Plaza Tol Penchala
Lebuhraya Damansara Puchong
Petaling Jaya, Selangor
13 Mei, 2012
12.30 tghri
Nama mangsa: Mohd Ibrahim Nanbiar, 77 tahun
Hari ini, seperti hari-hari Ahad sebelumnya, Plaza Tol Penchala memang sibuk, dengan kenderaan arah ke Petaling Jaya tidak putus-putus.
Bagi Alexander Lee, 34 tahun, dia keluar dari rumahnya untuk ke arah Damansara untuk makan tengahari.
Memasuki lorong tunai nombor 4, Alexander memandu kereta Proton Savynya ke arah jurutol.
Mengekori di belakangnya, kira-kira 10 meter, seorang warga emas, Mohd Ibrahim Nanbiar , 77 tahun, memandu berseorangan Perodua Kancilnya .
Sebaik sahaja Alexander hendak menghulurkan tangannya untuk membayar kepada jurutol, tiba-tiba satu rempuhan kuat dirasakannya pada bahagian belakang keretanya.
Keretanya kemudian terus melambung dan melanggar palang besi tol.
Dan akhirnya tersadai di tebing pondok tol nombor 3.
Perodua Kancil dipandu Mohd Ibrahim terus sahaja merempuh belakang Proton Savy, tanpa sebarang kesan brek ditemui di lokasi kejadian.
Apa yang berlaku, berkemungkinan Mohd Ibrahim telah tidak sedarkan diri sebelum memasuki kawasan Plaza Tol dan kereta terus sahaja meluncur merempuh belakang Proton Savy.
Suasana menjadi kelam-kabut dan beberapa kakitangan Plaza Tol Penchala segera berlari ke arah kedua-dua kenderaan.
Mereka mendapati, Mohd Ibrahim sudah tidak sedarkan diri dan mereka cuba memberikan bantuan kepadanya.
Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.
Tiada kesan kecederaan luaran ditemui pada mayatnya dan mangsa dipercayai mengalami masalah jantung.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Bagaimanapun, kejadian sebenarnya tidak diketahui oleh kebanyakan pemandu kerana keadaannya yang agak tersorok dari pandangan.
…



















Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
alfatihah untuk mangsa….nasib tidak menyebabkan kemalangan jiwa pihak lain….
mujur kenderaan yang dibawa kecil saja…
Moga arwah aman disana….
Mujur pemandu yang depan tu selamat,
Seriu rasanya bila baca, tengah nak bayar tiba-tiba ada benda langgar dari belangkang.
Takziah juga kepada mangsa.