Jalan Syed Putra
arah Petaling Jaya
Kuala Lumpur
22 November, 2011
7 pagi
Nama mangsa : Sarjan Md Nor Shukor, 57 tahun, Berek Polis Setapak, Kuala Lumpur
“Saya sempat mengajarnya untuk mengucap dua kalimah syahadat”
“Matanya tepat memandang ke arah saya dan seakan-akan cuba berkata sesuatu. Keadaannya begitu menyayatkan hati. Saya cuba membantunya, tetapi kecederaanya agak teruk. Saya segera menelefon talian kecemasan untuk meminta bantuan ambulan.”
Seorang mualaf, Muhammad Khidir Tiew Abdullah, 21 tahun, tidak mampu berbuat apa-apa kerana mangsa kelihatan sudah tiba masanya untuk menemui ajal.
Beberapa saat kemudian, badan mangsa menjadi sejuk dan kaku.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi tadi, di Jalan Syed Putra arah Petaling Jaya berhampiran sebuah stesyen minyak.
Sarjan Md Nor Shukor dalam perjalanan untuk bertugas, sebagai anggota polis di IPD Brickfields.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian dipercayai kes langgar lari apabila motosikal mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenalpasti.
Ini menyebabkan mangsa terjatuh dan dipercayai digilis kenderaan terbabit.
Beberapa minit selepas kejadian, Muhammad Khidir Tiew kebetulan melalui jalan ini untuk ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal

Muhammad Khidir merupakan seorang anggota sukarelawan polis di Balai Subang Jaya.
Menurutnya, ketika sampai, dia terlihat sebuah tayar kereta berada di atas jalan berhampiran motosikal dan mangsa.
(Masih tidak diketahui, bagaimana tayar tersebut berada di tengah jalan).
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Md Nor dijangka akan bersara dari perkhidmatan polis tahun hadapan, dan bertugas di Cawangan D4, IPD Bricksfields.
Arwah meninggalkan seorang balu, Noriyati Yaakob, kakitangan di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur dan 3 orang anak.
Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Batu 10 , Kg Labu, Negeri Sembilan.















Takziah buat keluarga mangsa, Sy ade lalu jalan ni pagi td menghala ke KL, igtkan ade gaduh2 sbb polis ramai tp ambulan xde.. Semoga org yg langgar lari 2 dijumpai..
Al-Fatihah buat mangsa.
Laluan tersebut agak merbahaya bagi yang ingin memasuki stesen minyak Esso atau Mid Valley kerana lorong bas juga berakhir di situ. Bagi mereka yang betul-betul mengikut undang-undang untuk tidak menggunakan lorang bas akan menghadapapi kesukaran untuk membelok ke persimpangan tersebut. Saya pernah nyaris dilanggar kenderaan di tempat yang sama.
Alfatihah dan takziah kepada keluarga Sarjan Md. Nor Shukor. Bersabar hadapi ujian Allah
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. salah takziah kepada keluarga arwah.
ajal dan maut memang tidak terduga di mana, namun bila kes langgar lari begini, rasa geram pula dengan orang yang tak ada rasa tanggungjawab dengan nyawa orang lain.
AL Fatihah untuk arwah Sarjan Nor shukor..
One day akan tertangkap juga org yg melanggar arwah..
Nota
Bagaimana tayar tuh ada di situ atau kebetulan…
Al fatihah. Arwah macam langgar tayar kat tengah jalan, lepas tu terjatuh pastu dilanggar oleh kenderaan lain je. Takziah kepada keluarga mangsa.