Reality in Real Life

Anggota Polis Bantuan KLIA Maut – Motosikal Terbabas

 
 
IMG_5230
KM 431.2 Lebuhraya Utara Selatan
Bukit Beruntung arah Rawang
Hulu Selangor, Selangor
6 Julai 2014
4.30 pagi
 

Nama : Mohamad Akmal Mohamad, 23, Kg Masjid Tokai, Mukim Bukit Raya, Pendang, Kedah.

IMG_5232

Sudah beberapa ketika saya tidak membuat liputan kes kemalangan di laluan Bayangan Maut ini, yang sebenarnya ada beberapa kes maut yang saya tidak sempat ke lokasi.

Kemalangan ini dipercayai berlaku akibat mengantuk menyebabkan motosikal hilang kawalan dan mangsa tercampak.

IMG_5234

Menunggang motosikal Yahama LC dari kampungnya di Pendang Kedah untuk ke Bukit Mahkota, Bangi, adalah suatu perjalanan yang amat jauh dan memenatkan.

Akhirnya, Mohamad Akmal Mohamad, 23, menemui ajal setelah perjalanan sejauh hampir 400 kilometer.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa  menunggang di lorong laju dan dipercayai akibat letih dan mengantuk, motosikal gagal dikawal lalu terbabas dan terseret.

Mohamad Akmal tercampak ke besi penghadang tengah , dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

IMG_5242

Beberapa kenderaan juga nyaris menggilis mangsa dan sempat mengelak di laluan yang gelap ini.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

IMG_5252

Mangsa yang masih bujang,  baru 2 bulan bertugas sebagai anggota polis bantuan di KLIA selepas tamat berkursus selama 6 bulan di Langkawi.

Difahamkan, arwah menunggang untuk balik ke ibu negara selepas selesai berbuka puasa semalam.

 

 

2 Comments

  1. gantang's Gravatar gantang
    07/07/2014    

    memang bahaya menunggang motor dlm keadaan yg mengantuk…sy pernah mengalami kemalangan akibat mengantuk ketika menunggang motor…sy terlelap beberapa saat dan akibatnya sy melanggar motor di hadapan menyebabkan saya dan penunggang motor hadapan jatuh…nasib baik kecederaan ringan sahaja…nasib baik tiada apa2 yg lebih teruk berlaku…kejadian berlaku di lorong kecemasan di NKVE area Shah Alam ke Setia Alam…

  2. TAN's Gravatar TAN
    06/07/2014    

    Nasihat saya ialah kalau mahu menunggang motosikal biarlah siang hari dan selepas mendapat rehat yang secukupnya. Saya sendiri pun dah rasa tidur di atas motosikal selama 5 saat dengan kelajuan maksimum dan masuk ke jalan sebelah… Nasib motosikal tidak jatuh dan terbangun dari tidur dan tiada kenderaan di jalan sebelah… Pengalaman yang ngeri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting