KM 33.3
Jalan Lingkaran Tengah 2
susur Bulatan Cheras
Kuala Lumpur
18 Jul 2012
5.15 petang
Segala-galanya berlaku dengan pantas, yang akhirnya menyebabkan seorang pemandu lori dan kelindannya tersepit lebih setengah jam di dalam kenderaan mereka.
Semuanya gara-gara sebatang tiang lampu yang tumbang ke atas jalan.
Kemalangan ini melibatkan 4 kenderaan -2 buah lori, sebuah kereta dan motosikal.
Sebuah kereta Proton Wira yang melalui tempat kejadian, pada mulanya cuba mengelak sebatang tiang lampu jalan yang sebelumnya jatuh merintang jalan.
Akibatnya, kereta terbabit merempuh sebuah motosikal yang melalui di sebelahnya.
Penunggang dan pemboncengnya tercampak ke atas jalan.
Di masa sama, sebuah lori yang berada di belakangnya, melakukan brek kecemasan supaya tidak merempuh kedua-dua mangsa.
Dan ketika ini juga, sebuah lagi lori merempuh pula belakang lori yang melakukan brek kecemasan tersebut.
Akibat rempuhan kuat, pemandu dan kelindannya tersepit.
Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat setelah lebih setengah jam tersepit.
Pemandu lori, Abdul Rahman Rani, 30 tahun, mengalami patah kaki kanan.
Manakala kelindannya ,seorang warga Nepal ,cedera di tangan kanan.

Penunggang motosikal pula, patah kaki kiri.
Dan mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan.
Semua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut.
Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian, dan ketika nahas, cuaca baik dan jalan tidak licin.


















Assalamualaikum,
Subhanallah. kesiannya mereka.
Semoga cepat sembuh
pagi ini 20 July jam 6.45 pagi ada lori langgar belakang trailer berdekatan susur keluar hentian sebelah Rawang arah selatan… takde laporan ondscene ke?
ngeri nyer…
teringat time aku kemalangan lori dulu..