Lebuhraya Mahameru
Kuala Lumpur
8 Jul 2012
2 petang
Kemalangan boleh berlaku dalam berbagai keadaan dan kebanyakannya berlaku tanpa disangka-sangka.
Bagaimanapun, ada kemalangan boleh dielakkan atau dikurangkan risikonya jika kita mengambil berat akan keadaan kenderaan yang dinaiki.
Antara perkara paling asas ialah keadaan tayar kenderaan tersebut :
Samada angin kurang, tayar ‘botak’, tayar bengkak, tayar ‘makan sebelah’ – ia adalah tanda-tanda yang mampu mengundang padah.
Dalam kejadian ini, kedua-dua penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan setelah motosikal hilang kawalan apabila tayar belakangnya tiba-tiba pecah.
Mujur kedua-duanya tercampak ke arah kiri, kerana jika tercampak pada laluan kanan, berkemungkinan kedua-duanya akan menerima padah lebih buruk.
Kedua-duanya, warga Myanmar , dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah restoran di Ampang.
Saya yang kebetulan melalui tempat kejadian beberapa saat selepas berlaku, segera meminta bantuan ambulan.
Mereka pada mulanya enggan ke hospital kerana bimbang dikenakan bayaran untuk perkhidmatan ambulan dan caj rawatan.
“Ini Malaysia, bukan semua perkara kena bayar OK?”
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Tayar belakang yang pecah ini sudah tiada bunga, malah ‘urat dawai’ juga kelihatan pada beberapa bahagian tayar.
Nota : Ketika kejadian, cuaca baik, panas dan jalan tidak licin tetapi agak berselekoh.


















assalamualaikum,
myanmar? Mereka nak jimat tu…
Untungnya tinggal di malaysia…
KAPOMMMMMM!!!!…. meletup tayar… sering kali kita diingatkan periksa kenderaan sebelum bertolak…… terutama bahagian yang menghubung kenderaan dan jalan ( brek dan tayar ) …
Mcmner warga myanmar boleh memandu di jalanraya malaysia??