KM 23.2
Lebuhraya Karak
arah Genting Sempah
Gombak, Selangor
26 Jul 2012
5 petang
Hari kedua kes membabitkan bas terbabas, tetapi kali ini lebih drastik – terhumban ke dalam gaung kira-kira 100 meter.
Melihat kepada keadaan bas ekpress ini, pasti mengundang tanda-tanya jika ianya tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Namun, sebenarnya , bas ini hanya dinaiki oleh 2 orang – pemandu dan pembantunya.
Bas ekpress Transnasional ini baru sahaja selesai dibaiki di bengkel di Kajang
Dan ia dalam perjalanan pulang ke Kuantan sebelum memulakan perjalanan rutinnya esok.
Bas ini adalah untuk perjalanan Kuantan-Johor Baharu

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, bas ini hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam di sini dan terbabas ke kiri.
Bas kemudian merempuh besi penghadang lebuhraya dan terus terhumban dan bergolek beberapa kali sedalam kira-kira 100 meter ke tebing.
Pemandu dan pembantunya cedera parah dan dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Nota : Pada Sukma di Pahang baru-baru ini, bas ini juga digunakan untuk membawa athlet. Dan mungkin sebagai memberi penghormatan terakhir kepada bas ini – ini yang saya temui di lokasi…


















Tengok gambar bas tu, jadi ngeri nak bayangkan kalau bas ini membawa penumpang, Syukurlah pemandu dan pembantunya selamat.
Musim-musim perayaan ini, janganlah ada kes-kes membabitkan bas, biasanya dia merebak. Lepas satu kes, satu kes.
Risau pula sebab anak saya pun akan balik bercuti raya dengan bas dari Kedah sana nun….
Kalau risau nak naik bas, suruh Angah tumpang lori kontena yang duk lalu lalang depan Kolej dia…hehe
Dulu dia kat Merbok, adalah kontena lalu lalang depan maktab, sekarang ni si Angah tu dah kat hujung sempadan….. Kuala Nerang.
Kuala Nerang buleh tumpang lori kontena yg dok ulang alik ke
kilang Gula Padang Terap tu kan Abang Zul? Volvo lagi…
Tuan Haji Nabeel,
Puan Kujie ni cuma kenal saya melalui blog.
Dia tak ‘fren’ kat fb.
Sebab tu dia tak tau bahawa ada lori kontena (buruk) yg duk lalu lalang depan Kolej Mara tu… hehe.
Assalamualaikum,
Subhanallah, tengokkan gambar pertama tu…memang kecut perut. Harapnya mereka cepat sembuh dan sempat pulih untuk sambut aidilfitri dengan keluarga.
kawasan tu memang memerlukan lebih hati-hati, selain berliku…jalan juga berbukit
Sesiapa juga yg memacakkan kembali Bendera Negeri Pahang itu, selepas menemui ia bertaburan di lokasi kejadian, adalah insan yg tahu akan betapa besar ertinya sehelai Bendera!
Syabas!
Dan Terima Kasih, Abang Sham kerana highlight akan gambar itu!
# Memetik kata-kata dari sebuah Rencana::
Begitu tingginya martabat sehelai Bendera, ia tidak boleh sewenang-wenangnya dibiarkan bertaburan merata-rata seperti ‘kain perca’ tetapi hendaklah sentiasa berada di kedudukan yang mulia dan terhormat, atau sekurang-kurangnya didirikan tegak dalam posisi untuk dikibarkan.
Wah, semangan Abg Zul nie! Patot buleh join pasukan Malaysia ke UK ni hehe
Syafakallah buat mangsa, moga ada pengajaran yang diambil di sebalik tiap2 kejadian
pehh…baru keluar bengkel je dah jadi gini…
semoga mangsa sihat kembali hendaknya..!