Jasin, sempadan Melaka-Johor, KM181
16 Jan 09
Berita ini saya baru terima, tetapi saya tidak berada di lokasi.
Kemalangan baru berlaku di Lebuhraya Plus, KM 181, arah selatan berhampiran Jasin
Sebuah ambulan yang membawa pesakit dari Hospital Selayang terbabit dalam kemalangan dan difahamkan, pesakit di dalamnya maut.
Maklumat lanjut mungkin anda boleh dapati dalam berita malam ini atau akhbar esok.













Bro…rugi tak ke KT…
WARTAWAN DAPAT DUIT ?
Berita baru masuk – jam 5.11 ptg ini.
Kuala Terengganu telah heboh dikalangan pengamal media.
Dikatakan ada wartawan yang dapat 300 ringgit bakseeh.
Zeon
Tadi pagi masa on d way na g kerja, ada satu accident di Highway Pasir Gudang. Mungkin baru berlaku sebab masa saya tiba di kawasan kejadian (di Seri Alam), motor & mayat masih terbaring di tengah tengah lebuhraya.. Sungguh sedih! Kepalanya pecah akibat tergesel lori. Tapi, lorinya mcm x nampak lah. Kalau ondscene di JB, sure dpt snap d picture! Highway Pasir Gudang memang merbahaya..
APA?!
bro ots ke KT?
apa bikin?
jangan jadi pengundi ghaib dah la..
zeon-”telah heboh dikalangan pengamal media.
Dikatakan ada wartawan yang dapat 300 ringgit bakseeh.”
bro- media mana yg dapat, media mana yg heboh. tolong siarkan di sini. perkataan ‘dikatakan’ saya tak terima di sini kerana bagi saya, jika dengar cakap atau just buat justifikasi berdasarkan dari mulut ke mulut, itu bukan beriuta namanya. itu adalah khabar angin, atau fitnah atau saja mereka cerita.
Jika ada foto, dan bukti yg betul dan sahih, tolong salurkan. Saya dan juga seperti rakan2 wartawan lain, bukan bernilai RM300, kerana kalau RM1000 sekalipun, tak tentu kami terima kerana itu ada udang sebalik mee. Setakat nak bagi duit minyak, wartawan dah ada peruntukan duit minyak dari syarikat, duit makan, duit hotel. Duit mengundi? Berapa kerat wartawan yg mengundi di parlimen KT?
Maaf, saya tak campur urusan politik atau melibatkan berita yg tak sahih.Kalau ahli politik kena bunuh, kena tembak, gantung diri, kereta xcident, mungkin saya sampai jika sempat.
azie – terimaksih atas maklumat. jika anda terserempak dgn mana-mana kemalangan, dan tidak mengganggu lalulintas, bolehlah anda snap foto, dan email pada saya. maklumat seterusnya akan saya uruskan utk disiarkan di sini.
terimakasih byk kerana sudi lawat blog ini.
jawa- saya tak ke kt, walaupun saya mendaftar di mengundi di KT. Saya mendaftar di kT sejak kira-kira 20 tahun lalu semasa saya bertugas di sana.
Pengundi ghaib memang tak pernah wujud. Apa yg berlaku ialah, apabila anak pak dollah, anak cik kiah , cucu pak leman blaja kat kl ke, kerja kat jb, then balik mengundi, tau2 dituduh pengundi hantu. Janganlah kita ingat, semua org di tempat kita, kita boleh kenal atau cam. Kalau saya balikpun ke KT utk mengundi, silap2 saya pulak dituduh pengundi hantu!!!
Saya dapat bnyk SMS dari parti politik tertentu, minta saya mengundi calon mereka dan ada juga konon mengaku sebagai calon, merayu mengundi diri dia.
Ada juga yg menelefon beberapa kali offer tuk bawa saya balik ke trg dan disediakan pengangkutan pergi balik…
sEMUA NO ADA DLM SIMPANAN SAYA…