Bas Terbabas Rempuh Tembok – 20 Pelancong Cedera

KM17.4 , Jalan Genting Highland
Pahang
5 Sept 2010
1.30 pagi

Saya menerima maklumat mengenai kes ini kira-kira jam 2 pagi, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, setelah selesai bersahur dengan beberapa rakan.

Maklumat yang diterima – kemalangan membabitkan bas ‘Jom Heboh’ – membuatkan saya agak mushkil, kerana setau saya , tiada sebarang aktiviti atau pergerakan membabitkan Jom Heboh sepanjang Ramadan.

Setelah semakan dilakukan, barulah diketahui, penumpang bas persiaran yang terbabit kemalangan itu adalah pelancong asing.

Saya tiba di lokasi kira-kira sentagh jam kemudian, dan ini cerita sebenarnya:…

20 pelancong warga China  cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas setelah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh tajam di Genting Higland awal pagi tadi.
 
Turut cedera, pemandu bas dan pemandu pelancong.
 
Kemalangan berlaku hanya kira-kira 100 meter dari  pos kawalan polis bantuan pusat peranginan tersebut.
 
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi apabila konvoi 3 buah bas persiaran milik Cosmic Angle Travel & Tours Sdn Bhd membawa lebih 100 pelancong dari China  untuk pulang ke Kuala Lumpur.
 
Pelancong terbabit yang datang melalui Hong Kong, di bawa melawat pusat peranginan Genting Highland pada sebelah pagi dan pulang pada tengahmalam ke ibunegara.
 
Ketika sampai di satu selekoh tajam dan menurun bukit , bas  yang dipandu Mohd Yusof Hashim, 42 tahun, hilang kawalan dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang cuba memotong laluan bas terbabit.
 
Akibatnya, bas ini terus terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan.
 
Bas ini kemudian terus memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua tayar hadapannya terperosok ke dalam longkang berhampiran tebing bukit.
 
Bahagian hadapan bas agak remuk  dan ramai penumpang turut tercampak ke bahagian hadapan.
 
Tindakan pantas anggota polis bantuan pusat peranginan itu yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, berjaya membawa kreluar mangsa melalui pintu kecemasan.
 
Bantuan juga tiba dari anggota Emergency,  Fire Rescue Unit Genting Highland.(maaf jika tersilap akan nama unit ini)
 
Anggota perubatan membabitkan 3 buah ambulan Resort Wold Berhad yang tiba tidak lama kemudian,  membawa 22 mangsa termasuk pemandu dan pemandu pelancong ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
 
Laluan naik arah pusat peranginan ini terpaksa dilencongkan sejauh kira-kiraa 500 meter kerana bas terbabit meghalang laluan.
 
 Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat, Abu Hasan Awang, 50 tahun ,berkata, dia menerima panggilan telefon dari seorang pemandu basnya yang memandu di hadapan bas yang malang ini memaklumkan mengenai kejadian .
 
Terkejut dengan maklumat itu, dia segera bergegas ke tempat kejadian  bersama Eksekutif Operasi, Siti Muhtadiin Badelan, bagi memastikan penumpang dan pemandunya selamat dan memastikan mereka diberikan bantuan segera.
 
Menurut Abu Hasan, ini merupakan kemalangan pertama membabitkan bas milik syarikatnya sejak beroperasi lebih 10 tahun lalu termasuk mengendalikan perkhidmatan bas ekpress ke Utara Semenanjung.
 
Syarikatnya memiliki lebih 20 buah bas.
 
Dia bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dan segera mengarahkan beberapa kakitangannya mengendalikan pelancong yang cedera di Hospital Kuala Lumpur.
 
Tambahnya, pengalamannya pernah memandu bas suatu ketika dahulu membuatkannya sentiasa memberi nasihat kepada pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan nyawa penumpang.
 
Dia juga selalunya akan menelefon sendiri pemandu-pemandu basnya yang sedang memandu ,bertanyakan khabar dan keadaan jalan dan supaya sentiasa berhati-hati memandu.
 Abu Hasan berkata, bas persiarannya yang terbabit kemalangan ini adalah juga bas yang digunakan oleh krew Jom Heboh TV3 apabila melakukan siri jelajah seluruh negara sejak 4 tahun lalu.
 
Bagaimanapun, oleh kerana setiap Ramadhan, tiada siri Jelajah Jom Heboh, maka dia akan menggunakan bas yang sama untuk khidmat bas persiaran untuk membawa pelancong.

Kerja-kerja mengalihkan bas ini selesai kira-kira jam 5.30 pagi menggunakan 2 buah kembalik sebelum di bawa ke Balai Trafik IPD Bentong.

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2010.09.05 08:11, anon menulis:

    berita dari genting lagi!! hmmm….

    • Pada 2010.09.05 10:55, PaksiKejahatan menulis:

      hahaha… ni semua baru balik judi ke ni??? hihi.. anyway.. mmg bahaya la eh kat cn

      • Pada 2010.09.05 11:06, aReaL menulis:

        Genting Lagi…!!! Nasib Baik Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku.
        aReaL recently posted..Maizawati Hanya Menang Anugerah Fotogenik Bagi Pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010

        • Pada 2010.09.05 16:06, zezebel menulis:

          Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa.
          zezebel recently posted..Ramadhan this year 2010

          • Pada 2010.09.06 00:53, Izz menulis:

            Huih…yg bawak kete tuh pown satu…gi cilok dgn bas tuh asal…kayu btol..jalan kat genting nih mmg bahaya skit..corner cukup tajam…klu ujan atau jln berkabus lg la…

            • Pada 2010.09.06 00:53, yeop menulis:

              saya adalah bekas pekerja Cosmic Angle yg pernah bekerja selama hampir setahun, dan bas yang terlibat itu adalah bas yang pernah saya pandu dulu..sememangnya kerja di sini amat perit, adakalanya kerja siang malam tanpa rehat yg secukupnya..dalam kes ini, saya mengandaikan bahawa perkara yg sama seperti yg saya pernah alami iaitu kerja non-stop, sehingga sangat letih..ini bukan masalah teknikal, kerana saya tahu, bas memang dijaga dengan baik, selalu diperiksa.

            You must be logged in to post a comment.