Desa Petaling
Kuala Lumpur
kira-kira jam 6 pagi
21 April, 2009
Kira-kira sejam kemudian, satu lagi kemalangan maut berlaku.
Kali ini membabitkan seorang anggota polis yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Kemalangan berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 6 pagi di KM 3-6 Lebuhraya KL-Seremban arah Selatan sebelum susur ke Desa Petaling.
Mangsa, L/Kopral Mohd Yusli Yussof @ Md Yusof, merupakan anggota polis dari IPD Brickfields.
Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan samada membabitkan kes langgar lari atau sebaliknya.
Ini berikutan penemuan sebuah kereta Toyota Wish yang terbabas tidak jauh dari tempat kejadian.
Motosikal mangsa dipercayai berlanggar dengan sebuah kenderaan berdasarkan kesan di tempat kejadian.
Mangsa terseret kira-kira 30 meter dan motosikalnya tersadai di tengah lebuhraya.
Pemandu kereta mendakwa, keretanya terbabas kerana cuba mengelak sesuatu di atas jalan ketika cuaca gelap dan hujan.
Polis bagaimanapun membawa pemandu terbabit ke Balai Trafik untuk soal-siasat.
Siasatan turut dilakukan samada pemandu kereta memandu di bawah pengaruh alkohol.
Mohd Yusli masih dalam bercuti dan difahamkan baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan seorang guru.




Bro Sham
Takziah dan Alfatihah untuk arwah
Semuga beliau di tempatkan di dalam golongan orang orang yang beriman.
Amin
Baru tadi aku tengok buletin 1.30 kat tv3.
Inna-lillahi-wainna-ilaihi-rojiun.
Alfatihah..
isk2..nie mcam kes langgar lari je..kesian kat mangsa…
memang kemalangan tak mengenal mangsa….
so, bila memandu,berhati-hati..ingatlah org tersayang..
Takziah dan Alfatihah untuk arwah
Semuga beliau di tempatkan di dalam golongan orang orang yang beriman.
Amin
Dari Pegawai Dan Anggota JPAM.
ALFATIHAH.DARI WARGA PDRM . KAMI KEHILANGAN ANGGOTA SEPASUKAN , IBUBAPANYA KEHILANGAN ANAK ,ADIK-ADIK KEHILANGAN ABANGNYA… TUNANGNYA KEHILANGAN BAKAL SUAMI,ITULAH HAKIKAT HIDUP. NAMUN KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN..SEMOGA ALLAH LETAKKAN ALLAHYARHAM DIKALANGAN UMAT-UMAT YANG DIKASIHINYA…AMIN.
alidyangon- Amin…
kem-renjer- Al FAtihah..
helmi- memang selalu mcm tu, yg tak bersalah selalu jadi mangsa, yg bersalah terlepas mcm tu je…
mediacom- sama2 anggota beruniform…
zalili – kita harap semoga keluarga menerima takdir ini dgn tabah
banyak duit mamat ni pakai motor besar
banyak duit mamat ni pakai motor besar
Anonymous…akak nak mencelah sikit.x baik kita berfikiran begitu. hanya krn berpangkat RENDAH maka apa yg dimiliki oeh Allahyarham dan yg sepangkat dgnnya dipandang serong..kita tahukah susah/senang seseorg itu untuk mendptkan sesuatu.Kesedihan pemergian Allahyarham belum reda, tuduhan ini pula timbul..sedih.. perjalanan Allahyarham sudah sampai ketitik nohtahnya dan KITA ni yg masih bernafas sudah cukup tenangkah dalam mengharungi kehidupan ini? Wassalam
anon – bro, ini bukan kategori motor yg ccnya besar spt 750 ke, 1000ke. ini hanyalah 250 dan harganya lebih murah dari sebuah kancil. dan jika bayar bulanan pun, tak habispun rm300 sebulan. saya harap anda tidak memberikan komen yg sebegini kerana anda perlu mengambilkira kejadian yg menimpa mangsa dan juga keluarga arwah.
anda mungkin tergolong dalam mereka yg membuat penilaian tahap pemberian bantuan pd OKU – jika ada Astro, ada TV, mereka tdk layak dapat bantuan, sebab mereka dikategorikan kayo…
foto dah byk saya upload, jadi, jika anda tak tahu mengenai motor, jgn buat komen sebegini. dan komen anda juga seolah-olah tiada apa2 yg berlaku pd mangsa.
zalili – terimakasih atas nasihat itu pada anon tersebut. saya syorkan, anon itu, walau siapa orgnya, wajib memohon maaf kepada keluarga arwah kerana buruk sangka tersebut. Al fatihah untuk arwah dan semoga keluarga dan tunangnya juga dapat bersabar akan ketentuan ini.
may his soul rest in peace. amen.
takziah buat keluarga mangsa.
-zxrians