikutan kenderaan yang merintang jalan dan tumpahan minyak.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Manakala pemandu Honda Accord, seorang lelaki, cedera parah.
Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan UKM untuk rawatan lanjut.
Lagi foto dan butiran menyusul


















kalau ikut dari citer awal….kereta yg terbabas(penyebab) cuma cedera…yang kena langgar plak yg maut….takziah untuk mangsa…
oo,
tapi on topic, x ker myvi nh terlampau fragile kalau tengok cara perlanggaran. selalunya kalau head on collision, a pillar dan bumbung akan terima impak besar, tapi nh tengok, steering wheel dah lagi 1 kali ke B pillar. Mcm chasis x berapa kuat dan x boleh terima perlanggaran/impak tinggi.
inilah yang dikatakan ajal…orang lain punya salah, orang lain terima padah..hu hu..
bukan pasal ajal.. ini adalah kerana berada di tempat dan masa yang tidak betul. sikap pemandu Malaysia pun teruk juga!!
Kadang-kadang bila saya memandu dalam keadaan bertenagn dan beringat² – terlintas juga dalam fikiran kalau orang lain yang berada dalam keadaan sebaliknya dan membawa kecelakaan melibatkan diri saya.
Tak taulah kalau orang lain pun terdetik benda yang sama…..masa tengah memandu.
Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat.
ya, saya juga pernah terdetik perkara yang sama…huhu, kadang2 sampai naik bulu tengkok….
Memang sakit hati tenguk orang bawak kereta laju2.tak kira la kereta kau tu power/hebat ke apa. jlnraya ni kongsi bersama .menyebabkan kematian org lain pula.
rase nak ketuk2 je kepala org mcm ni.
baca ayat kursi/doa bila mula nak naik kenderaan…mudah2an selamat. insyaAllah.
itu mmg patut kita marah, tapi kadang2 perlahan pun boleh terbabas. mcm lpt plus, kadang2 kita bawak 90-110 jer tapi kalau dah terbabas, mengelak benda, tayar meletup and others, kita hanya mampu mengucap dah tunggu berhenti je la. Saya pun penah kena. Mungkin saya brake mengejut yg mengebabkan belakang kereta membuang dan kereta terbabas. nasib bek x d org.
Assalamualaikum,
Takziah kepada semua mangsa dan keluarga. Saya juga terfikir hal yang sama macam Kak Jie dan pernah alami juga. Walaupun kemalangan yang berlaku tu takat kemik depan sikit je (tetap mahal nak baiki semula), tetapi yang lebih menyakitkan hati sebab kemalangan tu berpunca dari orang lain yang pentingkan diri. Bila tau dia penyebab, terus pecut tak mau bertanggungjawab…
Perlunya penghadang jalan yang lebih tinggi supaya kenderaan hilang kawalan tidak terlalu senang masuk ke laluan bertentangan…. Ini saja yang terfikir sekarang ini.
Dan rasanya gov pun dah laksanakan beberapa upgrade berkenaan divider jalan yang lebih bagus …. cuma bukan dilaksanakan di semua tempat (nanti semua tempat naik tool booth pulak .. hehe)
saya setuju!! kemalangan maut memang boleh dikurangkan jika sikap pemandu negara kita berubah!!