Kemalangan membabitkan bas ekpress di laluan Bayangan Maut
Bas Shamisa Holiday Ekpress ini membawa 30 penumpang dalam perjalanan dari Hentian Duta menuju Alor Star, Kedah.
Perjalanan pada mulanya lancar sebaik memasuki Plaza Tol Jalan Duta.
Bagaimanapun, ketika itu, hujan telahpun turun.
Sebaik melepasi Restoran Jejantas Sg Buloh, bas dinaiki tiba-tiba hilang kawalan dipercayai cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya.
Ia kemudian terbabas dan merempuh besi penghadang tengah lebuhraya.
Bas kemudian terbalik dan terseret kira-kira 50 meter.
Akibatnya, tiga laluan lebuhraya terhalang sama-sekali.
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila semua penumpang tercampak dan bertindih sesama sendiri di dalam bas.
Pengguna lebuhraya yang lain segera membantu semua penumpang dan berjaya mengelaurkan mereka dari cermin hadapan bas.
11 penumpang mengalami kecederaan agak parah , manakala 17 lagi cedera ringan termasuk pemandu bas.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.

2 lagi penumpang terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Dan, akibat dari kemalangan ini, laluan sepanjang kira-kira 10 kilometer sesak dari Shah Alam, dan juga dari Tol jalan Duta.


















Assalamualaikum,
10km jem? adusssss sengsara tu…
Walaupun terbalik begitu, alhamdulillah, tak libatkan kehilangan nyawa. semoga mereka cepat sembuh.
[...] Bas Ekspres Terbalik Di Lebuh Raya PLUS, 11 Cedera – Jul 2, 2012 23:30:12. Gambar dari ondscene.my [...]
Anak saya kerap juga gunakan perkhidmatan bas ini sewaktu berulang alik ke SP sewaktu belajar di Merbok.
Syukur tiada kehilangan nyawa…
saya skrang pn belajar di merbok, selalu ulang alik pn naik bas ni kalau xdrive kereta. bas ni mmg selesa, pendek cerita mmg xnaik bas lain dah kalau ada yg ni.
alhamdulilah…teruk juga semalam jem nya..member tersekat dekat 2jam semalam..time sy lalu semalam lori sudah berada di lorong kecemasan sebelum exit sungai buloh..terima kasih pada yang terlibat kerjasama yang mantap..
Bas driver ni bawa laju mengikut aduan dari penumpang dalam paper…tak mengaku pulak,driver bas ni memang kurang ajar
Semalam Saya sangkut di NKVE 3 jam dari shah alam sampai sg buloh..nasib baik kereta auto.
Alhamdulillah tiada kehilangan jiwa. Gara-gara insiden ni saya terpaksa menunda perjalanan untuk pulang ke rumah di Rawang
syukur lah sebab semuanya cedera saja. risau betul la bila hujan. jalan licin dan kena hati-hati lebih.
saya salah seorang penumpang bas yang terbalik ni,, gambar saya ada dalam ambulan jpam yg muka tutup dengan baju tu… tapi syukur kepada allah s.w.t kerana saya selama tanpa sebarang kecederaan kerana bas terbalik ke seberlah kiri dan saya duduk di sebelah kanan bas tempat duduk belakang sekali.. mmg bas di pandu laju dan hujan lebat, pemandu menekan break kecemasan secara tiba2 dan menyebakan tayar belakang membuang dan bas terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan terus terbalik dan berpuusing.. syukur bas tidak jatuh terus ke dalam sungai.. satu pengalaman yang cukup mengerikan.