KM 16.4
Lebuhraya Besraya
Sg Besi, Kuala Lumpur
11 Jun 2012
2.15 petang
Nama : Mohd Nor Mohd Yusof – cedera
Ada ketikanya, ketika sedang menunggang, tiba-tiba pandangan menjadi kabur.
Segala-galanya kelam, dan penunggang cuba mengawal motosikalnya.
Berkemungkinan akibat letih, faktor kesihatan atau cuaca, ia mampu mengundang padah.
Dalam kes ini, penunggang motosikal Mohd Nor Mohd Yusof bernasib baik kerana dia masih mampu mengawal motosikal tidak terbabas ke kanan lebuhraya.
Pandangannya tiba-tiba kabur dan menjadi pitam – cuba memberhentikan motosikalnya.
Namun, motosikalnya terus terbabas ke kiri dan mangsa dan motosikalnya terhumban ke dalam longkang besar berair sedalam kira-kira 3 meter.
Mohd Nor dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Selayang ke rumah di Salak Selatan.
Sebaik kejadian berlaku, orangramai yang menyedarinya, cuba membantu dan ada yang membawa tangga untuk turun menyelamatkan Mohd Nor.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu tiba di lokasi kira-kira 10 minit sebaik menerima maklumat.
Setelah dipastikan Mohd Nor dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan parah, akhirnya anggota bomba membawa naik Mohd Nor ke atas tebing.
Mangsa kemudian dirawat oleh anggota perubatan dari Pusat Perubatan UKM sebelum dibawa ke hospital.


















Allah…. kesiannya. Mungkin penat tu…harap² cepat sembuh.
Assalamualaikum,
Kesiannya. Naasib baik air longkang tu tak dalam…tapi, tetap akan sakit2 badan jugak tu terhumban dalam longkang besar gitu.
MasyaAllah… Semoga beliau cepat sembuh sepenuhnya..
anak2 belajar le sungguh2..susah payah mak/ayah menyara keluarga.
Mujor ke tepi jalan. Kalau ke tengah pembahagi jalan mungkin boleh mengundang maut.
Syafakallah buat mangsa.
Pernah berlaku kepada kawan ibu saya.
Dia menunggang motorsikal, tetiba pitam dan jatuh, Alhamdulillah tak teruk kecederaan dia.
Tapi bila disiasat, beliau terkena strok pada masa itu.