AKLEH Bukan Direkabentuk Untuk Laluan Motosikal

AKLEH
(Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway)
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
26 Jul 2010
5 petang

Ketika dalam perjalanan ke lokasi kemalangan maut kakitangan CIMB di bawah, saya terserempak dengan kemalangan ini.

Ia berlaku kira-kira 100 meter dari Plaza Tol keluar ke Kuala Lumpur , Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.

Kemalangan ini membabitkan seorang penunggang motosikal terbabas dan terseret di atas jalan.

Ketika saya sampai, mangsa baru beberapa saat terseret, lalu saya memberhentikan kereta untuk memberikan bantuan.

Saya segera menelefon ambulan kerana keadaan kecederaan di kakinya serius.

Kaki kirinya dipercayai patah dari pergelangan kaki.

Orangramai mula membantu mangsa dan mengangkatnya ke tepi jalan.

Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Malaysia, tiba di lokasi.

Mangsa agak bernasib baik kerana kebetulan, ambulan terbabit baru selesai melakukan pemeriksaan pada mangsa kemalangan maut kakitangan CIMB itu, kira-kira 2 kilometer di hadapan.

Kita boleh bayangkan, bagaimana sakitnya mangsa ketika ini.

———————————————–

AKLEH - Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur) mula digunakan pada 17 Mei, 2001.

Ia sepanjang 7.9 kilometerbermula dari Jalan Sultan Ismail merentasi Sg Klang dan Sg Aampang dan mempunyai 4 susur keluar.

Pembinaannya bagi menyuraikan laluan trafik yang begitu padat setiap hari terutama dari Ampang, Jelatek , MRR2 dan kawasan sekitar pada waktu puncak.

Hanya Kereta, bas dan lori sehingga 40 ton, dibenarkan melaluinya.

Motosikal kemudian dibenarkan melaluinya kira-kira 2 tahun lalu, hingga kini, ketika krisis harga minyak melanda.

Oleh kerana ia dibina secara bertingkat, maka ruangnya adalah terhad, maka tiada lorong kecemasan, dan ia mempunyai banyak selekoh.

Kadar tolnya dianggap ramai orang antara yang termahal berbanding jaraknya RM1-50 untuk kereta.

Bagaimanapun, dengan harga itu, banyak masa dapat dijimatkan kerana anda tidak perlu melalui kesesakan di laluan biasa di bawah.

Sebagai anggaran, menggunakan AKLEH, dari Jalan Sultan Ismail ke Ampang, hanya mengambil masa kurang 10 minit, sedangkan menggunakan jalan biasa, boleh mencapai sehingga 1 jam di waktu puncak.

Isu membenarkan motosakal menggunakan lebuhraya ini telah lama timbul , sejak diberi kebenaran oleh menteri.

Pandangan saya, sebenarnya, motosikal sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya ini kerana ia amat merbahaya.

Memang banyak kemalangan berlaku, malah jika sebuah motosikal rosak, maka laluan akan tersekat kerana tiada lorong kecemasan.

Bukan kerana kesalahan pihak lebuhraya, kerana , lebuhraya ini memang direka untuk menyuraikan trafik yang disebabkan oleh kereta/bas/lori yang banyak lalu mereka diberi pilihan menggunakan lebuhraya ini dengan kadar tol yang agak tinggi.

Sejak 2001 hingga 7 tahun (anggaran), tiada sebarang masalah ditimbulkan kenapa motosikal tidak dibenarkan, kerana semua telah maklum, ia direkabentuk bukan untuk laluan motosikal.

Tetapi tindakan membuka laluan ini kepada motosikal oleh kerajaan, adalah satu keputusan yang amat silap malah sebenarnya menggadai nyawa penunggang motosikal itu sendiri.

Sebenarnya, ramai penunggang motosikal sendiri ’seram’ melalui AKLEH ini, tetapi, apabila dah dibuka, kenapa tidak digunakan.

Kenderaan yang melalui AKLEH memang laju, kerana ia memang lebuhraya yang selesa, walaupun mahal.

Bagi saya, secara peribadi, tidak menyalahkan penunggang motosikal menggunakan AKLEH kerana kerajaan sendiri yang membenarkannya.

Namun, demi keselamatan semua, saya rasa ia perlu menguatkuasakan semula larangan itu- bukan kerana menganaktirikan penunggang motosikal , tetapi ia sebenarnya memang direkabentuk untuk kereta, lori dan bas disamping harga yang mahal perlu dibayar oleh mereka.

Post Lain Yang Berkaitan

51 Comments

  • Pada 2010.07.27 03:07, Faizal The Newscaster menulis:

    aduuuhh..tak leh bayang kesakitan ituuu..
    pedihhhh!

    setuju bro sham, highway AKLEH memang sempit sikit. dangerous!

    • Pada 2011.01.05 17:32, Asan menulis:

      Bro,
      Pasal isu AKLEH ni dah lama aku report pd kementrian and paper.
      Kalau korang penah baca aku post pd metro.

      AKLEH ni masa memula buka memang aman damai laju to and from ampang kl!
      Cuma bila dorang open pd motor terus hampeh…ada sekali aku tak boleh nak speed sebab motor tu tak bagi aku potong dia..kelakar betul awak tu dah la guna highway tapi FREE! lagi mau tunjuk power ke? dah la menyibuk jek guna jalan tu.geram aku..
      Now pagi2 nak gi keja dah berebut lane..dulu lane no 1 utk keta slow, no 2 untuk speed..now..no 1 untuk motor..no 2 untuk keta slow+laju!!??
      Sengal…la..dah la kena bayar untuk motor tu..kita pulak yg kena ikut dia..sial! Kalau org AKLEH baca comment ni minta korang bawa pd meeting..tunjukkan statistik kemalangan sebelum n selepas motor2 ni guna AKLEH..
      AKLEH langsung tak sesuai untuk motor..malah macam SEMAK je motor2 ni..kacau jalan..dah tu ada yg tunjuk hero…hishhh geram aku!!!!

    • Pada 2010.07.27 03:07, mr edz menulis:

      memang menyeramkan..

      • Pada 2010.07.27 03:12, Yanaam menulis:

        Saya sokong supaya pengguna motosikal tidak dibenarkan menggunakan AKLEH.

        Utamakan keselamatan.

        • Pada 2010.07.27 03:49, hailiss8384_mira_L2S menulis:

          sekarang ni trend naik motor pakai seluar short pant…cubalah jaga aurat sikit…sebab tu Islam suruh pakai pakaian tutup aurat (termasuk lelaki).

          berbalik kepada mangsa,saya pernah merasa patah riuk macam tu.memang sakit ya amat.pastu,kulit kaki saya pun tersiat abis.nampak tulang aje kat kaki kiri.

          AKLEH memang xboLEH digunakan oleh motorsikae.

          • Pada 2010.07.27 03:57, lan menulis:

            saya guna Akleh bila mahu pulang ke Ukay

            Ada 1 tempat tu jalan dia terganjak sket, macam selekoh kecil, memang bahaya sikit la untuk motor2

            • Pada 2010.07.27 03:57, lan menulis:

              saya guna Akleh bila mahu pulang ke Ukay

              Ada 1 tempat tu jalan dia terganjak sket, macam selekoh kecil, memang bahaya sikit la untuk motor2

              • Pada 2010.07.27 04:27, aReaL menulis:

                Adoii… Sakitnya Tengok… Sakit Mata Memandang, Sakit Lagi Bahu Yang Memikul…

                Nantikan Kemunculan Adik Mia Sara Minggu Hadapan Di Dalam Drama Terbarunya – EPILOG SYURGA CINTA

                • Pada 2010.07.27 04:51, Niamah menulis:

                  sekarang tajuk pun dah mengkonfirmkan apa yang aku comment dalam posting xcident maut kakitangan cimb tu…

                  masa aku comment tadi mmg dah expect para penunggang motorsikal akan melalak mengutuk aku…

                  Motor memang selalu tak mau mengalah, baik di jalan raya mahupun di dalam blogs…

                  • Pada 2010.07.27 06:25, mohd menulis:

                    oang yg xbiase2 bwk moto kat town xyah la lalu jalan nih..
                    mmg bhaye..
                    kereta plak laju2…

                    • Pada 2010.07.27 06:25, Eye_nee menulis:

                      Niamah..ko cuba sekali naik motor..nnt ko akan rasakan apa yng penunggang motor rasa..kalau dah kene bukan melalak lagi beb…MENYALAK pon ko boleh buat beb..

                      Tunggang dgn cermat ingatla jalan2 kat malaysia ni didesign tidak mesra penunggang motorsikal…

                      • Pada 2010.07.27 07:16, Ustaz Love menulis:

                        Salam..

                        Muka beliau selamat… itu yang penting..hehe

                        • Pada 2010.07.27 07:29, sreSHAziela menulis:

                          penunggang motor elak kan lah gune akleh..

                          duke pon 1 lagi highway mkn org.. bahaya!

                          • Pada 2010.07.27 07:43, Yeasin Cameron menulis:

                            nama aini nama pompan tapi tulis/cakap tak macam pompan…. ooo patut lar… geng moto beb… ahaks

                            aini, gua pun tak berapa senang dengan sikap kebanyakan, kebanyakan ya bukan semua…. para penunggang moto baik lelaki mahupun pompan…

                            dalam 10 pemandu kereta dan 10 penunggang moto, siapa yang lebih ramai langgar lampu merah?

                            0 kereta 6 moto… tak pecaya kira sendiri bila tiba dimana mana persimpangan lampu isyarat di Malaysia nih

                            • Pada 2010.07.27 08:22, mohd shukri menulis:

                              Saya tak setuju motorsikal tak boleh lalui AKLEH….adakah setiap kali kemalangan melibatkan motorsikal maka disalahkan penunggang. Kita kena lihat dahulu bagaimana cara kemalangan itu berlaku..kalau dok dilaluan paling kiri pun kena langgar, apakah itu salah motorsikal juga. Kita kena juga lihat cara pemanduan kereta. Walaupun saya jarang-jarang menggunakan laluan tersebut namun saya tidak bersetuju jika ditutup laluan kepada motosikal. Saya rasa kita kena lihat atau kaji dahulu bagaimana boleh berlaku… kecuali jika mat2 rempit yang tunggang motor sampai tak sayang nyawa itu baru berbaloi. Tapi …itu lah saya syorkan pihak berkenaan buat dahulu kajian kerana saya yakin ramai penunggang yang berhemah juga melalui jalan tersebut, jadi kesian kepada mereka itu semua. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

                              • Pada 2010.07.27 08:35, BAMBOO menulis:

                                orang tua2 kate kalu dah nak kene kene jugak..hal2 gini bukan kiter leh rancang nak kene pon…ajal maut urusan tuhan..nak mati dalam kete pon boleh..anytime …anywhere..hatta di jalan lurus pon leh eksiden..so, x payah la nak salahkan penunggang motosikal or pemandu ape2 kenderaan sekiranye sikap kita pon xle nak ubah…peace..=)

                                • Pada 2010.07.27 08:49, Eye_nee menulis:

                                  Sori Yeasin..Gua ckp kasar beb…20 thn menunggang motor setiap hari melalui NKVE beb..baper byk kemalangan maut aku saksikan..Aku bercerita ttg satistic kemalangan langgar lari beb bukan langgar lampu isyarat…Aku tak kan sokong biarpon aku penunggang motor..kalau langgar lampu isyarat..jika kemalangan..padah yg dicari sendiri…

                                  Sori Niahmah..

                                  • Pada 2010.07.27 08:59, Nasa menulis:

                                    sebagai seorang pemandu kereta,sy juga berpendapat AKLEH agak berbahaya sebagai laluan penunggan motosikal…

                                    tp nasihat saya kepada penunggang motosikal, kalau guna AKLEH, tunggang motor di tengah laluan ibarat memandu kereta dan bukan di tepi. supaya kalau kereta nak memotong anda, mereka terpaksa menukar laluan ibarat memotong kereta lain…kalau tidak, akan ade segelintir kereta yang menghimpit dan bergesel dengan anda.

                                    • Pada 2010.07.27 09:02, Fadzil Jalil menulis:

                                      Shamsul…. ni budak umah aku.. dia dalam perjalanan nak amik mak dia balik keje.

                                      • Pada 2010.07.27 09:51, Syahril menulis:

                                        prnh jgk guna highway ni, tp mmg kene bawak sama laju dgn kenderaan lain.. kalo tak, kene sondol dari belakang..

                                        • Pada 2010.07.27 11:17, xafee&polaris menulis:

                                          aku setuju ngan syahril :P

                                          masa praktikal kat kl time balik je aku guna AKLEH…pegi tak ikut situ…yang penting jangan slow sangat dan jangan terlalu yakin masa bawak moto…

                                          • Pada 2010.07.27 12:11, kraznaya menulis:

                                            serius AKLEH mmg bahaya.Aku cukup isau kalau disondol dari belakang lepas tuh dipenyek-penyek oleh bas atau lori..

                                            • Pada 2010.07.27 12:12, Nur menulis:

                                              salam brother
                                              aku jarang guna Akleh coz jarang lalu ke situ.. bayar mahal tidak kisah asalkan selesa utk pemandu tetapi jika perkara ini blh berlaku maka Akleh sudah tidak selesa utk pemandu memandu dgn selesa dan sesuai dgn bayarannya.

                                              kemalangan blh berlaku tanpa disedari atau kita berhati2. kalau Allah kata 'kun fayakun' maka terjadilah. aku ansihatkan kepada semua penunggang dan pemandu supaya haruslah jadi pemandu berhemah dan bertolak ansur. insyaallah kita dpt mengurangkan kemalangan terutama penunggang motor.

                                              • Pada 2010.07.27 12:20, Phumingen Abdul Yadeh menulis:

                                                budak ni (mangsa) bukan saja tak layak guna AKLEH, malah tak layak bawa motosikal.
                                                Helmet yg di pakai, tak berkasut tapi selipar, seluar pendek..
                                                Tak jatuh tak apa, bila jatuh itu lah kesannya..
                                                Batu jalan yg kasar dan tajam itu tidak pernah mengasihani sesiapa.
                                                Tentang motor dan kereta bertengkar pula, sbg pengguna motor aku nak nasihat juga pengguna kereta. Semua jalan atau lebuhraya ada garisan putih. Jalan lah dlm garisan itu…kalu nak keluar dari garisan, tgklah dulu cermin sisi, buka nekad keluar..jgn dok anggap org ada brek, nanti dia brek lah.
                                                Kalu jln jam, berada lah dlm lorong anda, tak payah nak sekejap tukar lorong kiri, sekejap tukar lorong kanan. Bila dah jam tu, lorong kepala bana apa pun jam. Sabar lah sikit.

                                                • Pada 2010.07.27 12:42, wan_cikgumuzik menulis:

                                                  gua paling sokong si Phumingen Abdul Yadeh… pendapat dan nasihat yang bernas…

                                                  • Pada 2010.07.27 12:52, mohd shazwan nabil menulis:

                                                    nanti kete terjun jatuh dari AKLEH, kereta lak takleh masuk AKLEH. benda ni masing2 lah..kalau dah selalu masuk AKLEH tu, dah tau kat mana corner laju, kat mana corner bahaya..so pandai2 diri sendiri la bagi slow..jgn nak laju jugak. etika diri sendiri semua ni..yg dok salah moto, mat moto ni…aku bayar roadtax moto aku lagi mahal dari korang bayar roadtax kete.aku lagi berhak guna daripada korang.haa..pikir pikirkan lah..bukan nak berlagak.. tp sebagai org yg bawak dua dua, keta dan moto..rasai kedua duanya..baru hampa tau pasepa naik moto..pasepa naik moto ikut AKLEH atau hiway2 lain..jem kat kl tu, even naik moto pon takleh nak menyelit bila yg bawak kete pon bawak macam celaka.so, benda ni masing2..jgn dok tuding jari kat mat moto atau mat keta..dua dua sama saja..yg penting, diri sendiri tu..camna bawak.

                                                    • Pada 2010.07.27 16:06, hailiss8384_mira_L2S menulis:

                                                      phumigen,kawe juga sokong pendapat demo….

                                                      etika pemakaian pun dah xde safety.macam mana nak selamat…

                                                      harap lepas ni sedarlah sikit,kulit manusia ni,kalu kena tar,memang berbisa tar tu daripada kulit ni…

                                                      hati hati di jalanraya…

                                                      • Pada 2010.07.27 16:57, Adi menulis:

                                                        AKLEH design utk 80kmh.
                                                        naik basikal pun selamat la kalau semua bawak kete ikut speed limit tu.
                                                        adoi.. asal jalan lurus je nak laju.
                                                        dah laju, tak cekap plak tu.

                                                        sume selfish mcm Niamah. dah cukup kaye la tu leh bayar singgit setengah masuk highway tu?

                                                        • Pada 2010.07.27 17:20, adieslave menulis:

                                                          aiyo,dalam nih xder pon salahkan penunggang motosikal,cume mengatakan sebenarnya highway direkabentuk bukan untuk motosikal skali,tu pasal lebar bg setiap lorongnya kecik sket dr biase,malah selekohnya pon agak tajam dan merbahaya terutama yg 'S' tu,bkn salahkan motor tapi memg jalan nih merbahaya utk motor,saya selalu gak lalu sini,memg kalo nak memotong motor elok tukar laluan je,sbb sempit sangat…yg penting bile dah gunekan jalan,xkire la kat mane2,kene igt pada pengguna lain,kalo potong rpat2 tu kdg2 impak angin yg kene kat motor tu kuat,leh ilang kawalan…yg bwk bahaya terhuyung hayang tu lantak la,cane yg bwk sopan slow je tp kene langgar?x ke haru,abg saya dlu pon g keje bwk motor,bwk slow je,saya tau sbb saya slalu naik dgn die,memg ngantok die bwk,alih2 der 2 biji kete tgah sebuk berlumba,yg sebiji tu leh hentam lak abg saya yg kat lorong kiri skali,nak terpatah 2 dah motor die,teruk gak cedera die walaupun xsampai koma,terus die tukar tmpt keje yg dkat dgn LRT,serik naik motor dah :P
                                                          so,yg penting dlm guna jln ni,igtlah org lain,jgn pk diri sendiri je..saya yg bwk keter nih pon kdg2 tensen dgn pemandu yg xder otak tukar2 lorong nih,plg teruk kat tol duta,ada ke 4 lorong kete berbaris utk 1 lane byr tol?pastu himpit2 org yg lorong betol,bergesel side mirror,pastu anak beranak nak pandang xpuas ati lak,dah xikut lorong,ikutlah giliran,saya dah lepaskan sebiji kete masuk dpan saya pon dah cukup baik,masuklah blakang saya,panas je ati ni…

                                                          punca masalah bkn kenderaan apa kita pakai,tapi sikap toleransi pengguna masing2 yg penting

                                                          • Pada 2010.07.28 01:01, dan menulis:

                                                            aku kekadang seriau dan seram tengok motorsikal yang naik atas highway ni….

                                                            bukan ape…aku pun naik motor jugak pegi keje…..dan aku pun bawak kereta jugak kadang-kadang….

                                                            -tapi mostly penunggang motor ni malas sangat nak pulas minyak bagi kelajuan sama dengan kenderaan lain…sekurang kurangnya kenderaan lain dapat bergerak lancar….kuranglah kes kene himpit dsb lg….

                                                            nak jimat minyak sangat minyak motor dah cukup jimat dah…..

                                                            jadi ingat….adjust kelajuan anda agar setara dgn "flow" trafik yang lain…kalau nak bawak perlahan pegi lalu di laluan biasa….jangan gunakan lebuhraya…..

                                                          • Pada 2010.07.28 01:04, Azrul menulis:

                                                            Stuju².. Masing² nk g cr rezeki.. same jer. yg lain just moto ngan kete. lau la sume penguna kat malaysia leh btimbang rs, Insyallah kemalangan tu leh dkurang'n. slagi sikap penting dri tu ader, pkir dri sdri je nk cepat, xnk bebaris pjg², susah la.. otak ader, lu pikir la sdri.

                                                            • Pada 2010.07.28 11:56, Tany menulis:

                                                              Aduuuusssssssssssssss… tgk kaki dia pun sendiri dah mcm ulat bulu badan ni sbb mcm terasa sakit, inikan lagi yg kena. Tak boleh bygkan kesakitan tu… lain kali bawak motor pakai seluar pendek.

                                                              Tp seperti yg saya telah komen kat entry mangsa CIMB tu, jgn blame others but yourself. Motor & kereta takde hal menggunakan jln yg sama, tp individu sendiri yg salah. Cuba lah stop blaming others dan tgk diri sendiri? Sendiri tu bawak tak pernah salah ke? Saya berani bertaruh 1 juta yg setiap org pernah melanggar peraturan jln raya, samaada sedar atau tidak. Sendiri mau pikir. You can make a difference. Kalo setiap org stop blaming each other, dan berubah, bukankah benda mcm ni boleh dielakkan? Kalau cuai, bukan diri sendiri saja yg kena, org yg tak bersalah pun boleh kena.

                                                              Byk org KL rather bawak motor dari kereta, sbb ye lah.. jam sana sini. Tp kalau iyepun, jgn lah zig zag atau langgar lampur isyarat. Yg bawak kereta jgn speed mcm tak ingat dunia, ingat jugak penuggang motor dan basikal.. kalau nk potong atau masuk simpang, bg lah signal awal2, bukan dah corner baru bg signal. Yg bawak lori consider lah kereta kecil dan penunggang motor.

                                                              Saya jarang ikut AKLEH, cuma selalu setakat tang uturn nak ke parking KLCC je.. tak lebih..tapi mmg nampak jalan tu tak dibina utk motor dan agak bahaya. Saya pun pernah sekali hampir nk terlanggar motor yg kejap ketepi kejap ketengah. Nasib bawak slow. Kalau mmg bahaya, patut kerajaan larang balik motor dari guna jln tu.

                                                              Tolonglah bawak berhati2. bertolak ansur, dan bertimbang rasa. Ingat org lain, diri sendiri dan org tersayang.

                                                              • Pada 2010.07.29 02:10, Cat menulis:

                                                                Bro ondescene…

                                                                Sy kira wajar dilihat dari semua segi mengenai laluan AKLEH ini. Sy akui ia tidak sesuai utk kenderaan motorsikal dan spt pengguna motorsikal yg lain sy melalui atas sebab menjimatkan masa ke tempat kerja. Sy kira kesemua pemandu kenderaan apa2 pun yang menggunakan AKLEH atas sebab yg demikian.

                                                                Sy menyokong atas komen saudara Phumingen Abdul Yadeh…Mohd Shukri
                                                                dan adieslave…. Bkn nada berat sebelah atas kerana sy penunggang motorsikal dan hanya mempunyai motor sahaja maka tidak layak utk menggunakannya. Risiko mmg telah diketahui ada di mana2 skali pun, spt yg sy lihat sendiri di lebuhraya di German/Swiss yg mempunyai 6 lorong itu juga tidak terlepas dari kemalangan maut yg melibatkan penunggang motorsikal yg berada di paling kiri berpunca dari rempuhan kereta lorong paling kanan yg terbabas.

                                                                Pokok pangkal yer adalah dari sikap pemandu itu sendiri. Apa yang nyata skali lagi bkn bersikap berat sebelah tetapi hakikatnya pada sesiapa yg tidak pernah menaiki motorsikal dan memandu kereta sahaja yg KADANGKALA(BUKAN SEMUA) dilihat tidak mempedulikan atau mengambil sikap berjaga2 dgn kehadiran motorsikal keliling.

                                                                Sikap dan adab memandu di M'sia ini masih dibawah paras yg boleh dikatakan menjadi penyebab UTAMA sesuatu kemalangan itu. Berbalik pada isu AKLEH tepuk dada tny pada diri ANDA SENDIRI. Sy masih harap dpt menggunakannya atas sebab keperluan harian dan bukan diskriminasi ke atas sesiapa pun. Apa pun segala kemungkinan Insyallah akan dapat kita kongsi segalanya.

                                                                • Pada 2010.07.29 08:35, unknower menulis:

                                                                  niamah..

                                                                  ko tu org kaya2.. dan mgkin jugak berpendidikan tinggi..

                                                                  tp ko pnye ego dan sombong yg menjatuhkan maruah ko sendiri..

                                                                  entah berapa ramai dok marah dgn kutuk ko mgkin terasa teraniaya dgn statement2 ko yg x bhati perut langsung..

                                                                  kalaulah tuhan makbulkan doa2 mereka..

                                                                  mungkin satu hari nanti ko ditimpa kesusahan.. mat moto bantu, mana ko nak letak muka yg berlagak 2? bawah karpet kereta?

                                                                  mungkin satu hari nanti ko susah sgt sebab tuhan tarik rezeki ko sbb ko penah kutuk org.. ko hanya mampu naik motor je.. masa tu baru ko nak teringat??

                                                                  Aku bukan doakan ko mcm2 tp suruh ko fikir jauh..

                                                                  Masing2 ada rezeki masing2.. Ko bersyukur lah dgn rezeki ko dan doakan lah kesejahteraan org lain.. Bukan mengutuk2..

                                                                  Mungkin ko penah marah mat moto pecahkan side mirror ko atau langgar ko.. Tp pernah kau reflect kenapa? Pernah ko semak cara pemanduan ko?

                                                                  Apa pun dendam ko.. Tak usah panjang2kan dlam blog ni..

                                                                  Blog yg suci murni niatnya untuk share2 maklumat yg membina dan berguna untuk kita semua BUKAN untuk memendam kebencian, menghidupkan api kemarahan dan menyemai perpecahan..

                                                                  Mungkin kepada semua komentar2 boleh buang yg keruh ambil yg jernih..

                                                                  Bila Malaysia nak maju kalau tak de satu bende pun kita boleh sepakati atau duduk2 kedai kopi borak..

                                                                  Marah satu hal.. Fikir waras satu hal yg lain..

                                                                  Gunakan fikiran yg waras sebelum berbuat sesuatu atau org akan pggil ko tidak waras aka x siuman..

                                                                  sekian..

                                                                  • Pada 2010.07.29 08:59, aLviN menulis:

                                                                    Salam Semua,

                                                                    Memang tepat and benar pandangan Ondscene mengenai isu ini, dan saya percaya ia juga adalah pandangan majoriti pembaca & peminat blog ini, yang juga pengguna jalanraya- terutamanya leburaya AKLEH.

                                                                    Saya juga berpandangan bahawa kerajaan patut melarang motosikal untuk menggunakan lebuhraya tersebut, memandangkan lebuhraya tersebut dari segi rupa bentuknya and juga keselamatan memang tidak sesuai untuk diguna oleh penunggang motosikal.

                                                                    Kepada kita semua yang menggunakan leburaya tersebut, pada pandangan saya, kebanyakan masa ia mencecah 110kph, sedangkan lebuhraya tersebut mempunyai banyak selekoh, dan jalanya sempit pula. Yang menunggang pulak ada kalanya membawa secara berbahaya dengan berada di lorong kanan, dan memotong sesuka hati, terutamanya pada waktu puncak apabila kereta berjalan pada kelajuan 60kph.

                                                                    Yang tidak saya faham adalah, kalau dari mulanya kerajaan memberi kelulusan untuk membina lebuhraya ini dengan syarat melarang motosikal daripada menggunaya, mengapakah selepas 5-6 tahun kemudian, kerajaan menukar polisi tersebut. Apakah rasional di sebalik keputusan ini? Kalau kita sebagai pengguna pun tidak dapat memikirkan sebarang alasan yang dapat memuaskan kita sendiri bahawa pengguna motosikal patut dibernakan mengguna lebuhraya tersebut, apatah lagi keputusan kerajaan yang sering bertukar-tukar?

                                                                    Pada pandangan saya, mungkin blog ini mendapat ramai peminat dan pembaca, antaranya mungkin ahli politik. Malangya apa yang dibincangkan di sini, terutamanya isu keselamatan jalanraya, berakhir di sini. Tidak apa-apa penyelesaian konkrit dilakukan selepas setiap perbincangan.

                                                                    Mungkin Bro Ondscene boleh menggunakan saluran blog anda yang mempunyai kini serba-sedikit ''influnce'' untuk mempertengahkan isu ini untuk perhatian pihak-pihak yang tertentu, supaya satu keputusan yang rasional boleh dibuat, iaitu melarang motosikal untuk menggunakan leburaya tersebut. Sebelum saya mengakhiri komen saya, izinkan saya memohon maaf, terutamanya pada pengguna motosikal jika tersinggung perasaan anda, tetapi cadangan dan pandangan saya adalah untuk kebaikan semua, terutamanya dari keselamatan.

                                                                    Sekain, terima kasih.

                                                                    • Pada 2010.09.08 10:38, Siti Farah menulis:

                                                                      Ni sebab orang tu bengong yang bagi kelulusan untuk motosikal. saya dah hantar e-mail complain kat AKLEH meh kita ramai2 hantar complaint to both and to ministry of transportation as well.
                                                                      Siti Farah recently posted..benefit brightening face primer

                                                                    • Pada 2010.07.29 13:15, Pan menulis:

                                                                      bingung aku memikirkan tentang pemandu-pemandu kereta yg berasa tidak senang atas kehadiran motosikal yg mengganggu ketenteraman mrk yg telah membayar RM1.50..
                                                                      Pasal kemalangan tu bukan pasal AKLEH atau PLUS, ia adalah pasal sikap pengguna yg sama ada tidak cekap atau kurang mahir..mungkin tau tekan minyak dan pulas stering saja.
                                                                      Aku pun pernah kena langgar dari belakang, nak kata aku sloy, kelajuan aku 100++ kmj masa tu..nak kata aku bawa kat lorong tengah, aku berada di lorong paling kiri dan roda motor aku hampir memijak garisan putih yg memisahkan lorong kecemasan.
                                                                      Boleh sesiapa boleh terangkan pada aku kenapa perempuan bingai yg memandu Perodua Kembara PEU 3118 tu boleh pilih langgar aku atas lebuhraya 3 lorong di KM438 arau selatan berhampiran R& R Rawang tu?
                                                                      Lepas langgar, mau lari lagi tinggalkan aku pengsan tepi lebuhraya, mujur ada mat motor juga bantu aku..lepas sedar mat motor juga berikan no plat dan no tel perempuan tu kat aku sbb dia blh lari sekitar 100 m saja sbb tayar depan sebelah kirinya bocor angin lepas bergesel masa perlanggaran tu..
                                                                      Kejadian 1 Mac 2009 itu buat aku masuk ICU Hospital Sg Buluh, MC 61 hari..
                                                                      Salah jalan kah itu? Tentu bukan, tapi salah JPJ yg bagi lesen kpd lembu..
                                                                      20 Sept ni naik mahkamah lagi..tgk lagi apa dia mau temberang..

                                                                      • Pada 2010.09.09 12:33, aku menulis:

                                                                        padan muke dier..memang kurang ajar pemandu malaysia ni..aku d ajumpe rmai…sape yg bwk elok tu trima kasih..aku xmarah korng..sape makan cili ko rase a r pedas.

                                                                      • Pada 2010.07.30 07:59, Nota Fikir menulis:

                                                                        AKLEH
                                                                        A.K.L.E.H…
                                                                        Maksudnya : Asal Kau Lalu Engkau Hanyut la….

                                                                        • Pada 2010.07.30 18:44, adieslave menulis:

                                                                          kalo ikot engineering,memg AKLEH nih xsesuai utk motor,nak lalu kat tol tu pon sempit,bkn nak slhkan motor ke per,tapi same2 la,xleh la nak salahkan sesuatu atas beberapa kes…

                                                                          kite ibaratkan camni la,pengguna jalan raya kat KL ni ramai,xkan la sume nyer bagus and bertimbangrasa,yer x?ibarat buah la,xsume buah kat 1 pokok tu yg xbusuk :D

                                                                          so,balik ke pangkal cite,terpulang pada sikap pengguna masing2,kalo jenis bertimbangrasa,baiklah jadinya,kalo x,teruklah jd nyer,even kalo wat penguatkuasaan giler2 pon,tetp akn berlaku kemalangan gak,mcm musim perayaan…ha,td pon saya dilanggar oleh kereta yg mungkin terlepas brek semasa mencari brg,xfree gear la tu,nasib xder pape,malas nak cite pnjg,tgk ok,terus blah je,huhu..haih,jalan jem yg xbergerak pon leh kene langgar,huhu

                                                                          P/S: dlu seingat saya,leh tangkap gambar pesalah trafik dan send ke polis or jpj,dan tindakan akan diambil,skang dah xder ek?kalo der,mmg ari2 saya tangkap gambar,terutama yg potong barisan,ikut lorong kecemasan :D

                                                                          • Pada 2010.08.01 11:37, Dzue menulis:

                                                                            Saya TERAMAT SETUJU kalau kebenaran motorsikal mengguna AKLEH ditarik balik. Ini adalah demi keselamatan bersama. Harap kerajaan tarik balik… demi keselamatan pengguna motorsikal juga.

                                                                          • Pada 2010.08.03 05:21, Acid Voice menulis:

                                                                            Pada yg kata Akleh x sesuai untuk motorsikal…..disebabkan struktur binaan jalan yg agak kecil berbanding ngan laluan biasa…Cuba tengok laluan biasa menuju ke Ampang…selepas lampu isyarat Ampang Park tu…besar ke jalan tu…lebeh kurang jugak…cuba kira berapa banyak simpang kereta kluar masuk jalan tu dan kadang2 ada kereta yg bengal parking tepi jalan…..bahaya ke tak?….itu x masuk lagi pemandu bas yg sesuka hati nak berenti ambik/turun kan penumpang…teksi?…jgn ceritala…Kenapa Akleh motorsikal xleh masuk?…sebab x bayar tol?…atau sememangnya kerana pemandu kereta yg rasa ego dia lebih sebab bayar tol dan nak gunakan jalan tu sesuka hati?…Mentaliti tu yg kena tukar….jgn nak salahkan kenderaan je…tuding sana sini pun x guna klu semua pun selfish….Ramai yg tahu bawak motor…tahu bawak kereta gak….tp x semua org bawak kereta tahu bawak motor….

                                                                            • Pada 2010.09.08 10:35, Siti Farah menulis:

                                                                              ayo simple answer highway limit berapa. jalan raya limit berapa. kalu dah highway limit 110 tu the chances nak accident lagi byk
                                                                              Siti Farah recently posted..benefit brightening face primer

                                                                            • Pada 2010.08.07 06:02, Hairul menulis:

                                                                              salam semua,

                                                                              tak perlu kita bertelagah kt sini.. mana yg pakai motor atau pakai kereta.. kene sabar sikit. :)

                                                                              saya bawak motor dulu dan sekarang.. pernah lalu jalan ni.. saya rasakan sangat bahaya! sejak tu saya tak berani nk lalu highway ni.!

                                                                              memang bukan design utk motorsikal lalu.! terimalah kenyataan ni wahai penunggang motorsikal.

                                                                              Kita ni kadang menempah maut sendiri! lepas tu nak salahkan orang lain atas sikap bodoh sombong kita tu. !

                                                                              bukan sekadar akleh aje.. tgk kt federal highway – dah ada jalan motor.. dan siap repair cantik lorong motor pun.. ramai jugak yg lalu kt jalan kereta! kan bahaya tu! kalau mati.. mati katak!

                                                                              hati2lah..,kita ni mentimun.. di gelek pun kita kene.. tergolek pun kita kena! hati-hati..! ramai yg menanti di rumah.., anak2.. isteri., orang tua

                                                                              ikut jalan ampang tu ok aje kan? kita motor boleh aje cilok2 jln ampang tu kan?

                                                                              hm..

                                                                              • Pada 2010.09.08 10:29, Siti Farah menulis:

                                                                                Please complaint this matter to AKLEH or transportation minister. I oready e-mail the AKLEH. We pay RM 1.50 but still stuck at the jam because of motorcycle accident.

                                                                                • Pada 2011.01.05 17:39, Asan menulis:

                                                                                  betul…aku sokong ko…kita bayar RM1.50 untuk free from jam..tapi alih2 motor yg kacau..dah la tak bayar..dia pulak jadi KING…mmg KING KONG!!!

                                                                                • Pada 2010.09.08 15:19, usopp menulis:

                                                                                  org yg tak bawak motor memang tak layak komen dlm ni… dia tak rasa camne pengguna motor bawak motor atas jalan.. lepas belajar mak bapak dah belikan kete.. jumpa moto je cop mat rempit… bodo..

                                                                                  jadi org yg tak bawak motor tu jangan nak menyemak komen sini.. bawa perangai bodo dan penting diri anda ke tempat lain.

                                                                                  • Pada 2010.09.09 12:28, aku menulis:

                                                                                    aku bukan nk cakap apela..aku kesian ngn orng yg bwk moto..(kecuali mat rempit die nk bwk laju die pnya pasal!)..aku penunggang motor..aku da lama nek moto..tau x da dua kali aku hmpir xcident sba pemandu bodoh yg xtau undang2 kt jalan bwk keta..orng yg xbwak moto ckp snangla..ko taw x,jalan ni sume semua orng bayar road tax?sume orng ad hak?ko ingt jalan bapak ko?aku suke ade jalan motor..tp kt KL ni TAKDE!!!Sume kene lalu jalan besar..bersame2 lori bas sume..ko wk cam pelesit ko xpk..ko mrh penunggang..ko kene langgar setakat cedera..ko langgar moto?bawk maut tau…pk la yer..

                                                                                    • Pada 2010.12.16 09:58, alonso menulis:

                                                                                      laluan tu memang bahaya bagi pengguna motorsikal dan tak sepatutnya dibenarkan. Area Kl ni yang ada laluan motor tak banyak.. kalau ada pon amat-amat berbahaya macam federal highway punya laluan motosikal..itu laluan maut tuu..so, kita kenalah berhati hati tak kira yang bawak motorsikal atau kereta. Tapi biasanya yang tak pernah bawak moto tapi bedal lesen keta terus lah yang selalu wat hal.. selalu nak salahkan motorsikal. pemandu kereta yang pernah bawak motor time muda2 dulu lebih bertimbangrasa ngan penungang motor ni sebab diorang pernah merasa naik motor. Jadi, pada sesapa nak komen marah tak tentu hala pada penunggang motor tanpa usul periksa tu fikirlah dulu k.. kalau tak pernah pegang handle motor terus nak komen negatif je susahlah. macamlah semua kesalahan kemalangan tu penunggang je yang wat. (mat rempit lain citer la)

                                                                                      You must be logged in to post a comment.