Lebuhraya Sg Besi (Besraya)
Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
21 Januari 2013
11.25 pagi
Kes ini berlaku di lokasi sama bertarikh 12 Dis 2012 : Membantu Warga Emas Kemalangan dan Tindakan Spontan
Sebelum ini, saya kemukakan Batu dan Selekoh sebagai bahan berita di sini, dan kali ini, ia berkaitan Air Sampah.
Syarikat pengendali sisa bahan pepejal atau dalam bahasa mudah iaitu sampah, kebanyakannya tidak mengambil kira aspek kebersihan ketika mengangkut bahan tersebut ke destinasi pembuangan.
Untuk contoh terbaik, anda boleh lihat pada laluan paling kiri Lebuhraya Utara Selatan Bayangan Maut dari Sg Buloh hingga Bukit Tagar. (KM 456.1 – KM 419.6)
Laluan ini kelihatan hitam, berminyak akibat lelehan air sampah dari lori pengangkut yang membawa sisa pepejal dari Pusat Pengumpulan Sisa Pepejal di Kepong ke pusat pelupusan di Bukit Tagar.
Dalam kes ini, penunggang motosikal , Hasnah Mohd Desa, terjatuh setelah motosikalnya hilang kawalan akibat licin ketika melalui selekoh tajam ini.
Hasnah dalam perjalanan dari Sg Besi untuk pulang ke rumahnya di Sri Petaling.
Benar, ketika saya sampai, laluan ini berbau busuk, terdapat kesan basah dan berminyak hasil dari lelehan air sampah dari sebuah lori yang baru melalui laluan ini.
Saya kebetulan melalui jalan ini dan terserempak dengan kemalangan ini yang baru berlaku kira-kira 15 minit sebelumnya.
Beberapa minit kemudian, ambulan dari Pusat Perubatan UKM tiba dan membawa Hasnah ke hospital.
Beberapa minit sebelum itu, seorang penunggang juga terjatuh setelah motosikalnya juga hilang kawalan akibat jalan licin, tetapi tidak mengalami kecederaan.
Terjatuh di laluan ini mungkin tidak akan menyebabkan kehilangan nyawa, tetapi kemungkinan lain yang timbul apabila jika ada kenderaan yang mengekori dari belakang, tidak sempat mengelak lalu terus merempuh mangsa…

















orang panggil tu Juice Sampah
Salam..
Air Lecet.. saya juga pernah alami kemalangan akibat air lecet ni. Walaupun ketika jalan tersebut lurus, motosikal yang saya bawak boleh tergelincir jadinya.. nasib baik takda lori or kereta yang follow dari belakang..
Tg malim-Rawang petang ni sahaja ada 4 kereta berpusing dan terbabas
fuhh, pernah kene gak air sampah ni.. 2x tergolek.. sekali di putrajaya, sekali di alor gajah.. dah la tergolek, bju koyak, 1 badan bau juice sampah..
Q: takde ke cara supaya air sampah ni x meleleh atas jalan?
air sampah ni adalah terdiri drpd minyak..sbb tu licin.. sy penah lalu atas diesel.. seb baik sempat letak kaki..menggeletek jugak moto tpi seb baik x jatuh..
Lori sampah sepatutnya ada tangki takungan. Kalau takde tangki takungan, air sampah meleleh sepanjang jalan raya.
Lori sampah dicipta dgn mcm2 ciri utk elak pencemaran begini berlaku.
Saya amat pasti ada ciri2 takungan air sampah pada lori sampah.
Tapi malang sekali kebanyakan lori-lori sampah ini amat jarang diselenggara, akibat daripada tiada penyelengaraan ini, takungan air sampah di lori ini mungkin tersumbat, karat/reput dan bocor.
Kita sendiri boleh tengok keadaan luaran lori sampah yg rata2 tiada penyelengaraan langsung pada body, mungkin hanya diselenggara enjin nya sahaja.
cuba korang jeling kat tol plaza sg buloh (menghala ke KL/Ipoh). kesian ‘tol collector’ menghidu bau air sampah……tepi air paip tu bukak non stop…perkara tersebut dah berlaku sejak bertahun2 dah.. takan pihak berkuasa tak tahu? atau saja buat tak tahu?