Sentul Link
arah Lebuhraya Mahameru
Kuala Lumpur
16 Januari 2013
8.10 malam
Perhatian : Pembaca dilarang melakukan aksi ini jika tidak bersedia dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.
Nota : Tiada apa yang menarik dalam kisah ini, tetapi tujuan utama saya ialah sebagai panduan dan peringatan kepada kita yang terdedah dengan pelbagai kemungkinan. Kepada mangsa kemalangan, jika anda tidak cedera parah dan mampu bergerak, sila keluar dengan segera dari kenderaan anda.
Memandu dengan laju tidak bertempat , sebenarnya mampu mengundang padah.
Saya selalu meletakkan had kelajuan yang mesti saya patuhi ialah 110 km/jam atau sesekali mencecah 120 km/jam walau apa jenis kenderaan saya pandu.
Kelajuan 90 km/jam adalah had laju yang biasa saya pandu jika di lebuhraya walaupun saya dalam keadaan terdesak untuk tiba cepat di lokasi kejadian.
Saya mengambil pendekatan, biar lambat asal selamat, dari biar cepat, tapi akhirnya mala petaka yang menimpa.
Saya amat berhati-hati jika melalui kawasan selekoh terutama selekoh tajam yang mana kita tidak nampak/tidak mengetahui apa objek seterusnya yang akan kita temui kerana terlindung oleh selekoh tajam itu.
Jarak dengan kenderaan di hadapan juga saya biasanya pastikan sekurang-kurang 3-5 kenderaan ketika menghampiri selekoh.
Mengapakah tindakan ini saya lakukan ?
Kita tidak boleh terlalu yakin kepada kenderaan yang kita pandu/tunggang walau dilengkapi dengan sistem brek paling canggih di dunia.
Kita tidak boleh menjangka, bahawa sebaik sahaja kita tiba di selekoh tajam itu, tiba-tiba di hadapan rupanya ada kemalangan dan kenderaan melintang atau ada mangsa terjatuh dari motosikal.
Sempatkah untuk kita mengelak atau menekan brek kecemasan?
Jika kita mengelak sekali pun, ada kemungkinan kenderaan kita pandu/tunggang akan merempuh/bergesel pula dengan kenderaan di laluan sebelah.
Semua perkiraan ini haruslah dipertimbangkan sebaik sahaja anda mula memandu/menunggang.
Ikuti kisah ini yang berlaku sebentar tadi, yang hampir meragut nyawa saya sendiri ketika tindakan spontan saya cuba membantu mangsa kemalangan.
Saya melalui laluan Sentul Link dari arah Bandar Baru Sentul ke Lebuhraya Mahameru dengan kelajuan 50 km/jam , kerana selain dari jalan basah akibat hujan, ia juga laluan bertingkat sepanjang lebih 3 kilometer menurun-menaik dan mempunyai beberapa selekoh tajam.
Hampir sampai pada penghujung jalan, dengan selekoh paling tajam ke kanan, dan menurun, saya lihat beberapa kenderaan tiba-tiba membrek dan mengelak dan saya pasti, tentu ada sesuatu di hadapan.
Benar, sebuah Proton Satria merintang sebahagian laluan kanan dan saya pasti ianya adalah kemalangan yang baru sahaja beberapa saat berlaku dan terlihat pemandunya masih di dalam kereta.
Saya berhenti kira-kira 5 meter di hadapan dan segera keluar dari kereta dan menjerit meminta pemandu keluar segera.
Tetapi tiada sebarang respon, dan di masa sama beberapa kenderaan nyaris merempuh Proton Satria ini.
Saya menjadi begitu tertekan kerana pemandu tidak memberikan respon, dan di masa sama saya perlu pastikan tiada kenderaan yang merempuh Satria ini yang mungkin mampu melibatkan kemalangan jiwa.
Fikiran saya sangat-sangat terganggu dengan situasi ini antara hendak member i isyarat kepada pemandu lain, dan meminta pemandu segera keluar.
Dalam situasi cemas ini, saya menelefon rakan dari ITIS, Zul, yang sedang bertugas, untuk segera datang ke lokasi untuk memberikan bantuan.
Dalam tempoh kira-kira 10 minit, saya berseorangan berdiri di tengah jalan dengan sebatang ‘baton-light’ untuk memberikan isyarat kepada pemandu lain.
Malangnya, suasana amat-amat menakutkan kerana hampir semua kenderaan dipandu amat laju walaupun jalan basah dan berselekoh tajam.
Beberapa kenderaan nyaris merempuh saya membuatkan beberapa kali saya terpaksa melarikan diri ke a rah tembok jalan, sehingga lah sebuah Perodua Kancil dipandu seorang wanita terus melencong ke arah saya kerana hampir merempuh kenderaan di hadapannya.
Ketika inilah, saya terpaksa menukar pendirian asas, bahawa, untuk menyelamatkan orang lain, pastikan diri sendiri selamat.
Selama 10 minit, tiada sebuah kenderaan atau penunggang berhenti untuk membantu saya walaupun saya menjerit meminta bantuan mereka.
Akhirnya pemandu kereta keluar dalam keadaan bingung, kesakitan di dada dan saya minta dia berada jauh dari kenderaannya.
Akhirnya, seorang lelaki (call-man) berhenti, membantu saya memberi isyarat kepada pemandu lain, diikuti 2 lagi rakannya tidak lama kemudian.
Menurut pemandu, dia dalam perjalanan pulang ke Subang setelah selesai bekerja di Sentul.
Setibanya sebelum selekoh ini, keretanya terlanggar batu dan keretanya hilang kawalan sebelum terbabas dan bergesel dengan tembok sebelah kiri dan kereta kemudian terbabas pula ke kanan dan terhenti merintang jalan.
Keretanya kemudian tidak dapat bergerak lagi dipercayai gandarnya telah patah.
Tidak lama kemudian, Zul dari ITIS bersama Ford Rangernya tiba membantu.
Ingatlah, secanggih mana kenderaan anda, apabila tiba di selekoh, ia tidak akan dapat mengesan apa objek di hadapan .
Ketika itu, anda sudah terlambat…

















Assalamualaikum,
Subhanallah. dahlah gelap…di selekoh pula tu. menakutkan!
Penyelamat hendaklah sentiasa selamat!
Peganglah pada ayat itu dalam setiap situasi kecemasan, selain dari berusaha dan Bertawakkal padaNYA. Itu antara pesanan dari Komandan Kem yang pernah saya berkhidmat satu masa dulu.
Syabas, Abang Sham! Anda sentiasa ada untuk membantu di masa cemas dan kemudiannya menyampaikan pesanan berharga buat kami semua melalui Blog ini.
Mudahan anda selamat sentiasa, AMIN!
mujur takde apa berlaku kat bro… macam ada magnet la abg sham dengan perkara macam ni (kemalangan,bantuan,kecemasan) ,kalau kena kat saya, konpom ada member suruh saya mandi bunga….hehe
Pemikiran saya dan abg sham sama rupanya…Saya pun cukup berhati-hati ketika melalui selekoh sebab kita tak tahu apa yang ada/berlaku di selekoh-selekoh ini. Saya juga mempraktikkan menjarakkan kereta kita dengan kereta di hadapan. Apapun, terima kasih kerana berkongsi info yang berguna untuk kita semua. Yang penting, jaga kelajuan dan jarak pemanduan anda. Pandu dengan selamat dan berhati-hati.
tahniah sekali lagi buat abg sham…betul tu..biar lambat asalkan selamat..dan sebelum kita nak membantu mangsa yang lain keselamatan diri juga jangan di abaikan..
terima kasih abg sham utk info yg sgt berguna..kalau org lain belum tentu nk berhenti tambah2 di selekoh mcm ni yg gelap dan hujan!
moga2 Allah memberi perlindungan dan kesihatan kpd abg sham..
p/s: judging from your age, it’s now not suitable for your to do this job. anyway, take care bro..
kereta NEO kan tuned by Lotus?….Camne boleh langgar tembok pulak?
Anyway, I setuju dengan nasihat Webmaster. Drive carefully. Nyawa cuma ada satu. Accident can happen anywhere, anytime and to anyone.
mngkin die terbabas kerana kelajuan @ keadaan jalan yg licin…kn tu kwasan selekoh..wlupn sebaik mana spesifikasi kenderaan tersebut tp dr segi pemanduan dan keadaan situasi tidak dijaga..ttp berlaku jgk kemalangan