KM 396.2
Lebuhraya Utara Selatan
arah Selatan
Hulu Bernam
Hulu Selangor, Selangor
20 April, 2012
4.30 petang
Kemalangan di Laluan Bayangan Maut
Kumpulan 38 pelajar tahun akhir sebuah kolej kecantikan swasta di Kuala Lumpur yang menaiki bas persiaran ini amat bernasib baik.

Kejadian kira-kira jam 4.27 petang ini dipercayai berlaku akibat kerosakan stereng bas menyebabkan pemandunya, Azlan Mat Saad, 42, gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri lebuhraya.
Kerosakan pada stereng bas difahamkan berlaku setelah bas melanggar penyambung jambatan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian yang mengakibatkan bas terlantun dan senget ke kiri.
Pemandu cuba memperlahankan bas dan memasuki lorong paling kiri untuk berhenti, tetapi ketika itulah stereng gagal berfungsi menyebabkan bas terus terbabas dan melanggar tebing.
Ketika kejadian, kebanyakan penumpang sedang tidur ,dan mereka dalam perjalanan pulang dari mengikuti program 3 hari di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

Bas yang senget menyebabkan kebanyakan penumpang di sebelah kiri terjatuh ke kanan dan seorang dari mereka cedera di rahang .

Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk menerima rawatan.
Semua pelajar meneruskan perjalanan dengan bas gantian .
Pic – Amru

















Assalamualaikum,
Alhamdulillah, nasib baik hanya cedera ringan je…
Kembara Tirai lagi..ari tu sondol bas PLKN, ari ni buat laluan sendiri pulak..aduhhh..
nasib baik bas tu tak tergolek ke sisi…
Steering kosong ni selalunya berpunca dari masalah STEERING ROD atau BALL JOINT TIE ROD dah haus. Tempat ni selalu kena PUMP GREASE setiap kali servis.
Atok, bas baru… tapi, buatan? … hehehe.
Menurut satu sumber, ada rentetan kejadian kemalangan maut melibatkan motorsikal dan trak penunda yang sepatutnya menunda bas ini selepas kejadian.
Ada apa-apa maklumat, Abang Sham ?