Reality in Real Life

4 Pelajar Unisel Nyaris …

 
IMG_4830
susur Lebuhraya KL-Seremban
arah Bulatan Lumba Kuda
Kuala Lumpur
12 Feb 2014
8.30 malam
 

Susulan kes Lori Muatan Cerucuk Hempap Triton    , ini apa yang berlaku di belakang Triton.

Beberapa minit sebelum kejadian, telah terdapat tanda-tanda tidak menyenangkan berlaku.

Bagi 4 sahabat yang menaiki sebuah Perodua Myvi, pergerakan perlahan di laluan ini memberikan gambaran menggerunkan kerana lori yang berada di hadapan mereka di laluan kiri, seperti ada yang tidak kena.

Mereka yang merupakan pelajar Universiti Selangor – Unisel, dalam perjalanan pulang dari pusat bandaraya menuju ke Serdang – di hadapan mereka ialah Mitsubishi Triton dinaiki mangsa yang jaraknya kira-kira 1 ke 2 meter.

Beberapa penunggang motosikal pula kelihatan resah untuk memotong lori tersebut dan memberi isyarat kepada pemandu lain supaya berhati-hati kerana lori semakin senget.

Dan ketika melalui selekoh ini, semasa pergerakan perlahan, lori tiba-tiba menyenget dan pemandu Myvi, Muhammad Safwan Arif Rusli, 21 tahun, yang menyedari sesuatu buruk bakal berlaku, terpaksa bertindak pantas.

Sepantas kilat, dia  sempat mengundurkan kereta beberapa saat sebelum lori terus menghempap Triton.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan orangramai segera berlari ke arah kenderaan terlibat dan cuba memberikan bantuan.

2 Comments

  1. spy's Gravatar spy
    16/02/2014    

    Nampak dari gambar macam muatan lori ini tidak diikat. Biasanya kalau melibatkan muatan besi cerucuk yg panjang-panjang perlu diikat supata tak menggelongsor semasa kenderaan beralih ke kiri atau ke kanan semasa dalam perjalanan.

  2. 12/02/2014    

    Alhamdulillah, bagus sebab dapat baca persekitaran dengan baik….malang bagi kereta triton tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting