Bas Persiaran Terbalik – 20 Penumpang Cedera
KM 31.1
Lebuhraya Karak (arah KL)
2 Sept, 2010
4-30 petang

Saya menerima maklumat mengenai kemalangan ini kira-kira jam 4-30 petang.
Ketika itu saya sedang menyiapkan entry “bayangan Maut’ versi update , khas untuk edisi Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, yang dah beberapa hari buat, tapi tak siap-siap!!!
Saya tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.
Lokasinya, di KM 31.1 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur.
Ketika saya tiba, ambulan masih belum tiba kerana terpaksa membuat pusingan di Genting Sempah sejauh kira-kira 10km untuk tiba semula ke lokasi.
Bagaimanapun, anggota perubatan dari Jabatan Pertahanan Awam dan anggota Bomba dan Penyelamat Selayang baru sahaja tiba di lokasi – dan melintas lebuhraya untuk ke tempat kejadian.
Apa yang dilihat ialah amai mangsa bergelimpangan di merata tempat.
Ada kira-kira 15 orang dari mereka sedang terbaring dan tidak kurang yang merintih kesakitan.
Keadaan benar-benar seperti satu tragedi sedang berlaku.
Anggota perubatan semakin ramai tiba dan ramai yang turun di seberang jalan untuk ke lokasi dan ambulan pergi membuat pusingan.
Kira-kira 10 minit kemudian, ambulan mula tiba tidak putus-putus, sekurang-kurangnya 7 buah tiba semuanya hampir serentak.
Ia termasuk ambulan dari Hospital Selayang, Jabatan Pertahanan Awam, sebuah dari Kuantan Specialist Hospital, dan Hospital Kuala Lumpur.
Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 4.15 petang.
Bas persiaran ini dalam perjalanan dari Genting Highland dan difahamkan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dan Johor.
Ia membawa 25 penumpang.
Siasatan awal mendapati, bas ini hilang kawalan ketika melalui jalan menurun bukit iniyang basah akibat hujan.
Ia kemudian berpusing sebelum terbalik, merintangi dua laluan lebuhraya.
Beberapa penumpang juga difahamkan tercampak keluar.
20 penumpang mengalami berbagai jenis kecederaan.
7 dari mangsa mengalami kecederaan agak teruk seperti patah kaki dan retak tulang termasuk seorang wanita warga China.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Apa yang pasti, kemalangan ini menyebabkan laluan arah Kuala Lumpur sesak sepanjang kira-kira 5 kilometer.
Kemalangan ini berlaku sehari sebelum Ops Sikap bermula.
Post Lain Yang Berkaitan
10 Comments
You must be logged in to post a comment.


















































Saya tinggal di Hulu Selangor, sebelum ni di Bentong – laluan Btg Kali – Awana – Genting Sempah tu kalau 10 kali lalu, 7 kali terserempak kereta tersadai dalam longkang. Jalan cantik, 2 lorong tapi bagi pemandu yang belum biasa, ada beberapa tempat yang agak ‘tajam’
Tapi kemalangan ni dah masuk Highway Karak.
4/9 ni nak naik bas ekspress ke utara, berdoa saja moga² mendapat pemandu yang berhemah dan tak ada saman berbelas-belas. Sebab biasanya bila dah jadi kes baru saman pemandu tu ‘boleh nampak’.
Kujie recently posted..Berita Komuniti Kujie – Masalah Rakan Sebaya
Kasihan Kepada Mangsa Ini Semua, Baru Je Habis Bersuka Ria Di Genting.. Dah Jadi Macam Ni… Nasib Baik Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku…
aReaL recently posted..Maizawati Hanya Menang Anugerah Fotogenik Bagi Pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010
dah nak raya ni macam2 accident ngeri
azizuan recently posted..Fast Update Selepas 67 Hari Blog Terabai
nasib baik tak ada melibatkan nyawa…. adohai…
patut la petang semalam nampak ambulans byk menghala ke gombak, rupenya bas terbalik
besok aku akan memulakan perjalanan balik ke kampung melalui jalan tersebut. mudah²an selamat. amin
kawasan tu memang kawasan bahaya pun. bnyak selekoh yang merbahaya.
Adam recently posted..Razman Zakri Bukti Penyebaran Gambar Paderi dari Sabah
Kesian dorang, nak bercuti terbabit dengan kemalangan plak.
zezebel recently posted..Stop talking about this racist guy
ahad lepas semasa dalam perjalanan ke kuala Lumpur ada 3 kemalangan di lebuhraya karak juga. 2 daripada kemalangan itu pun kereta terbalik. 1 persoalan, kenapa kemalangan di situ kereta mudah terbalik? faktor jalan? sebab waktu itu selepas hujan.
MissAnisah recently posted..Kenapa Bersedih
dulu masa kerja di pantai timur, bila balik kg lalu laluan ni mesti rasa takut2… huhu tmbh jalan berliku dekat genting sempah tuu… apapun nasib baik kemalangan ni x membabitkan kemalangan jiwa…
aieda recently posted..Hitam Putih Kehidupan
salam…h/way karak menuju ke KL memang berbahaya ketika hujan, terutama apabila baru sahaja hujan turun…tolong berhati2…kemalangan yang biasa berlaku adalah setelah melepasi kawasan gaung seperti yang berlaku kepada bas di atas…Saya pernah kemalangan di kawasan ini…kelajuan kereta saya hanya dalam 40km/j dan menggunakan laluan paling kiri…tiba2 kereta menggelosor dan brek tak makan, nasib baik kereta bergerak ke kiri…Pada hari tersebut ada lebih kurang 10 kemalangan berlaku di tempat itu…penuh balai polis dekat gombak dah macam pesta…saya berpendapat ada rancangan untuk terjadinya kemalangan di situ…
Nasihat saya, jgn gunakan laluan paling kiri….gunakan laluan kanan sekali ketika hujan