KM 434.6
Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
Bukit Beruntung, Hulu Selangor
1 Mei, 2012
2 pagi
Kemalangan ngeri di Laluan Bayangan Maut
Nama mangsa: Velmurugu Suppiah , 44 tahun – (Pemandu bas), Vimala Kanapathi , 54 tahun – (penumpang bas) dan Setapa a/l Mat, 46 tahun (penumpang bas)

Hasrat anggota rombongan ini untuk melawat tempat bersejarah di Melaka hari ini tidak kesampaian.
Rombongan mereka yang sepatutnya tiba di Melaka pagi tadi, berakhir dengan tragedi di pertengahan jalan.

46 anggota rombongan dari Kg Sungai Lah, Chenderiang, Perak menaiki sebuah bas persiaran jam 10 malam tadi.

Mereka terdiri dari beberapa keluarga termasuk keluarga berbangsa Melayu, India dan Orang asli.

Perjalanan yang pada mulanya lancar, berakhir dengan sekelip mata sebaik tiba di KM 434.2 Laluan Bayangan Maut ini berhampiran Bukit Beruntung.

Ini merupakan lokasi tapak binaan susur bertingkat Sg Buaya yang masih dalam pembinaan.
Di pembahagi tengah terdapat kon-kon dan batu penghadang konkrit serta kren dan alat binaan.
Pemandu bas dipercayai tidak menyedari struktur di hadapannya menyebabkan bas merempuh batu-batu tersebut.

Bas kemudian terbalik dan terseret kira-kira 50 meter dan badan bas merintangi menutup ketiga-tiga lorong laluan lebuhraya.

Malang bagi pemandu bas,Velmurugu Suppiah 44 tahun,
Dan 2 penumpang-Vimala Kanapathi 54 dan Setapa a/l Mat 46 – ketiga-tiga mereka tercampak keluar – di mana dua dari mereka dihempap bas terbabit.
Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan penumpang berusaha keluar menyelamatkan diri dan dibantu pengguna jalanraya lain.

26 dari mereka mendapat kecederaan pelbagai tahap termasuk patah tangan, kaki dan terkena serpihan kaca.
Kemalangan turut menyebabkan laluan ini terhalang sama-sekali kepada semua lalu-lintas.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan lanjut.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mayat dua mangsa yang dihempap bas.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk bedah siasat.

Laluan akhirnya dibuka semula 2 jam kemudian setelah mangsa dikeluarkan dan bas dialihkan menggunakan sebuah kren.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Nofrel Azmi Yahya Affendi yang turut berada di lokasi kejadian, mengesahkan , ketika kejadian cuaca baik, tetapi laluan gelap akibat tiada lampu jalan.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

















Assalamualaikum,
Takziah.
Semoga mangsa yang lain cepat sihat.
Takziah untuk semua mangsa. Untuk pengguna jalanraya lain yang sedang bercuti hujung minggu yang panjang, hati-hati memandu.
Plus, cepat2 la pasang lampu jalan.. dah bagi cadangan lama pun masih tiada tindakan..
Jalan utara selatan mmg gelap kecuali apabila hampir ke rnr atau tol..pernah mintak lampu sepanjang jalan atau di hotspot sperti simpang/koner tetapi sampai kni tiada jawapan atau tindakan…biasa pada kilometer ini hanya lampu flash kuning kecik yg menyala dan ade board amaran kerja sedang dilakukan..kemungkinan driver xbiasa jalan ni lagi..tetapi mmg berharap banyakkan lagi tanda amaran pada lokasi pembinaan jalan ini..kerana sy pon hampir2 terlanggar kerana laluan tetiba dilencongkan..kemungkinan malam yg gelap menghadkan pandangan pemandu bus ini..hati2 semasa memandu…
P/s kak kujie…bb sy dlm klinik…xdpt nk masuk group,esok siap…hehe
takziah kepada mangsa kejadian…
bertambah cuak la aku nak naik bas ke KL…
berapa hari je lagi aku nak ke KL,adeii..
kena pertimbangkan dulu..menjadi-jadi xcdent bas
sekarang ni la…
Bila ianya melibatkan bas, mmg satu yang sangat mengerikan.
Semoga semua yang terlibat dipermudahkan urusan dan dilindungiNYA
Bagi yang membaca blog nie, tahu bahayanya Bayangan Maut
Yang selalu berulang alik melalui laluan ini, tahu ada pembinaan di kawasan ini…
Bagi yang tidak membaca blog ini, dan bukan laluan harian mereka….kawasan ini amat berbahaya dan gelap…boleh tak dicadangkan, jika ada pembinaan di lebuhraya, letak la lampu limpah, supaya nampak jelas…
lampu limpah ade dipasang pada malam hari..hanya jika mereka melakukan kerja-kerja sahaja..board pemberi amaran pon dipasang apabila ada kerja-kerja dilakukan..kalau kerja-kerja pembinaan berhenti,hanya lampu kecil kelip2 itu sahaja menyala..itu pon hampir2 nak sampai bru nampak lampu kelip2 kuning tu…
Saya sering melalui kawasan situ dengan bas milik jabatan kerajaan. Saya akui kawasan itu memang gelap. Keadaan makin teruk jika kenderaan di laluan bertentangan menyalakan lampu HIGH BEAM. Ini menyebabkan pandangan kita menjadi silau.
Mungkin agak sukar bagi pemandu yang tak biasa melalui kawasan tu. Bagi yang dah biasa lalu, mungkin tak ada masalah.
Pihak PLUS patut memasang lampu di kawasan itu. Lebih2 lagi kawasan itu sering berlaku kemalangan.
[...] sampai 24 jam selepas kemalangan yang meragut 3 nyawa di bawah, satu lagi nyawa melayang di lakosi [...]
salam takziah kepada keluarga mangsa…
tak dinafikan yang kawasan berdekatan dengan tapak pembinaan interchange sungai buaya tu agak mengelirukan especially bila malam. sepatutnya kene pasang lampu jalan atau apa saja cara utk beri amaran kepada pengguna lebuh raya. dah tiba masanya laluan bayangan maut ni diberi treatment sewajarnya supaya perkara sama tak berulang.
lihat saja contoh – selepas kawasan berbukit di ipoh yang berhampiran dgn tol jelapang di’rawat’, jelas kurang sekali kes kemalangan yang kita dengar di situ kan?
[...] Berita Harian Online | Gambar: Ondscene | Layari Berita Kemalangan Bas Informasi Malaysia [...]
kadang2 batu penghadang tu diletakkan sampai masuk ke lorong yg sebelah/ kedua, padahal papan amaran sebelum tu maklumkan 1 lorong ditutup, yg terasa konfiden mesti tak kisah nak tekan minyak juga di kawasan begini, sampai di depan, tgk2 lorong mengecil tiba2, ada kenderaan pula di sebelah, memamg tak sempat nak buat apa dah masa tu….