Bayangan Maut – 2

Saya baru pulang dari Johor hari ini , sejak semalam saya ada tugasan sekitar Segamat ( Kg Mensudut Lama dan kawasan sekitar),Buloh kasap, Labis dan Yong Peng.

Sesekali berada di luar lingkungan bandaraya, dan seharian berada di ladang kelapa sawit, memenangkan walaupun ianya meletihkan.
Laluan bandaran di Johor kebanyakannya satu lorong dan berliku-liku terutama dari Tangkak ke Segamat, tetapi corak pemanduan yang seolah ‘makan angin’ mungkin menyebabkan kurangnya kemalangan maut di kawasan ini.
Sepanjang perjalanan pulang di Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Sg Besi,  laluan memang sibuk, tetapi kehadiran anggota polis trafik di beberapa lokasi untuk Ops Sikap, sekurang-kurang membantu mengurangkan kelajuan kenderaan di lebuhraya.
Kemalangan ngeri melibatkan sekeluarga 6 maut berhampiran Senawang semalam juga mungkin banyak mempengaruhi faktor pemanduan.
Saya tidak menjangka entry mengenai ‘Bayangan Maut’ mendapat banyak reaksi dan kini telah memasuki banyak ruangan forum serta dibincangkan , termasuk entry Minyak Tiruan .
Sebenarnya , ada banyak lagi fakta yang tidak sempat saya bentangkan dalam kajian ringkas itu.

Saya juga hanya membuat kajian berdasarkan sejak dari mula blog ini wujud iaitu sejak Oktober 2008.

Saya sebenarnya mempunyai butiran dan foto kebanyakan kes di laluan ‘Bayangan Maut’ itu sejak kira-kira 10 tahun lalu (sebelum adanya blog ini lagi).
Jika ada kesempatan, saya akan cuba siarkan fakta dan kajian bermula tahun 2005 hingga sekarang di lokasi sama, kerana sebenarnya memang banyak kes kemalangan maut berlaku di laluan ini sejak bertahun-tahun lalu.

Beberapa fakta tambahan:

- Sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, cuma laluan ini yang mempunyai awalan dengan huruf 4 tiga digit., iaitu KM400-3 hingga  KM459-3.

- Angka 4 bagi orang Cina berbunyi Si, atau bermaksud Mati

- KM 420-8 (S) mencatatkan kemalangan ‘kembar’

Km 420-8 (S) – 1 Dis 2009 – bas 10 cedera (2-15 ptg)

Km 420-8 (S) – 29 Nov 2008 – bas – 1 parah (3 ptg)

Kemalangan itu berlaku selang setahun 2 hari dari tarikh kemalangan pertama,
Berlaku di KM yang sama
membabitkan bas dari syarikat yang sama
waktu yang hampir sama
melanggar pembahagi jalan yang sama
kedua-duanya juga terbalik
kedua-duanya arah ke Selatan (Johor Bahru)

Post Lain Yang Berkaitan

10 Comments

  • Pada 2010.02.09 07:09, Anonymous menulis:

    salam…
    en. takde entry ttg kemalangan kat senawang tu ke? atau ada ke blog2 wartawan lain yg cerita psl kejadian 2?

    • Pada 2010.02.09 07:47, zm.azami menulis:

      Asalam tuan, sekiranya ada urusan di sekitar segamat, sudi-sudilah call/sms saya, boleh lah kita pekene "teh tarik"

      • Pada 2010.02.09 11:02, HjMisaiKontot :?????? ??????? menulis:

        bos, tu gambor mende? antu ke?

        • Pada 2010.02.09 14:22, umi_e menulis:

          salam… paparan yang diberikan memberikan banyak manfaat – paling kurang berhati-hati ketika berada di kawasan yang berbahaya…

          • Pada 2010.02.09 21:24, hayatiharun menulis:

            Bang…area Segamat terkenal ngan kain2nya yg murah2…lebih murah lagi dr Tangkak dan juga Nilai,kalau tak beli rasa rugi….kwasan desanya pun cantik juga terutama bg penduduk dr bandar2 besar spt K.L…tpi kalau nak tempat lagi cantik…gi Mersing lah…banyak pantai dan pulau2 yang cantik…org kata…sambil menyelam minum air…bawak family skali….tak gitu????

            • Pada 2010.02.10 00:16, Anonymous menulis:

              boss, sy pn da biasa dgn sgmt ni….
              info yg menarik….tp kite boleh percaya ke dgn ramalan nombor2 ni?
              sy xprcaya sgt dgn nombor2 ong dan sial ni….tp fakta td agak meyakinkan

              • Pada 2010.02.10 00:50, Azime menulis:

                Abg Sham Ondscene,
                Saya suka baca info2 dalam blog ni, byk informasi berguna buat panduan kita semua. Berita2 kemalangan ini akan membuatkan kita lebih berhati2 bila memandu, Insya ALLAH.

                Cuma…ada satu perkara yg berlegar di fikiran saya. Maybe Abg Sham dah ulas, tapi saya tak pernah baca.

                Kenapa kemalangan selalu terjadi di tempat ada kenderaan berhenti di tepi jalan/lorong kecemasan?
                Contoh:-
                1)Peristiwa yang menimpa Allahyarham Datuk Hazam.
                2)Peristiwa BMW 6 sekeluarga.
                3)Byk lagi kemalangan yang saya tak ingat.
                Kenderaan yang tengah berhenti tu ada aura apa2 ke utk tarik kereta yang tgh berjalan ni? Apa pendapat Abg Sham?

                Thanx Abg Sham.

                • Pada 2010.02.10 01:07, ondscene menulis:

                  anon – saya tak pasti tetapi cuba semak laman blog mereka yang di seremban. saya pun hanya dpt tau kes itu kira-kira jam 4 pg, itupun setelah rakan di seremban memaklumkannya.ketika itu masing2 masih blur kerana tiada maklumat siapakah mangsa itu sebenarnya kerana mangsa hangus samasekali.Al fatihah..

                  zm.azami-sebenarnya hendak juga menghubungi anda, tetapi masa saya amat2 terhad dan tiada ruang utk berjalan sekitar segamat. InsyaAllah, mungkin saya akan dtg lagi,dan kita bolej sembang2.

                  hjmisai- tuan haji, itu 'hantu' dibuat khas utk menghalau atau menakutkan monyet di ladang kelapa sawit…

                  umie-e- ye, harap2 mcm tu lah.

                  hayatiharun-mak ai, bestnya kalau dapat outstation utk berehat ronda2 dan picnic. selalunya(dan biasanya), saya kelaur daerah utk tugasan, jadi masa terhad utk bersantai.Takpe, lain kali boleh ke mersing pulak.

                  non- sebenarnya, semua itu adalah kebetulan. percaya atau tidak, terpulang kepada individu.

                  azimie- sebenarnya, persoalan itu dah lama bermain di fikiran saya. sejak bertahun2, kejadian seperti itu amat byk berlaku. kenapa mesti tuju kepada pokok, kereta, lori, treler. kenapa tdk tersasar beberapa meter supaya tdk merempuh objek. saya sebenarnya sedang mengumpulkan data2 kes2 sebegini, dan tak salah saya, dalam 5 tahun ini, ada kira2 100 kes seumpama itu yang masih menjadi misteri. saya akan cuba siarkan secepat mungkin lengkap dengan foto sekali.

                  • Pada 2010.02.10 12:23, Anonymous menulis:

                    untuk komen terakhir ondscene…

                    kalau tak rempuh objek tentu tiada kemalangan atau kemalangan yg x teruk sgt

                    • Pada 2010.02.11 01:27, sreSHAziela menulis:

                      hello bro.. happy Chinese new year..

                      sampai mensudut tu dah sampai.. hehe welcome to my hometown segamat.. ade singgah mkn DURIAN? ke singgah JAKEL shopping kain murah2.. :)

                      bila nak kuar entry psl accident senawang?

                      You must be logged in to post a comment.