Jalan Sg Buloh-Kepong
Petaling Jaya
Selangor
8 Jun 2012
2 petang
Nama mangsa: Cheong Wai Hoh , 32 tahun, Kepong Baru, Kuala Lumpur
Kisah ngeri membabitkan penunggang motosikal tidak akan habis dan semakin bertambah.
Dan lagi di laluan sama yang meragut nyawa 26 Mei lalu , (Langgar lari – Penunggang Maut), juga membabitkan langgar lari.
Mangsa, seorang anggota RELA, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sg Buloh apabila motosikalnya hilang kawalan dipercayai akibat bergesel dengan sebuah kenderaan lain.
Akibatnya, mangsa, Cheong Wai hoh, 32 tahun, terjatuh ke atas jalan dan sebuah kenderaan berat, difahamkan sebuah lori, terus menggilis kepala mangsa.
Cheong juga merupakan seorang anggota RELA berdasarkan kad yang ditemui di dalam dompetnya.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Laluan ini yang merupakan laluan sibuk terutama kenderaan berat, tidak mempunyai kemudahan kamera litar tertutup, CCTV sekaligus menyukarkan siasatan polis.


















MRR2 arah dari Kepong ke Sungai Buloh ni merupakan tempat feberet lori suka sangat ambil lane yang paling kanan… turun sahaja dari jejambat MRR2 yang banyak keretakan tu, lori2 tak kira apa size akan terus ambil lane kanan sehingga habis jejambat Sri Damansara.
Assalamualaikum,
Kalau dah kerap sangat berlaku kemalangan kawasan tu, ada baiknya pasang CCTV…mudahkan siasatan pihak berkuasa juga