KM 33.8
Lebuhraya Kesas
arah Klang
Shah Alam, Selangor
12 Mei, 2012
2 pagi
Kemalangan membabitkan bas ekpress sudah mula meningkat sejak akhir-akhir ini.
Dan dalam kes yang berlaku pagi tadi, agak bernasib baik kerana bas ini hanya membawa 5 penumpang.
Bagaimanapun, semuanya mengalami kecederaan dengan 2 darinya dilaporkan parah.
Pemandu bas bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Kemalangan membabitkan sebuah bas ekpress Cyberjaya, dalam perjalanan dari Cyberjaya menuju Bukit Tinggi , Klang.
Sebaik tiba di kilometer 33.9 Lebuhraya Kesas, bas ini hilang kawalan lalu terbabas arah kanan dan melanggar pembahagi lebuhraya.
Ia kemudian terbabas pula ke kiri dan merempuh pula besi penghadang jalan sebelum terbalik dan terseret kira-kira 50 meter.

Kemalangan berlaku hanya kira-kira 500 meter sebelum persimpangan Hicom dan di susur keluar dari ibupejabat Proton Edar.
Perkhidmatan bas ekpress Cyberjaya adalah perkhidmatan terus dari Cyberjaya dan Klang setiap jam setiap hari.
Lokasi kejadian:



















makin menjadi-jadi kemalangan bas sekarang ni..
cuak lagi aku,minggu depan nak ke KL lagi dengan bas..
sekarng ni aku jadi susah sikit nak tidur dalam bas..entah laa..
macam-macam bermain di fikiran..
harap semua pemandu bas lebih berhati-hati dan pandu dengan cermat..
JPJ tido
[...] ini berlaku hanya kira-kira 2 jam selepas kemalangan membabitkan bas ekpress di Lebuhraya Kesas yang mencederakan 5 [...]
Assalamualaikum,
Takziah. walaupun tak ramai penumpang…parah tu.
Gambar yang ketiga terakhir :
Apa hal ada yang mengayuh basikal dalam kawasan Lebuh Raya Kesas ni?
Aduuhhhh, apa ni!? Ini Bas wife saya selalu gi keje kat CBJ….
Susah la cammni, saya kene risau selalu.
Teruk la mereka ni.
Wife saya pernah mengadu Bas dia naik tu laju… (R4) Laluan Kepong ke CBJ, dia lalu LDP (Tesco Puchong)…