Anak Pengarang Kumpulan Berita Ehwal Semasa NTV7,TV8,TV9 Maut Kemalangan
Subang Jaya
Selangor
22 Mac, 2010
Anak bongsu Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa NTV7, TV8 dan TV9 maut dalam kemalangan jalanraya di USJ3, Subang Jaya awal pagi tadi.
Mohd Ikhwanul Ashraf Manja, 18 tahun, cedera parah apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar bahun tembok simen.
Akibatnya, kereta Proton Saga terbabit tercampak 26 meter dan mangsa terpelanting keluar dari keretanya.
Mangsa ditemui kira-kira 5 meter dari keretanya.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supt Che Hussin Omar mengesahkan kejadian tersebut.
Mohd Ikhwanul Ashraf , bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan anak bongsu Datuk Manja Ismail yang juga Pengarang Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara petang tadi.
Al Fatihah
Post Lain Yang Berkaitan
11 Comments
You must be logged in to post a comment.

.jpg)
.jpg)
.jpg)


Innalillahi Wainnailaihi Rajiun
18 tahun, baru habis SPM… dah ada lesen kereta ke?
Masa accident naik kereta apa ye?
Dahsyat boleh sampai tercampak keluar.
Ada foto bakal menyusul tak?
da ad lsen da..
bru kuar x smpai sebulan
kereta proton saga kakak dia
mesti laju nih,biasa la,baru dapat lesen,18 lak tu,darah muda…
pape pon,al fatihah utk mangsa…
18 tahun, baru dapat lesen.
takde tampal P pun?
apa pun, takziah untuk mangsa.
al-Fatihah.
Innalillahi Wainnailaihi Rajiun..
Kebanyakkan mangsa kemalangan maut akibat tercampak keluar dari kenderaan.
Selalulah pakai tali pinggang kaledar walaupun anda berada di belakang.
disebabkan eksiden sejak akhir² ni ramai maut tercampak walaupun dah diwar²kan iklan penggunaan talipinggang depan dan blakang.. perlukan kenderaan di malaysia lpsni ditambah standard piawaian keselamatannya? "beeping" sound slagi x pakai tali pinggang kledar…
Rest in peace
Anak Pengarang Kumpulan Berita Ehwal Semasa NTV7,TV8,TV9 Maut Kemalangan, bapak dier pengarang berita bodek kerajaan je kan?
yang atas ni tak leh kurang ajar lagi ke?
asal kurang ajar sgt??
dah hebat sgt ke??
azfaizum, maut tu pasti datang dan kita takkan tau kita mati macammana and aku tak rasa bapak kau malaikat. sudahlah.