-Jln Syed Putra
29 Dis 2008
Pemanduan berhemah dan mengikut peraturan sebenarnya adalah petua terbaik untuk mengelakkan dari terbabit dalam kemalangan jalanraya.

Jika kereta yang jahanam, tak pe lagi, tapi jika kita yang patah, bengkok, terkulai, terkoyak, kenalah tanggung sendiri.

Bagaimanapun, pemandu kereta ini bernasib baik tanpa kecederaan, apabila keretanya berpusing beberapa kali setelah Kelisanya tergelincir akibat jalan basah selepas hujan sebelum susur ke Pusat bandaraya jam 9-45 pagi tadi.

Perhatikan papantanda merah, AWAS KURANGKAN LAJU.KAWASAN SELEKOH.

Sekurang-kurang ada 5 papantanda ini mengingatkan pemandu di laluan selekoh tajam ini.
Dan akibatnya juga, dua buah lagi kereta berlanggar sesama-sendiri akibat ‘terkejut’ tiba-tiba ada kereta melintang jalan di selekoh ini.



