Reality in Real Life

3 Remaja Maut, 2 Parah – Honda Civic Bertembung Lori

CR130520LSMZ05KM 7.9 Jalan Hamzah
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
20 Mei 2013
10.50 pagi
 

Nama mangsa : Muhammad Hilal Mohd Isa, 19 , Kg Sg Burung, Sg Besar, K.Selangor(pemandu kereta), Omar Hamzah Zulkifli 19, Damansara Damai, Petaling Jaya, Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19.

Cedera Parah: Mohamad Nazren Kamisan 19, dan N Sivasalagaram 34 (pemandu lori)

Lagi kemalangan maut  – kali ini meragut nyawa 3 remaja.

Kemalangan membabitkan 2 kenderaan – sebuah Honda Civic dinaiki 4 sahabat yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Kereta dalam perjalanan dari arah Rasa menghala Kuala Kubu Bharu.

Pertembungan mengakibatkan pemandu Honda Civic, Muhammad Hilal Mohd Isa, dan penumpang hadapan, Omar Hamzah Zulkifli, cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Manakala penumpang belakang, Muhammad Addin Firdaus Rashidi yang kritikal, disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Semua mangsa berusia 19 tahun dan hari ini merupakan hari ulangtahun ke 19 Muhammad Addin Firdaus.

Seorang lagi penumpang belakang,  Mohamad Nazren Kamisan 19 dan pemandu lori, N Sivasalagaram 34 yang juga cedera parah, sedang dirawat di hospital.

Di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, rakan wartawan, Amru melaporkan:

“Rupanya mereka ‘best friends’ sampai akhir hayat…,” demikian luahan sebak Rohani Zaini, 50, ibu Omar Hamzah Zulkifli, yang maut bersama 2 lagi rakannya.

Rohani kelihatan tabah sambil memeluk ibu kepada seorang lagi rakan anaknya yang maut, Fauziah Ismail, 47.

Menurut Rohani, arwah anaknya menuntut di Pusat Sains Asasi Universiti Malaya dalam perjalanan bersama 3 rakan karibnya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu untuk mengambil sijil peperiksaan dan berhasrat meraikan sambutan Hari Guru di sana.

“Anak saya bertolak menaiki komuter dari Sungai Buloh ke Rawang dan di sana rakannya menunggu untuk sama-sama ke maktab.

“Tapi, saya menerima panggilan telefon mengatakan anak saya terbabit dalam kemalangan berdekatan dengan maktab,” katanya.

Menurutnya, arwah anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan bermula September ini turut merancang membuat kejutan sambutan Hari Guru kepada guru-guru mereka di MRSM.

Bagaimanapun, dia sedih kerana kejutan sebaliknya yang berlaku.

Dalam pada itu, ibu arwah Muhammad Addin Firdaus, Fauziah Ismail, 47, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang guru kira-kira 2.45 petang dan memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, ketika itu dia sedang memasak dan tidak menyangka kejadian malang itu menimpa anaknya yang turut meragut rakan sekelasnya dulu.

“Makcik rasa macam tak sanga dia pergi, rasa macam belum puas tengok dia senyum, rasa ruginya tak layan dia betul-betul.

“Makcik rancang nak tunggu abang dan adik-adik dia bercuti sama-sama di Pulau Pangkor masa cuti sekolah minggu depan. Dia anak yang baik dan insyaAllah syurga tempatnya,” katanya menahan sebak.

Fauziah berkata, sejak kebelakangan ini, anak keduanya dari enam beradik itu rajin solat tahajud dan sangat mengambil berat tentang pelajaran.

Menurutnya, arwah anaknya itu juga dilihat sering memuat naik status dalam laman facebook mengenai penerimaannya terhadap segala ketentuan ALLAH SWT berhubung peluang kerjayanya atau melanjutkan pelajaran.

17 Comments

  1. Omk's Gravatar Omk
    22/05/2013    

    Kena tambah aes mcm ni…tmpt ada aes, bawa slow…tmpt xde aes kadang2 terlupa undang2..
    Sbnrnya ada aes atau tidak, kalau dah ajal, ia xkan lewat sesaat atau cepat walau sesaat. Yg pergi tetap pergi. Jgn menuding musibah yg menimpa kepada pihak lain.

  2. Omk's Gravatar Omk
    22/05/2013    

    Kena tambah aes mcm ni…tmpt ada aes, bawa slow…tmpt xde aes kadang2 terlupa undang2..
    Sbnrnya ada aes atau tidak, kalau dah ajal, ia xkan lewat sesaat atau cepat walau sesaat. Yg pergi tetap pergi. Jgn menuding musibah yg menimpa kepada pihak lain.

  3. 21/05/2013    

    Salam Takziah. Omar Hamzah dan Addin Firdaus merupakan sahabat yang baik. Seluruh warga PASUM menyenangi dengan sikap mereka. al fatihah

  4. 21/05/2013    

    Salam Takziah kepada keluarga arwah Muhammad Hilal bin Mohd Isa, merangkap rakan seperjuangan saya dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej B UiTM Pulau Pinang. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

  5. 21/05/2013    

    alfatihah.. Allah lebih menyayangi mereka. Jannah lah tempat mereka, insyaAllah..

  6. kwn sekelas arwah hilal's Gravatar kwn sekelas arwah hilal
    21/05/2013    

    al-fatihah. sgt sayu apabila mendengar berita kehilangan sahabat sekelas. walaupun jarang bertegur sapa tp kehilangannya amat dirasai semoga Allah mencucuri rahmat keatas allahyarham Hilal dan rakan rakannya.

  7. muhd's Gravatar muhd
    20/05/2013    

    Nazreen tu pon umurnya 19..bdak KMP..tgh koma..doa2kan ya..insyaallah

  8. kakak kwn dia's Gravatar kakak kwn dia
    20/05/2013    

    Adik saya satu kolej dengan arwah hilal. budak bijak, lawak pun ada. Dean’s list berturut-turut. Still speechless when my brother told me the news.

  9. paramedic's Gravatar paramedic
    20/05/2013    

    Alfatihah buat semua arwah…jalan ni laluan utama ke tempat kerja saya di kuala kubu bharu.jalan ni agak berbumping skit.pahtu jambatan dia terlalu sempit dan cukup-cukup muat untuk kenderaan.pagi tadi jalan ni agak basah.mungkin mereka bawa laju dan kereta skidded.apa-apa pun alfatihah…

  10. Man's Gravatar Man
    20/05/2013    

    Allahyarham merupakan bekas pelajar2 MRSM KKB. Mereka dalam perjalanan ke MRSM KKB untuk bersama2 menghadiri sambutan hari guru. Takziah kepada ahli keluarga terlibat. Semoga roh2 mereka dicucuri rahmatNYA. Amin.

  11. mie's Gravatar mie
    20/05/2013    

    dorang semua otw nak g mrsm kkb, nak raikan cikgu2 dorang, niat yang baik, tapi Tuhan lebih sayangkan mereka, al-fatihah untukmu sahabat, moga dicucuri rahmat, amin

  12. wie's Gravatar wie
    20/05/2013    

    innalillahirajiun… dari-Nya kita datang kepada-Nya kita kembali… pelajar lagi ni… baru tgk facebook 3 budak ni… mengingatkan saudara aku yg meninggal accident umo 19 tahun… bakal generasi yang baik hilang begitu sahaja… nak menangis tgk…

  13. 20/05/2013    

    Assalamualaikum,
    DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.

  14. sentiasa mengikuti perkembangan terkini's Gravatar sentiasa mengikuti perkembangan terkini
    20/05/2013    

    bru skjap lalu mrr2 tmpat kes smlm 4 nyawa….ni 3 nyawa lagi. ya allah….apa nk jadi…harap kita semua pandu dgn cermat…malang memang tidak berbau but kita sentiasa lh berhati-hati. ingatlh org tersayang….

  15. cool's Gravatar cool
    20/05/2013    

    al – fatihah….

  16. aduh's Gravatar aduh
    20/05/2013    

    al-fatihah
    nape boleh jd camni.
    laju sangat ke?
    adakah AES dapat mendisiplinkan pemandu.

  17. hashim's Gravatar hashim
    20/05/2013    

    takziah. 2,3 kmlangan terbaru ni melibatkan org muda-muda. mungkin dsbabkan kurang pngalaman pemnduan, suka pemanduan agresif, pantang tercabar dll sbgai faktor kmlangan. apa pon jika kmlangan disbabkan kenderaan lain, apa boleh buat cuma boleh berusaha dengan ‘defence driving’…dgn memantau keadaan pemanduan di sekitar kita dan kemungkinan apa yg berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting