Reality in Real Life

2 Motosikal Bergesel : Penunggang Maut Digilis Treler

IMG-20130624-02401KM 35 Jalan Lingkaran Tengah 2
Cheras, Kuala Lumpur
24 Jun 2013
10 pagi 
 
(Nota : Kehabisan bandwidth menyebabkan laporan ini lewat disiarkan)
 

Nama mangsa : Mohammad Khair Minhat ,   Umbai, Merlimau, Melaka.

IMG-20130624-02407Lagi 3 hari, (27 Jun) Mohammad Khair Minhat sepatutnya menyambut hari ulangtahunnya yang ke 25 tahun namun ajalnya tiba lebih awal.

Pengawal keselamatan yang masih muda ini menemui ajal dalam keadaan amat tragis apabila kepalanya digilis sebuah treler.

IMG-20130624-02412Semuanya berlaku ketika Mohammad menunggang motosikal dan rakannya membonceng ketika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 dari arah Pandan ke arah Selatan sebelum susur ke Taman Connaught.

Menurut saksi kejadian, motosikal mangsa sebelumnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal menyebabkan motosikalnya hilang kawalan.

IMG-20130624-02414AKibatnya mangsa dan rakannya tercampak ke atas jalan di laluan tengah.

Malang bagi Mohammad Khair apabila sbuah treler tidak sempat mengelak lalu menggilis kepalanya.

IMG-20130624-02417Mangsa yang cedera parah, maut di tempat kejadian, manakala rakannya cedera ringan.

Bagaimanapun, kedua- dua kenderaan : motosikal yang bergesel dan treler terbabit terus meninggalkan tempat kejadian.

IMG-20130624-02419Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Laluan Jalan Lingkaran Tengah 2 sekitar laluan ini kini hampir setiap minggu meragut nyawa dan kebanyakannya membabitkan motosikal dan kenderaan berat.

IMG-20130624-02421Berhati-hatilah kepada semua, dan jika keadaan memerlukan, adalah lebih baik kita beralah dari melayan nafsu amarah atau tidak berhati-hati dan cuai sehingga akhirnya ada yang terkorban – dan lebih malang jika yang tidak bersalah pula yang menemui ajal.

2 Comments

  1. hasyem's Gravatar hasyem
    05/07/2013    

    takziah. emosi perlu dikawal ketika di jalanraya

  2. snowerrewons's Gravatar snowerrewons
    26/06/2013    

    Al fatihah dan takziah untuk keluarga mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting