Reality in Real Life

Ajal Warga Emas Di Lebuhraya

IMG_20140623_115625
KM 16.1 Lebuhraya Sg Besi Besraya
Sg Besi, Kuala Lumpur
23 Jun 2014
11 pagi
 

Nama : Tan Keng Khoon, 81, Jln Sg Besi, Kuala Lumpur

Lebuhraya Sg Besi @ Besraya memang terkenal sebagai lebuhraya berani mati – dengan susur pusingan U, susur bertingkat dan juga kurangnya jejantas pejalan kaki, menyebabkan ramai yang menggadai nyawa melaluinya.

IMG_20140623_120731

Ia merintangi dahulunya kawasan perkampungan seperti Kg Malaysia Tambahan di kiri kanan menyebabkan ‘perhubungan’ kedua-dua belah seolah-olah terputus.

Dan terbaru, menambahkan lagi istilah ‘berani mati’ di laluan ini dengan adanya laluan baru merintasi sehingga Jalan Lingkaran Tengah 2/Ampang/Pandan Indah.

IMG_20140623_120801

Susur turun laluan baru inilah yang baru dibuka kira-kira sebulan lalu,  meragut nyawa seorang penunggang basikal warga emas hari ini.

Siasatan awal polis mendapati, Tan Kheng Khoon, 81, menunggang basikalnya dipercayai dari arah Jalan Chan Sow Lin.

IMG_20140623_120850

Oleh kerana laluan baru ini, Chan kini menunggang basikal dalam keadaan berada di laluan tengah lebuhraya dan perlu memasuki satu lagi lorong di kiri yang memberi laluan kepada kenderaan yang melalui laluan susur turun dari laluan baru itu.

(Entah apalah ayat yang aku gunakan, harap anda faham).

IMG_20140623_121124

Dan ketika inilah, sebuah kereta yang melalui laluan susur turun ini tidak sempat mengelak, lalu merempuh basikal mangsa.

Tan, seorang penjaja kecil-kecilan cermin mata , yang tercampak dan cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.

IMG_20140623_121142

Usaha mengesan waris Tan menemui kesukaran kerana tiada sesiapa yang tinggal di alamat seperti pada kad pengenalannya.

IMG_20140623_121202

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

 

 

1 Comment

  1. Ajeed's Gravatar Ajeed
    23/06/2014    

    Saya faham dengan apa yang penulis ceritakan.. memang susur baru ni sangat membahayakan.. semasa saya melalui laluan ini dari arah plaza toll loke yew ke susur salak selatan selatan ni, memang tidak sedar pun sebenarnya kita akan melalui susur ini.. tahu-tahu saja jalan sudah bercantum dengan lebuhraya dari arah KL. Apabila motosikal atau basikal dari arah KL melintasi susur tu, kenderaan yang nak keluar dari susur itu susah nak elak memandangkan laluan susurnya yang agak lurus pastinya kenderaan dari susur itu dipandu laju. peliklah besraya ni tak kaji dulu ke aspek keselamatan semua pengguna lebuhraya sebelum design laluan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting