Bang, tolong sain saja…
Kuala Lumpur
Cerita yang akan saya paparkan ini saya percaya tidak pernah disiarkan dalam mana-mana media di negara ini, atau mungkin juga di dunia…!!!
Dan sebagai rujukan, cerita ini adalah sambungan/di sebalik kejadian mengenai kes kemalangan di Jalan Kinabalu di bawah…
Kita ikuti kisah selanjutnya:
Ketika saya sampai di lokasi kemalangan, saya dapati keadaan amat menyayat hati.
Kedengan suara meraung, merintih dua mangsa kemalangan dari kereta yang dirempuh itu (Chevrolet, model tak pasti).
Semuanya tiga mangsa yang cedera parah, manakala seorang meninggal dunia (pemandu Perodua Kembara).
Kedua-dua mangsa terbabit yang cedera parah di kaki dan muka, dikeluarkan oleh orangramai yang kebetulan melalui tempat kejadian.
Dan, ketika saya sampai, anggota perubatan dari Jabatan Pertahanan Awam MalaysiA JPAM dan anggota Bomba dan Penyelamat sedang merawat dua mangsa yang berlumuran darah.
“Aduhhhhhhhh….sakit bang…tolong bang”
“Abang, kaki saya, Ya Allah bang, sakitnya…”
“Bang, bagilah saya pil tidor, saya tak tahan sakit, tolong bangggg…tolonggg….”
Itulah antara rintihan dan raungan dua mangsa terbabit.
Manakala seorang lagi dipangku oleh anggota bomba dan keadaannya amat lemah.
Anggota perubatan berusaha menenangkan mangsa dan memberi rawatan awal.
Bagaimanapun, satu kejadian yang sempat saya rakamkan yang berlaku kira-kira 30 saat, benar-benar mencabar minda saya bahawa rupanya, manusia itu tidak semua yang mempunyai hati dan perasaan serta tidak mengendahkan keadaan mangsa yang sedang bertarung dengan nyawa.
“Bang…bang….tolong sain…, bang…tolong sain saja….”
Itulah antara yang dapat saya dengar ketika seorang lelaki dipercayai dari kumpulan trak penunda cuba mendapatkan tandatangan salah seorang mangsa.
Sebatang pen dan sebuah buku/borang dihulurkan kepada mangsa yang sedang terbaring.
Tandatangan diperlukan dari pemandu atau pemilik kenderaan yang terbabit kemalangan untuk mendapat kebenaran bagi proses menunda kenderaan samada ke balai polis atau bengkel.
Bagaimanapun, kejadian di mana mangsa sedang dirawat dan sedang menderita kesakitan, saya merasakan itu bukan satu keperluan yang mendesak untuk mendapat tandatangan mangsa.
Dan , kejadian turut disaksikan oleh orangramai.
Mangsa yang saya pasti sedang menahan kesakitan, hanya mampu mengangkat tangan enggan menandatangani surat itu.
Saya tidak mahu komen apa-apa tetapi terpulang kepada pembaca untuk menafsirkan situasi itu…
Post Lain Yang Berkaitan
13 Comments
You must be logged in to post a comment.



ambik je pen tu & tikam ke muka org yang sibuk nak mintak tandatangan tu..
PS-kalau tak salah saya, kejadian tu berlaku awal pagi kan? sempat jugak abg on the scene ke sana.. hebat.. tak tido ke?
kejadian kira-kira jam 2-30 pg, saya tiba kira-kira jam 2-45pg.
kena juga tido bang, kalu tak, saya pulak masuk dlm blog ni jd bahan berita…!!!
cite ni mmg best..angle yg menarik..bertuah lu bro dpt pengalaman mcm ni..kalu kene gua la, dr sakit jd elok..gua tikam ngn pen tuh..
kalu lu tikam, alamatnya, citer dlm kes ni dah tukar…!!!
“tikam mata dengan pen…”!!!
anyway, bukan mudah dapat snap foto on the scene mcmni
yg utama, jika kita mula sampai di tempat kejadian, bantu dulu mangsa di mana yg dapat, tapi jika dah ramai yg bantu (tapi ramai yg menonton…), kita jalankan kerja sebagai wartawan foto…
Orang yang sibuk minta sign tu
tak de akal tu…
dah la masa memandu BODOH
orang tengah sakit pun dia BODOH
aku minta dia pun lain kali kena eksiden macam tu
baru padan muka longkai longkai ni…
geram betul aku tengok
Nota: Inilah hasil 22 tahun pemerintahan orang tua tu…. antaranya masyarakat biadap dan kurang ajar
Memandu laju tu….
kalau slow mesti boleh brek dalam apa jua keadaan
bodoh….
alidyangon..
kalau puak2 yang suka mintak tandatangan mangsa kemalangan ni eksiden seperti yang tuan gambarkan,kita pulak minta tandatangan dia..nak lagi gempak jangan minta tandatangan di atas kertas tapi minta tandatangan di atas baju macam yang selalu artis buat tu..
PS-tapi AWAS!! JANGAN SAMPAI PERUT KITA PULAK DITIKAMNYA..
ramai manusia kini sudah hilang sifat2 kemanusiaan dan lebih utamakan keuntungan tanpa pedulikan keadaan sekeliling.
Pernah juga terfikir idea nak ulur kertas .,pen kalu dia org ni pulak yg tersepit xsiden.
tunggulah, manale tau, ada terserempak nanti…!!!
anggota penguatkuasa seperti boleh dapat dilihat di dalam foto2 yang tuan kirimkan..tiadakah sebarang cubaan dari mereka untuk menghalang si peminta tandatangan dari berkelakuan sedemikian?
anggota penguatkuasa seperti polis boleh dapat dilihat di dalam foto2 yang tuan kirimkan..tiadakah sebarang cubaan dari mereka untuk menghalang si peminta tandatangan dari berkelakuan sedemikian?
bang, sebenarnya, masa ni keadaan amat sukar dikawal, kerana ketika anggota perubatan sedang sibuk, masa inilah longkai2 ini masuk, dan ketika itu jugalah jalan dah sesak amat sangat menyebabkan anggota trafik pula terpaksa mengawal keadaan.
Dan dalam keadaan macam ini, sebarang cubaan untuk menghalang mereka-mereka ini, sebenarnya akan menempah bala kepada mereka yang menghalang…Mereka telah menjadi begitu imune sehingga tidak memperdulikan apa di sekeliling.
Memang ada suara-suara yang mencemuh tindakan ini tetapi itu sahaja yang dapat dilakukan, tak lebih dari itu…
Nantilah, bila senang2, saya bukak cerita mengenai longkai2 ini dengan detail yang tak pernah didedahkan oleh siapa2pun…!!!
callman tuh mmg bodo..
saye bkn ape..150% kutuk keje mereka ni ahh!! sbb byk pkare da jadik kt sayer..
kalo eksiden kete..kemain bekejar nk dapatkan duet..
bile eksiden moto plak..boleh berhentikan kereta dan duduk menyembang tepi jalan jerk..padahal, mangse tu tgh terkulai msih bernyawa..
manusia..manusia…
mereka yg slalu standby tugu eksiden ni pn..korang perhatikan ahh..
setiap hari mereka akan bawak ‘bini’ yang berlainan.. caya lah ckp den..x kira ahh muda..atau tua.. kalo yg tua tu..lagik ler terlebey2 advance..
dlu pon maser family kita x-dent, diorang la yg datang…masa tgah kecoh2, tgok kereta dah siap kena tarik…
kitorang x sain borang pape pon…and kitorang x tau pon kereta tuh nak dibawak ke mana…
bila tanya polis, dia cakap, kereta kena tunda bawak ke balai polis…so, kitorang naik la kereta polis g ke balai polis…
then, bila sampai2 jerk, kena bayar RM 50…utk perjalanan yg x sampai 5 minit..dekat jerk balai polis tuh…cehhh…