Kuala Lumpur
18 Dis 2011
Sejak kebelakang ini, terlalu banyak kemalangan membabitkan penunggang motosikal – samada kecuaian mereka sendiri atau juga pihak lain – ia tetap mendatangkan derita kepada mereka.
Lebih malang apabila keluarga hilang orang tersayang.
Dalam ondscene juga banyak memaparkan kes-kes kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng, dan paling ketara kemalangan langgar belakang kenderaan.
Dalam kes pada Jumaat lalu, 16 Sept 2011, seorang penunggang maut setelah motosikalnya merempuh sisi belakang sebuah lori yang rosak.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang di kilometer 22.9, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) arah Putrajaya.
Ketika saya tiba di lokasi, mayat mangsa, V. Logeswaran, 27 telahpun dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Lori dalam perjalanan menghantar barang-barang milik Ketua Pengarah sebuah Jabatan Kerajaan dari pejabatnya di Jalan Duta ke pejabat baru di Putrajaya apabila lori mengalami masalah kepanasan berlebihan.
Pemandu kemudian memberhentikan lori di laluan kecemasan dan meletakkan kon kecemasan sebagai amaran bagi mengelak pemandu lain melanggar lori tersebut.
Bagaimanapun, akhirnya, kemalangan ini berlaku juga.
————————————
4 Disember 2011 lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera setelah motosikal ditunggangnya terbabas ketika berkonvoi melalui laluan berhampiran Awana Genting Highland.
Pembaca ondscene, Syukor yang kebetulan di tempat kejadian, mengirimkan foto-foto ini.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut diperolehi.
——————————————–
Pada 29 November 2011, seorang penunggang maut di jalan ke Pekan Batu 11 Balakong, Seri Kembangan, berhadapan Kedai Perabot Cavanzi.
Pembaca ondscene,Fadzli Spec ada mengirimkan foto dan butirannya :
Kemalangan melibatkan seorang lelaki Melayu, 30 tahun, menunggang motosikal Modenas Kriss dalam perjalanan ke gelanggang badminton berpandukan kasut sukan yang ditemui.
.
Apabila tiba di simpang depan Cavanzi, sebuah lori simen melintas ke kanan walaupun jalan tersebut tidak boleh ke kanan.
Itu hanya sebahagian dari paparan yang berlaku yang sebenarnya banyak kemalangan serupa berlaku di seluruh negara.
Jika benar ada maklumat tambahan, sila emailkan kepada saya supaya saya dapat kemaskini /perbetulkan dan bukan berkokok tak tentu pasal.


















Penunggang motor masih merupakan penyumbang kes kematian kemalangan tertinggi….aper pun sentiasa la berhati2 dijalanraya…
Yang part last sekali tu saya sangat setuju…
nota merah – hilang kawalan.
Assalamualaikum,
—–> ini kira pujian sebab tak ramaipun yang sedar dan tahu apa itu “etika kewartawanan”
Blog ni menepati etika kewartawanan, bukan pakai bantai ikut sedap rasa jeuntuk tingkatkan trafik
Kemalangan kat Awana Genting tu seperti mencari penyakit. Sebagai penunggang motosikal (kuasa besar), sepatutnya mereka menjadi contoh kepada penunggang lain.
Pada pendapat saya, melayan selekoh di Genting adalah kurang bijak kerana kita berkongsi dengan pengguna jalanraya yang lain…..malah mengundang bahaya kepada orang lain (diri sendiri…itu mau ingat la).
Pernah juga disiarkan di dalam televisyen di mana penunggang motosikal kuasa besar ini tidak memiliki lesen yang sah (B).
Berbalik kepada isu, melayan selekoh di jalanraya tidak sama dengan melayan selekoh di litar. Banyak perbezaan dari segi faktor keselamatan. Itu belum lagi menyentuk kepada perbezaan permukaan jalanraya biasa dengan litar lumba.
Jika terbabas, di jalanraya banyak benda menanti untuk dirempuh…nasib baik hanya melepuh….kurang baik…lumpuh. Kalau di litar lain cerita….kalau terbabas…boleh control lagi kat atas batu kerikir….kalau tergelincir pun paling teruk mengelungsur aje…takde benda nak dirempuh.
Berbalik kepada jalanraya di Genting, pernah sekali sahaja saya berkesempatan menunggang motosikal mendaki dan menurun di Batang Kali. Apa yang membimbangkan ialah pemasangan jalur kuning di selekoh…amatlah kurang bijak. Ini kerana jalur yang diperbuat daripada palet plastik yang dicairkan tersebut amat licin jika basah. Sedangkan kita perlukan cengkaman di selekoh. Terdapat satu bonggol yang dibina terlalu hampir dengan selekoh menurun juga boleh mengundang bahaya, kerana kenderaan boleh hilang kawalan selepas melanggar bonggol tersebut. Banyak kesan terbabas kat selekoh tu.
Bagaimanapun, apa jua kenderaan yang anda pandu, fokus pada pemanduan anda.