Jalan Duta
berhampiran Lembaga Peperiksaan
Kuala Lumpur
22 Jul 2010
2-30 ptg
Lagi kemalangan langgar lari
Juga membabitkan penunggang motosikal yang menjadi mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Nazari Abu 33 tahun, anggota Cawangan Siasatan Jenayah, Kor Polis Tentera, Kem Sg Buloh.
Siasatan awal mendapati, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan yang belum dapat dikenalpasti.
Akibatnya, motosikal mangsa terseret di atas jalan.
Mangsa tercampak ke arah tiang lampu di pembahagi jalan.
Mohd Nazari mengalami kecederaan teruk di kepala dan maut di tempat kejadian.
Ramai rakan sekerja mangsa tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan termasuk beberapa pegawai tentera.
Ada yang sebak tidak dapat menahan kesedihan akan apa yang berlaku.
Manakala kenderaan yang terlibat, terus meninggalkan tempat kejadian dan masih gagal dikesan sehingga kini.
Tiada CCTV di kawasan sekitar yang dapat membantu mengesan jenis kenderaan terlibat.
Difahamkan, isteri mangsa baru sahaja melahirkan anak kira-kira sebulan lalu.
Isterinya merupakan seorang anggota polis di Balai Kota Damansara.
Mayat dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
Nota:
Kesan cat pada motosikal, dipercayai kenderaan yang bergesel dengan motosikal itu dipercayai sebuah kenderaan berwarna biru.


























Memang Kurang Ajaq Sesiapa Yang Langgar Mangsa Ni… Petang Semalam, Rakan Saya Turut Terlibat Dengan Langgar Lari Ni.. Lokasi Di Klang, Suspek Menaiki Kereta Kelisa.. Mujurlah Rakan Saya Hanya Cedera Ringan….
(GAMBAR 18SX) Paris Hilton Berbogel Di Atas Kapal Bersama VVIP Dari Malaysia, Taek Jho Low