Jalan Mahameru/Jalan Tunku
Kuala Lumpur
7 Januari 2013
8.45 pagi
Apa yang berlaku ini harus menjadi peringatan kepada kita – sentiasa berhati-hati terutama ketika keluar dari persimpngan terutama yang tiada lampu isyarat.
Kemalangan ini membabitkan 2 kenderaan – sebuah teksi Proton Saga dan sebuah Perodua Myvi.
Difahamkan kemalangan ini berlaku apabila teksi ini keluar dari persimpangan Jalan Tunku untuk membelok ke kanan arah laluan susur Lebuhraya Mahameru.

Manakala Perodua Myvi dipandu seorang wanita ini pula melalui jalan terus arah susur turun ke Lebuhraya Mahameru.
Sebaik Perodua Myvi tiba di persimpangan ini untuk laluan terus, ( ia agak unik, dan ramai pemandu keliru dan selalu berlaku kemalangan di sini) teksi difahamkan terus keluar dari persimpangan.

Akibatnya, teksi merempuh sisi kiri bahagian hadapan Myvi menyebabkan ia terbalik.
Pemandu Myvi, pemandu teksi dan seorang penumpang teksi cedera.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. 

…


















Pemandu teksi di KL khususnya mmg memandu mcm dia yg raja di jln raya cuma tak de escort je. Memandu ikut nasib, kira dia je yg nak cepat, org lain kena mengalah. Silap2 polis trafik dia pun langgar. SEPATUTNYA KERAJAAN LIMITKAN permit teksi ni mcm di negara maju. Entertainment negara maju ambik, pasal road-vehicle management tak ambik. Pemandu teksi ni patut kena buat interview, psycho metric mcm mintak keje jugak. Kalau fail, banyak lagi keje lain kat malaysia ni, kalau dah belaja pun dah fail, meniaga pun tak reti, physical pun OK ,pegi la buat keje general worker mcm pendatang asing tu.
Kebanyakan pemandu teksi yg saya lihat di Kuala Lumpur memang macam tu… suka hati dia je nak keluar simpang, membelok secara mengejut (selalunya tak bagi isyarat membelok dan kerap kali berlaku apabila tergesa2 nak ambil penumpang di tepi jalan), memandu secara perlahan di lorong kanan atau tengah, ada yang memandu seperti orang mabuk kerana leka, dan selalu malanggar undang-undang jalan raya seperti memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan (kedua2 kesalahan ni kerap mereka lakukan terutama sewaktu jalan sesak). Semua ni boleh membahayakan dan mengundang kemalangan kepada pemandu-pemandu lain. Nak bunyi horn pun tak guna sebab umpama kita bunyi horn kat tunggul2 kayu yang tak ada rasa bersalah..
Minta maaf la ye kepada pemandu2 teksi yang terasa bila membaca komen saya ini. Saya bercakap di atas pengalaman dan pemerhatian saya sebagai pemandu & penunggang motosikal tegar di pusat bandaraya ni.
saya setuju dengan kamu….
Salam, saya setuju dengan komen di atas. Mentaliti pemandu teksi kena dibetulkan. Saya sendiri terpaksa mengalah, kalau saya hon dicabar saya pulak. Diorang sering sangat-sangat potong barisan, keluar simpang melulu tanpa berhenti kan dah ada garisan kena la berhenti apa yang diorang belajar kat JPJ ntah. nak masuk lane pun tk bagi signal. Bila kita hon tahu pulak marah. Saya ada try 2 kali naik teksi kat kajang, ada pelekat pakai meter. tapi bila masuk diorang minta tambang ikut perasaan ajer, padahal tak sampai 2 km kena sampai rm7, bila balik try guna teksi lain sama gak kena rm6 pulak. Lepas ni nak ambil gambar teksi tu dengan no plat hantar kat SPAD. Selesai
Ada Dreber teksi kat ibu kota macam samseng. Kadang-kadang saya rasa mereka nie macam takde otak. (Sori la, tapi ni observation saya bila bawak kete kat KL) Suke suke teksi drebar keluar simpang jalan. Pi kiri kanan tak bagi lampu signal. Bila masa nak pick-up penumpang, suke hati diorang berhenti kat jalan. Pastu, nak keluar….suke ati diorang.
Charge tambang haram takyah cakap. Tak pernah ikut meter taxi. Suke amik kesempatan kalo jumpe tourist. Suke-suke jer diorang letak harge sendiri. Inilah teksi drebar yang membusukkan nama baik Malaysia.
Saya rasa persimpangan jalan tu memang bermasalah dan mengelirukan…. kepada sesiapa yg tak pernah lalu situ, silalah mencuba utk merasa betapa kelirunya persimpangan ni… Di harap pihak yg bertanggungjawab terhadap jalan di persimpangan tu utk buat sesuatu sebelum banyak lagi kemalangan yg seumpama ni berlaku…. susah2 tutup jer simpang tu….
:-aLCapone-
kemalangan ni berlaku betul2 depan opis sy..simpang tu sy x nafikan mmg mengelirukan tapi untuk menutup simpang tu agak mustahil sbb semua yg tinggal di bukit tunku dan mggunakn jln tersebut adalah org yg mempunyai kedudukan. Harap maklum.
eksiden keluar persimpangan..laju ni..tengok gaya kereta yang teruk bahagian depan tu..tak beringat keluar simpang macam ni la gayanya..
Bro,pg ni kt Jalan subang towards subang airport pun Ada myvi accident gak.Naya kawan tu,ade Volvo from Jln sebelah terbabas msk Jln dia,trus hantam head-on…
ini mesti kes kuar simpang tak reti nak berenti, tgk kiri kanan, jalan clear ke tak.. main nak masuk jek. kat rumah saya pon mcm ni jugak. keluar dr simpang ke jalan utama yg kebetulannya selekoh tajam la jugak. ada dua simpang. dua2 simpang saya perhati mmg kebanyakannya tak reti nak berenti. tau nak melulu masuk jek. pastu bila perasan ada kereta, tak pasal2 berenti mengejut tgh jalan.
saya dah kena baru2 ni. memang obviously die tak berhenti kat simpang. boleh pulak bagi alasan tak nampak kete saya yg di jalan utama ni.
kat roundabout pon sama. saya tgk pemandu sekarang mcm dah tak reti berenti kat simpang, kat roundabout. org kat roundabout, jln utama plak kene bagi dorg jalan. dah terbalik daaaaa
saya sendiri pernah hampir dilentung oleh orang yang keluar simpang ini tanpa berhenti. hari hari saya ikut jalan ini untuk ke pwtc melalui bukit tunku menyusuri depan indian high comm. dan pada hari kejadian pun saya ada lalu dan nampak kedua dua kenderaan masih di lokasi. simpang ini memang mengelirukan jika tidak biasa melalui laluan ini. tapi saya rasa kalau pemandu pemandu mematuhi papan tanda ‘berhenti’, kemalangan seperti ini dapat dielakkan.
salam semua pembaca.
artikel dalam the Star hari tu memang betul lah agaknya pasal pemandu teksi di Malaysia paling buruk di dunia…statistik dikeluarkan oleh LondonCabs.
info: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/7/nation/12137997&sec=nation
http://www.londoncabs.co.uk/10-countries-with-the-worst-taxi-drivers/
sekadar berkongsi bukan nak salahkan semua pemandu teksi. menteri yg bertanggungjawab pun mungkin tak buat kerja dengan betul, sebab tu kita dapat ‘anugerah’ tersebut. kui 3x
Salam! Betul! betul! Apa yg kawan2 kt atas ni cakap semua betul majoriti pemandu teksi memang macam ini suka pentingkan diri sendiri (yang bukan pemandu teksi pun ada),cuba la ubah,masa anda tengah berkerja atau memandu tu cuba la untuk tidak menyusahkan orang lain baru berkat rezeki tu daripada asyik kena sumpah je dan dpt pahala lg sebab permudahkan urusan orang lain,ada kata2 saya dgr tak ingat dari mana “ORANG YANG MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN NESCAYA ALLAH AKAN PERMUDAHKAN URUSANNYA” Jd sama2lah kita memudahkan dan dipermudahkan. Aiseh.. dh mcm ustaz plak aku ni.. tp.. kepada segelintir PEMANDU-PEMANDU TEKSI yang jujur dan berhemah tu terima kasih banyak2 ye! Maaflah ye kalau menyinggung sesiapa.
salam.. sebenaqnya majoriti mentaliti pemandu skrg ni dah jadi mcm ni.. bila pegang stereng terus rasa jalan dia yang punya.. bila kita hon sebab dia salah, aleh2 dia plak hon kita balik dan marah2 kat kita.. alahai.. dunia dunia.. sama2 bayaq roadtax so apa salahnya sama2 guna jalan dengan cara yang selamat.. bukan susah sangat pun..