Jalan Tun Sambanthan
Kuala Lumpur
6 Januari 2013
4 petang
Jarang berlaku kejadian kemalangan membabitkan bas di dalam kawasan bandar.
Kebiasaannya di laluan jalan persekutuan atau lebuhraya.
Namun kemalangan yang berlaku petang tadi, impaknya agak teruk sehingga menyebabkan pemandunya tersepit.

Kemalangan berlaku ketika sebuah bas antara-bandar, Cityliner, merempuh belakang bas bandar, Metrobus.
Kejadian berlaku dari arah laluan Jalan Tun Sambatan arah Jalan Tun Tan Cheng Lock.
Akibatnya, bahagian hadapan Cityliner ini remuk sebahagiannya.
Sepasukan anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan pemandu bas yang cedera di bahagian kaki.
Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.


















Saya selalu melihat bas-bas awam berhenti disitu untuk menurunkan penumpang walaupun bukannya ada perhentian bas.
ngeri lihat pemanduan bus (terutama metrobus) setiap pagi…sgt2 bahaya…setiap pagi menghantar wife di kompleks pertama jalan TAR sekitar 6.50-7.15 pagi akan bertemu ‘pelumba2′ metrobus ni…xcaya? dtg dan lihat sendiri….
btul..sy sndri yg melihatnya…slalunya di jalan ampang dari lrt ampang hingga ke klcc..
memang x dinafikan… perlumbaan bas antara bas Rapid KL, Metrobus, Setara Jaya (SJ) dll selalunya bermula dari simpang empat hadapan Maju Junction hingga ke Dataran Merdeka… ada lorong khas untuk bas pun serupa x der. semua tu x lain gara2 nak kejar komisyen trip. di mana JPJ? Di mana SPAD? di mana DBKL?
baru teringat dalam awal thun lepas xsilap sy..metrobus langgar beberapa buah kereta dekat trafik light ampang point…sy yg kebetulan tgh tggu trafik lght sebelah depalma hotel..kesian kereta2 pemandu remuk..mujur xde kemalangan jiwa….
saya dah bosan tgk pemanduan secara merbahaya ini..METROBUS..kbykn driver metrobus KURANG AJAR… driver pulak nampak mcm warga asing.. semua biadap.. kalau xpercaya duduk tepi jalan sekitar jalan sultan ismail…anda akan tahu dgn mata kepala sendiri..
bas dengan kereta…..kereta terpaksa mengalah takut accident teruk
bas dengan bas bertembung……sama-sama teruk. Rasa kan lah….
Dreber2 bas kat kotaraya nie memang degil dan bawak bas mereka macam jalan kepunyaan bapak diorang. Suka-suka berhenti tepi jalan, suke-suke pick-up penumpang, speeding macam F1, celok kiri-kanan, pusing kat junction takde signal plak tu….exhaust berasap dan mencemar macam kapal Titanic….
of course, tak semua drebar bas macam tuh….
Segelintir pemandu bas metro memang memandu meng”khïnzir”buta.
yup. ramai pemandu warga asing depa gajikan. cer check pemandu bas wawasan tu, kebanyakannya warga asing. asal indonesia tp ngaku org sabah.
berdasarkan pada foto… bas Metrobus tu didapati telah menekan brek secara mengejut berdasarkan pada kesan tayar pada tayar belakang bas itu. Kebarangkalian bas Metrobus tersebut ingin mengambil dan menurunkan penumpang itu ada berdasarkan kepada kedudukan bas tersebut rapat ke bahu jalan di sebelah kiri. Persoalannya apakah di tempat itu mempunyai hentian bas? Ini adalah pandangan saya. Biarlah pihak Polis membuat siasatan.
Saya mmg anti METROBUS dari zaman sekolah sy lgi.. kini saya berumur 28tahun.. tak tau lah mmg BENCI sangat.. sy pernah nampak dengan mata kepala saya sendiri METROBUS mengejar lampu merah lalu merempuh sepasang suami isteri yg menaiki moto di persimpangan simpang 4 maju junction.. saya yg menghubungi ambulans untuk bantuan..
Kemudian bas terus dipecut laju ingin melarikan diri..mujur penumpang didlm bas itu sndri yg menahan pemandu itu supaya berhenti di tepi..bas berhenti kira2 100meter dri kwsan kemalangan.. mereka pegang pemandu itu dan tarik ke kwsan kemalangan.. depan mata kepala saya sendiri pemandu itu (BANGLA) ..lgi menyirap darah saya.. semua yg berhenti disitu apa lagi terus hentak kepala driver dgn helmet.. dan ada yg cuba menghalang.. di dalam kekecohan itu tiba2 driver hilang..sy xtahu kemana dia melarikan diri..bas dibiarkan di tepi jalan besar.. btol2 di depan maju junction.. semua penumpang terpinga2 dan turun menaiki bas yg lain..
Tipulah kalau company bas kata takde driver org tempatan yg nak kerja, dah mereka beri gaji kecil sebab nak untung besar mana ada org tempatan nak kerja bawa bas, ada satu syarikat bas ekspress kat muar bagi gaji ciput sebab kata tak untung tapi buat rumah sendiri dah lebih 5 juta, untung bersih lebih RM 100,000.00 dan meningkat berkali ganda pd musim perayaan, itupun kata tak untung nak naikkan harga tiket dan bagi gaji kecil pd pemandu, yg peliknya tokeh melayu tapi taram org melayu juga……
Metrobas punya asap boleh bunuh org…asap hitam…agak hairan tiada pihak yg ambik kisah.
Sesiapa yg mempunyai kuasa disini..boleh suarakan tentang kebiadapan syarikat METROBUS ini kpd pihak berkuasa..tolong inspect balik semua bas METROBUS yg dah uzur tu..rasanya dh boleh buang kot.. METROBUS ni saing2 zaman Bas Leng Seng..
bukan setakat Metrobus ajer… semua bans berhenti2 kat KL ni… alangkah indahnya masa zaman bas mini…
agaknya pemandu bas ni asal dari pemandu bas naiela kot…(satu kompany bas yg selalu eksiden sekitar tahu 90an dulu. bawak bas berdesup)