2 Maut – Nissan Skyline Putus Dua Rempuh Tiang

Jalan Kuching
Kuala Lumpur
21 Januari 2012
4 pagi

4 maut dalam tempoh setengah jam di ibunegara awal pagi ini membabitkan kereta mewah

Nama mangsa : Chong Hwa Meng, 29, Bukit Damansara dan Zulkarnain Bin Bujang 29 tahun

Impak dari kemalangan ini amat dasyat.

Kereta mewah ini terputus kepada dua bahagian apabila ia merempuh sebatang tiang papantanda.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi apabila Nissan Skyline dinaiki 2 lelaki ini dipercayai hilang kawalan.

Ia kemudian  terbabas ke pembahagi jalan lalu merempuh sebatang tiang besi.

Kereta dipandu dari arah Jalan Kuching ke Jalan Kinabalu berhampiran Bank Negara.

Bahagian enjin kereta tercampak kira-kira 10 meter di laluan bertentangan

Pemandu kereta, Chong Hwa Meng, 29, tersepit di tempat duduknya.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat Chong yang tersepit di tempat duduknya.

Beberapa bahagian kereta terpaksa dipotong.

Dan ketika kerja-kerja dilakukan anggota bomba, satu kebakaran turut berlaku pada kereta terbabit.

Rakannya, Zulkarnain Bujang,29, turut maut di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

You must be logged in to post a comment.