Anggota Polis Maut-Motosikal Rempuh Belakang Lori

KM 447.3
Lebuhraya PLUS
arah Utara
Rawang, Selangor
3 Sept, 2010
8-30 malam
Kemaskini maklumat: jam 9.45 pagi

Seorang anggota polis antara yang maut kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap ke 22 yang bermula hari ini.

Dengan masih beruniform lengkap polis, mangsa maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku di lorong kecemasan.

Dan kejadian berlaku hanya kira-kira seminggu lagi untuk menyambut Aidilfitri.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 8.30 malam di KM447.3 lebuhraya PLUS arah utara, hanya kira-kira 300 meter sebelum susur ke Rawang Selatan/Guthrie.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Kahirul Ridduwan A.Majid, 22 tahun, berasal dari Tapah Perak.

Mohd Kahirul merupakan seorang Konstabel Sokongan di Cawangan Latihan Bukit Aman. 

Siasatan awal polis mendapati, motosikal mangsa merempuh belakang sebuah lori di laluan kecemasan menyebabkan mangsa tercampak.

Lori dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim terbabit difahamkan baru sahaja berhenti di lorong kecemasan untuk memeriksa kerosakan, dan belum sempat pemandu lori turun, motosikal mangsa merempuh belakang lori.

Mohd Kahirul yang cedera parah di muka, disahkan meninggal dunia sebaik anggota perubatan dari Hospital Sg Buloh tiba di lokasi.

Bagaimanapun, sebuah kereta peronda Lebuhraya yang kebetulan terlihat kemalangan ini segera mengejar lori terbabit sejauh kira-kira 250 meter sebelum menahan pemandu bagi membantu siasatan.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Mangsa difahamkan baru habis bertugas dan dalam perjalanan pulang ke Tapah selepas selesai berbuka puasa.

Post Lain Yang Berkaitan

11 Comments

  • Pada 2010.09.04 04:27, Fazley menulis:

    Highway PLUS area rawang lagi=(

    • Pada 2010.09.04 05:46, mirzan menulis:

      tak faham? apa yg berlaku? lori tgh berhenti ker? lori atau mangsa hilang kawalan ker? lori tak letak lampu, mangsa tak nampak ke?

      • Pada 2010.09.04 07:06, Kujie menulis:

        Innalillah wa-inna ilaihi raji’un , dariNya kita datang…kepadaNya kita kembali.

        Hati-hati dijalanraya…
        Kujie recently posted..Madu Tiga Hijau Pandan Cair

        • Pada 2010.09.04 07:43, ad_dimasyqi menulis:

          Innalillah..

          kenapa lori tu nak lari? tah2 berhenti ditempat yg x boleh berhenti… atau cuak terkejut…

          Apa pun kawan sekalian, nak keluar rumah @ naik kenderaan mesti baca doa dan usaha….

          Doa tanpa usaha tanda kemalasan dan kejahilan

          Usaha tanpa doa tanda kesombongan

          Peranan usaha @ ikhtiar adalah tanggungjawab seorang hamba

          Peranan doa adalah supaya Allah elakkan kita dari kecelakaan yg berpunca dari kesalahan orang lain…

          Kita boleh sahaja usaha, tapi bagaimana dengan tayar meletup atau orang lain masuk ke lorong kita dari arah bertentangan?

          Justeru, tragedi diluar kemampuan manusia itu akan diselamatkan Allah melalui apa yg dipanggil sebagai doa.

          Renung2kan dan selamat beramal!

          • Pada 2010.09.05 05:56, BRO KOOL menulis:

            salam semua..teman suka dgn kata2 ad_dimasyqi. penuh berfalsafah dan berhikmah.Semoga kita ambil iktibar dan jadikan panduan.InsyaAllah.

            • Pada 2010.09.05 07:45, Hasnah Taib menulis:

              kurang ajar betul pemandu lori yg cuba larikan diri.

              ada beberapa sebab kenapa pemandu tu melarikan diri (teori);
              1) tiada cukai jalan/ tamat tempoh
              2) lesen tiada/ tamat tempoh
              3) rasa terkejut dan panik
              4) harp2 tiada org nampak – kalau jadi kes polis boleh gelap masa depan sebagai pemandu

              • Pada 2010.09.05 19:22, Liyanaleanna menulis:

                Ya Allah , sedihnya , mangsa merupakan jiran sy di kampung , dah mcm saudaramara dah . sgt terkilan sebab ta dapat balik tapah ziarah jenazah abg wan :(
                Liyanaleanna recently posted..-

                • Pada 2010.09.06 13:21, zezebel menulis:

                  Ajal maut ditangan tuhan.
                  Harap-harap tiada lagi kemalangan seperti ini.
                  zezebel recently posted..Dare to drink this

                  • Pada 2010.09.06 16:15, Nokomen menulis:

                    Aku tiap2 hari lalu NKVE tu pegi & balik keje. Treler2 & lori2 & bas2 masyaallah punya la laju. Sebesar-besar treler tu boleh je dia bawak kat lane paling kanan n sekelip mata saja dah lesap. Cuba bayangkan berapa banyak laju dia bawak & dengan kelajuan selaju dengan kenderaan sebesar tu apa boleh jadi. Polis tolongla pantau. Naik takut nak bawak. Kdg2 bila pk balik kita akan try untuk bawak berhati-hati & tak langgar orang lain tp orang lain macam mana???

                    • Pada 2010.09.07 10:43, khalif menulis:

                      highway dari area Sungai Buloh sampai area Lembah Beringin byk la sangat eksiden.tak tau la maybe area situ ‘keras’…tapi maybe sebab kat situ lane highway 3-4..luas…so kereta/motor/lori byk yg speed kat situ n lori pun byk lepak kat lorong kecemasan.ape pun,kita yang beragama islam, sebelum memulakan perjalanan, baca doa dan perbanyakkan tawakal kepada ALLAH.

                      Doa Naik Kenderaan seperti berikut:

                      ????? ???? ?????? ??? ??? ??? ?? ??????? ? ??? ??? ???? ????????

                      ??? ???? ?????? ? ?????? ?? ??? ????? ????

                      Doa Tawakal seperti berikut:
                      ???? ???? ? ??? ??????? ??? ?????? ? ??? ?????? ??? ??? ??? ??? ??? ????? ????? ??????

                      semoga kita selamat sampai kedistinasi.Ingat, amalkan doa sebelum perjalanan agar kita dihindar dari kemalangan dan dihindar dari kena langgar.AMEEN…

                      • Pada 2010.09.07 12:31, Zul menulis:

                        Patut nya buat laluan khas untuk motor. dah banyak sgt penunggang motosikal mati mcm ni. nak ke kanan lori, bas bawak punya lah laju.. terpaksa la penunggang motosikal ni duduk lane kecemasan. pihak lebuh raya sepatut nya sedia kan lane khas untuk motosikal. Al-Fatihah kepada arwah semoga roh nya di cucuri rahmat dan ditempat kan dengan orang2 yg beriman. amin.

                        You must be logged in to post a comment.