Taman Wahyu
Jalan Kucing, Kuala Lumpur
15 Januari 2013
4.25 petang
Nama : Samsiah Harun, 44 tahun , cedera di bibir , mata dan tangan
Menunggang motosikal adalah antara situasi berisiko amat tinggi di negara ini.
Statistik menunjukkan, kemalangan membabitkan penunggang motosikal sangat tinggi dan kian meningkat setiap tahun.
Apa sahaja objek di atas jalan atau struktur jalan itu sendiri, mampu mengancam nyawa penunggang dan pembonceng.
Dalam kejadian ini, Samsiah Harun, 44 tahun sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah di Kg Melayu Subang setelah selesai bekerja di kedai buku sebuah sekolah di kawasan berhampiran.
Malang bagi Shamsiah apabila motosikalnya terlanggar serpihan batu di atas jalan di laluan kiri jalan yang sibuk ini.
Shamsiah terjatuh, dan di belakangnya, sebuah lori sempat berhenti hanya beberapa meter dari menggilisnya.
Saya kebetulan melalui Jalan Kucing arah pusat bandaraya, ketika kejadian baru sahaja berlaku.
Sementara menunggu bantuan ambulan tiba beberapa minit kemudian (Pusat kawalan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Sentul berada tidak jauh dari lokasi kemalangan), saya dan orangramai cuba menenangkan Shamsiah yang nyata bercelaru, buntu dan ketakutan.
Bibirnya koyak dan berdarah manakala mata kirinya lebam dan calar-calar di tangan.
“Encik, bibir saya koyak ke?”…
Shamsiah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

















macam mana batu tu boleh terbang? dari mana arahnya datang batu tersebut?
Batu tu tak terbang, tapi memang byk tepi2 jalan even tgh2 jln serpih2 batu mcm ni, yg besar2 pun ada kadang2. Sy selalu lalu jalan ni. Semoga kakak ni cepat sembuh dan boleh bekerja semula.
ohhh…now i got it…
Perrgghhh….sikit lagi nak kena gilis…atas kecuaian org lain…satu nyawa hampir terbangg…cermin keta pun byk yg retak sbb kena batu yg jatuh dari lori…lori plak x bertutup..bwk laju giler…
sedehnya tgk pic tu huhuhuh..betapa tabahnya makcik tu nak cari rezeki..naik motor je..aku slalu kagum ngn ketabahan wanita yang bawak motor nie…bahaya kan diri demi mencari sesuap nasik
lagi satu jarang kita tgk badan bertanggungjawab buat housekeeping terutama kat jalan selain dari highway…kenapa kah itu berlaku?
nie mesti batu dari lori2 besar yg jatuh dari lori.. aku slalu bawak motor tetiba batu dari lori jatuh sib baik tak menimpa aku….
huhu…tengok gambar pun dah rasa seriau sakit. harap pihak berwajib jalankan tugas memastikan tiada objek2 di atas jalan yg boleh mengancam pengguna jalan raya…rakyat bayar cukai jalan, tapi kalau kualiti jalan raya Malaysia tahap camni memang tak boleh pakai lah.
Baru-baru ni di persiaran kewajipan, ada gak seketul batu yg lebih kurang mcm gmbr di atas jalan dr arah usj ke ss Subang Jaya. Waktu tu, saya dan suami pula dalam kereta dr arah ss ke usj. Keadaan tengah sibuk di waktu pagi. Bila tgk batu besar di seberang jalan, suami keluar dari kereta dan pergi alihkan batu tu ke tepi. Bukan apa, kita tak nak benda- benda buruk sebegini berlaku terutama sekali untuk penunggang2 motosikal.
Puan Snower,
Tahniah atas rasa tanggungawab anda Suami Isteri.
Tahniah untuk Suami Puan yang sanggup mengambil risiko turun dari kereta, menyeberang jalan dan mengalihkan batu dari tengah jalan yang sibuk itu.
Kalau ramai lagi pemandu yang prihatin kepada penunggang motorsikal seperti Puan Suami Isteri, nescaya Malaysia akan lebih Bahagia.
# Rasa amat tersentuh, kerana saya adalah seorang Pemandu Lori (yang tidak pernah memandu lori batu) dan juga penunggang motorsikal.
P/s : (bertindak mengalihkan batu yang berada di tengah jalan, adalah lebih baik dari mencari kesalahan orang lain)
Kami hanya cuba untuk membantu apa yang termampu. Bayangkan, kalau sekumpulan motor yang baru melepasi lampu isyarat hijau dan masing2 cuba mengelak batu tu, tak mustahil ada yang akan terlanggar sesama sendiri atau jatuh. huuhuh…
pernah jgk menunggang motosikal..tbe2 batu2 kecil dan pasir jatuh dari lori..sgt perit jd pemandu motosikal ni..hrap dpt perhatian dri pihak bertnggungjwb
….tq snower atas keperihatinan puan…
…jauh tu kg melayu subang ke KL…
..sy duduk kg melayu subang tahu la…jauhnya ulang alik…
..mgkin akak ni …letih/penat tu yg tak perasan ade batu kat depan tu….
tahniah kepada puan dan suami, semoga Allah merahmati keluarga puan atas kebajikan tersebut..
tolong lah haramkan penggunaan motorsikal ni kat malaysia…. jangan fikir nak senang je…. fikirkan keselamatan… aku fikir ramai kate aku ni mengarut, sbb menghentikan periuk nasi… tapi bile fikir balik ade baiknya… baik kita mencegah dari mengubati… boleh dikatakan majoriti kemalangan maut hasil dari penggunaan motorsikal… kalo accident, boleh dikatakan nak dkt 100% konferm mati… bawak la kenderaan empat tayar… kalo bawak empat tayar tapi kemalangan maut jugak, mmg sah la org tue bawak laju dan patut dikenakan denda kalo x mati… yg bawak motorsikal ni kalo bawak hati-hati pun, kalo ade batu ker, lubang ker kat tengah jalan, konfem mati punya… nyawa manusia mana boleh digantikan lagi… kalau kenderaan empat tayar ni mahal, naik lah pengangkutan awam macam aku ni… kalau tempat anda tak ada pengangkutan awam sila la report kat pbt atau kementerian pengangkutan untuk disediakan ditempat anda… hargailah nyawa dari memikirkan wang semata-mata… kereta senang dibeli, nyawa susah nak beli taw..
Pada aku baik haramkan semua kenderaan, kecuali motor. ini kerana banyak kemalangan maut bagi motor kerana bergesel dengan kederaan lain. seperti penyakit kalau barah kenape perlu bunuh pesakit, sepatut buang barah bukan??? lagi pun motor boleh mengurangkan kesesakkan, kalau semua pakai kereta, bayangkan kalau nak pergi kerja hari2. dalam kes ni kesedaran semua kena ada, kena saling hormat menghormati. ini kebanyakan pemandu diMalaysia baru pakai kereta kecil dah rasa bagus sangat. penunggang/pemandu kena hormat dan berhati2. Keadaan dan mutu jalanraya pun kena ambil perhatian oleh pihak berwajib. kena pantau berterusan. kalau nak haramkan penggunaan motorsikal ni kat malaysia….cadangan awak untuk mengharamkan motorsikal adalah cara paling senang nak mengurangkan/tiada langsung kemalangan membabitkan penunggang, tapi impak masa akan datang lebih hebat, fikirkan penghantar surat/dispacth, awak akan lambat menerima surat penting. penghantar makanan/makanan segera, sempat awak berlapar. parking, awak nak berurusan akan lambat kerana tiada parking bandar-bandar besar akan padat sampai pengangkutan awam pun akan terjejas. membuat kan segala urusan/rutin harian rakyat akan terganggu.
adoiii…. bukan semua org mampu pakai kenderaan 4 tayar. bawak apa pun kenderaan perlu ada sikap bertimbangrasa.
kalau macam tu, baik haramkan semua kenderaan berenjin. bagi naik basikal aje. cuba bayangkan kalau YDP Agung naik basikal diiringi oleh polis yg berbasikal ke mana-mana. hehehehe…
huhuhuhuhuhuhuhuhu… semua kenderaan ada kelebihan dan keperluannya tersendiri… yg salah ialah sikap manusia… drpd haramkan motor lebih baik haramkan semua kenderaan… adalah lebih baik… nak sedapkan hati semua pihak bukan senang… hati ada mcm2 jenis, ada yg bersih, kotor, yg keras, lembut…
saya percaya akak ni tidak menunggang motor dengan laju.bayangkan jika dengan kelajuan yang tinggi apa akan jadi kepada mangsa.saya pernah terlanggar struktur jalan yang tidak rata,hampir melambung motosikal saya dibuatnya..mujur dapat mengawal dgn baik.kepada semua pengguna jln raya…sentiasa beringat hati2 di jln raya.baca doa,tawakal mudah-mudahan selamat dlm perjalanan.
harap harap ingatan akak tu pulih seperti sebelum kemalangan dan kawasan kejadian telah di bersihkan..kalau tidak akan mengundang kemalangan kepada orang lain pula…menyalahkan pihak lain dari mencari jalan menyelesaikan memang senang..tapi akak tu ada pilihan yang lain ker..dengan kemampuannya