Lebuhraya Utara Selatan
KM 400 – KM 459
(Tg Malim – Sg Buloh)
Kepada anda yang biasa melalui laluan ini, sila ambil perhatian, dan terutama kepada mereka yang akan bercuti panjang sempena Tahun baru Cina minggu depan, anda berkemungkinan akan melalui laluan ini.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika memandu.
Kajian ini tidak ditaja oleh sesiapa atau mana-mana pihak. Ia adalah inisiatif penulis setelah penulis merasakan menjadi tanggungjawab sosial yang amat berat bagi menyedarkan pengguna jalanraya betapa perlunya berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang.
Ketika mula-mula blog ini wujud, saya pernah cuba hendak ‘berkawan’ dengan beberapa blog/web yang berkaitan keselamatan jalanraya dan jenayah termasuk agensi kerajaan, serta mereka yang ‘ada nama’, malangnya, tidak pernah dilayan sebarang pertanyaan atau komen yang diberi.
Sebabnya?
Sebab blogger ondscene ini seorang yang tidak dikenali , ‘tiada nama’ malah diragui hasil kerjanya…!!!
Oleh itu, sebenarnya saya bergerak sendirian sejak lebih setahun lalu dan dibantu dengan semangat dari anda semua pembaca setia.
Ada ramai orang hanya pandai bercakap, pandai berkempen, tetapi sebenarnya tidak tahu apa-apa , cuma sekadar membuka internet mencari maklumat atau hanya tau komplen dan mengomel tanpa isi.
Dan sekarang, mereka yang ‘mengenepikan’ saya dahulu, sebenarnya banyak mengambil info dari blog kerdil ini – yang mana tujuan saya buat, adalah untuk kita kongsi bersama.
Kajian ringkas yang saya buat ini adalah berdasarkan pengalaman dan rakaman saya bermula dari kes pertama 15 Okt 2008 - 14 Januari 2010 ( 487 hari).
Dalam tempoh itu, angka kematian dan jumlah kemalangan sebenar adalah lebih tinggi kerana ada beberapa kes yang tidak sempat saya sampai.
=============================================================
Ringkasan:
Laluan ‘Bayangan Maut’ di dalam kajian ini adalah sepanjang 59 KM bermula dari ‘Interchange’ Bukit Lanjan di KM 459-3 dan berakhir di susur Tanjung Malim di KM400-3.
Sepanjang laluan ini, terdapat 8 laluan susur keluar/masuk:
- Km 456-1 Sg Buloh
- Km 453-8 Hospital Sg Buloh
- Km 446-3 Rawang Selatan
- Km 443-8 Rawang
- Km 428-4 Bukit Beruntung
- Km 419-6 Bukit Tagar
- Km 409-9 Lembah Beringin
- Km 400-3 Tg Malim
Terdapat 2 kawasan rehat menghala ke Utara:
- Km 458-4 Restoran Jejantas Sg Buloh
- Km 440-0 Rehat dan Rawat Rawang
dan 2 kawasan rehat hala ke Selatan:
- Km 436-4 Rawang Lay-by
- Km 458-4 Restoran Jejantas Sg Buloh
Disenaraikan kes-kes membabitkan kemalangan maut/cedera yang terdapat di dalam blog ini di dalam lingkungan kilometer sesuatu susur keluar/masuk:
Km 459-3 Interchamge Bkt Lanjan
Km 456-1 Sg Buloh
Km 453-8 Hospital Sg Buloh
Km 451-0 (U) 11 Jan 2010 – kereta 1 maut (12-50 tghari)
Km 449-0 (S) – 21 Mei 2009 – lori 1 cedera (8-30 pagi)
Km 447-8 (U) – 5 Nov 2009 – motor 1 parah (2-30 ptg) Lorong Kecemasan
Km 447-6 (U) – 30 Nov 2009 – motor 1 maut (2 ptg) Lorong Kecemasan
Km 446-3 Rawang Selatan
Km 445-0 (U) – 15 Okt 2008 – bas- 3 cedera (12-30 mlm)
Km 443-8 Rawang
Km 442-9 (S) – 13 April 2009 -bas 6 maut (4-30 pagi)
Km 440-7 (U) – 11 Dec 2008 – motor 1 maut (5-30 ptg)
Km 436-5 (S) – 23 Feb 2009 – kereta lori 1 maut (8-30 pagi) Lorong Kecemasan
Km 436-3 (S) - 14 Jan 2009 – kereta 2 maut (8-30 pagi) Lorong Kecemasan
Km 434-3 ((U) – 17 Feb 2009 – motor 1 maut ( 5 pagi)
Km 433-7 (U) – 30 Mei 2009 – motor 1 maut (10 pagi) Lorong Kecemasan
Km 433-5 (S) – 5 Dis 2009 – bas – 1 parah (10-30 mlm)
Km 432-4 (S) – 30 Apr 2009 – motor 1 maut (10-45 mlm)
Km 431-4 (S) – 14 Mei 2009 – kereta 1 maut (4-50 ptg)
Km 431-1 ((U) – 13 Jun 2009 -pejalan kaki 1 maut (2-30 ptg)
Km 431-0 (S) – 27 Jan 2009 – motor 1 maut (9-30 pagi)
Km 429-0 (U) – 14 Jan 2010 – beberapa kenderaan 5 parah (11-30 mlm)
Km 428-4 Bkt Beruntung
Km 421-3 (S) – 10 Jan 2009 – treler-bas 1 maut ( 4-00 pagi)
Km 420-8 (S) – 1 Dis 2009 – bas 10 cedera (2-15 ptg)
Km 420-8 (S) – 29 Nov 2008 – bas – 1 parah (3 ptg)
Km 419-7 (S) – 5 Feb 2010 – kereta lori 1 maut 1 parah (12-30 tghmlm) Lorong Kecemasan
Km 419-6 Bkt Tagar
Km 418-8 (U) – 16 Nov 2009 – kereta 1 maut (7-30 pagi)
Km 409-9 Lembah Beringin
Km 407-9 (U) – 27 Ogos 2009 – kereta 1 maut (1-30 pagi)
Km 406-6 (U) – 20 Mac 2009 – kereta 1 maut (1 pagi)
Km 405-7 (U) – 30 Mac 2009 – kereta 1 maut (5-30 pagi)
Km 400-9 (S) – 19 Jun 2009 – kereta 1 maut (5-40 pagi) Lorong Kecemasan
Km 400-3(U) – 14 Jan 2009 – lori 2 maut (10-30 pagi) Lorong Kecemasan
Km 400-3 Tg Malim
Dari statistik di atas, sektor yang menyumbang kepada kemalangan maut/cedera ialah:
- Km 400 – Km 401 Tg Malim
- Km 405 – Km 408 Lembah Beringin
- Km 418 – Km 422 Bkt Tagar – Bkt Beruntung
- Km 429 – Km 437 Bkt Beruntung – Rawang
- Km 440 – Km 451 Rawang – Hospital Sg Buloh
1- Ketua Penolong Pengarah Siasatan 2 JSJ Komersial Bkt Aman Maut Kemalangan
5 Feb 2010, 2-30 pagi, KM 419-7 (Selatan), 1 maut, 1 parah. Kereta rempuh lori – Lorong
Kecemasan
2 . Kereta Jatuh Dari Trak Tunda – 5 Parah
14 Jan 2010 , 11-30 malam, KM429-0 (Utara) , 5 parah. Membabitkan 5 kenderaan (lori/SUV/kereta)
3. Wanita Maut Kereta Rempuh Besi Penghadang
11 Jan 2010 , 12-45 tgh, KM451 (Utara), 1 maut. Kereta terbabas
4. Bas Ekspress Terbalik Lagi – Nyaris Terhumban Ke Dalam Gaung
5 Dis 2009 , 10-30 malam, KM 433-5 (Selatan), 9 cedera (termasuk 1 tersepit, pemandu parah).Bas
ekspress terbabas, terbalik
5. Bas Ekpress Terbalik - 10 Penumpang Cedera
1 Dis 2009 , 2 petang , KM 420-8 (Selatan), 10 cedera . Bas ekspress terbalik
6. Lagi Maut Di Lorong Kecemasan
30 Nov 2009 , 2 petang, KM 447-6 (Utara), 1 maut. Motosikal rempuh lori di lorong kecemasan
7 . Maut-Tercampak Keluar Dari Kereta
16 Nov 2009 , 7-30 pagi, KM418-8 (Utara), 1 maut. Kereta terbabas,terbalik
8. Fahami Fungsi Laluan Kecemasan
5 Nov 2009, 2-30 petang, KM 447-8 (Utara), 1 parah. Motosikal rempuh kereta di Lorong
Kecemasan
9. 6 Kenderaan Kemalangan – Kanak-kanak Maut Tercampak
27 Ogos 2009, 1-30 pagi, KM 407-9 (Utara), 1 maut, 3 cedera. Kereta, lori, van
10. Kencingan Maut
19 Jun 2009 , 5-40 pagi, KM400-9 (Selatan) 1 maut. Kereta rempuh treler di Lorong Kecemasan.
11. Mayat Berkecai Dilanggar Kenderaan
13 Jun 2009, 2-30 petang, KM431-1 (Utara) 1 maut. Pejalan kaki dirempuh kenderaan.
12. Lagi Penunggang Motosikal Maut Di Lorong Kecemasan
30 Mei 2009, 10 pagi, KM433-7 (Utara) 1 maut. Motosikal rempuh lori di Lorong Kecemasan.
13. Lori Gardenia Jatuh Lebuhraya – Nyaris Hempap Rumah
21 Mei 2009, 8-30 pagi, KM 449 (Selatan), 1 cedera. Lori terbabas, jatuh bawah lebuhraya.
14. Laju, Tayar Pecah, Terbabas – Maut
14 Mei 2009, 4-50 petang, KM431-4 (Selatan), 1 maut 1 parah. Kereta terbabas tayar pecah
15 Maut – Motosikal Melekat Di Celah Tayar Lori
30 April 2009, 10-45 malam , KM 432-4 (Selatan) 1 maut. Motosikal rempuh belakang lori yang
sedang bergerak
16. 6 Maut 2 Parah – Bas 2 Tingkat Terbalik
13 April 2009, 4-50 pagi , KM442-9 (Selatan) 6 maut, 2 parah . Bas ekspress 2 tingkat terbalik.
17. Wanita Maut , Suami Parah Kemalangan
30 Mac 2009, 5-30 pagi, KM 405-7 (Utara) 1 maut 3 cedera.Membabitkan 4 kenderaan.
18. Kepala Mangsa Kemalangan Hancur Digilis
20 Mac 2009, 1 pagi, KM 406-6 (Utara) 1 maut. Kereta terbabas
19. Setiausaha Maut – Viva Rempuh Lori
23 Feb 2009, 8-30 pagi, KM 436-5 (Selatan) 1 maut . Kereta rempuh lori di Lorong Kecemasan.
20. Maut Dirempuh ,Digilis – Badan Berkecai- Cebisan Daging Bertaburan Atas Lebuhraya
17 Feb 2009, 5 pagi, KM 434-3 (Utara) 1 maut.Penunggang motosikal digilis beberapa kenderaan.
21. Maut Diheret Kira–kira 200 Meter
27 Jan 2009, 9-30 pagi, KM 431 (Selatan) – 1 maut.Penunggang motosikal digilis.
22. 2 Lagi Maut – Lori Rempuh Lori
14 Jan 2009, 10-30 pagi KM 400-3 (Utara), 2 maut. Lori rempuh lori di Lorong Kecemasan.
23. Perjalanan Akhir Seorang Ayah dan Anaknya…
14 Jan 2009, 8-30 pagi, KM 436-3 (Selatan), 2 maut.Kereta rempuh lori di Lorong Kecemasan.
24. Maut Kemalangan Treler-Bas
10 Jan 2009, 4 pagi, KM 421-3 (Selatan) 1 maut, 3 cedera. Lori bertembung bas ekspress.
25. Maut Tercampak Dari Honda Goldwing
11 Dis 2008, 5-30 petang, KM440-7 (Selatan), 1 maut. Mangsa terjatuh dari motosikal terbalik.
26. Bas Ekspress Terbalik – Pemandu Cedera Parah
29 Nov 2008, 3 petang, KM 420-8 (Selatan), 3 cedera.Bas ekspress terbalik.
27. Bas Terbalik, 3 Cedera
15 Okt 2008, 12-30 tghmalam, KM445 (Utara), 3 cedera. Bas ekspress terbalik
Fakta kes:
- Membabitkan 27 Kemalangan – 20 darinya kemalangan maut.
- 20 kemalangan maut mielibatkan 27 kematian, dan kira-kira 50 cedera termasuk parah.
- 8 kes berlaku di Lorong Kecemasan – 7 kes membabitkan 9 maut dan 1 kes menyebabkan 1 cedera parah.
- 6 Kes membabitkan bas ekspress – menyebabkan 7 kehilangan nyawa dalam 2 kes.
- 14 kes melibatkan laluan arah Selatan, 13 kes arah ke Utara.
- 7 kemalangan membabitkan motosikal – 6 kematian, 1 parah
- dari 8 kemalangan yang berlaku di lorong kecemasan, 6 berlaku di waktu siang, hanya 2 di waktu malam.
- 12 kemalangan berlaku di waktu malam (antara jam 7 ptg – 7 pagi, dan 15 lagi diwaktu siang.
Sesuatu harus dilakukan pada laluan maut ini.
Ia bukan hanya sekadar memantau dan memantau dan memantau kerana saban ketika, ia akan memakan korban yang bukan sedikit.
Selain faktor pemanduan., faktor rekabentuk jalan juga tidak harus diketepikan kerana di tempat lain ada juga jalan, tetapi tidaklah sehebat di laluan ini kadar kemalangannya.













woww.. banyak betul accident kat stretch tu
thanx 4 the analysis bro
pasni balik rawang ikut selayang je la.
Terima kasih kerana dapat membuat analisis kemalanagan di sepanjang laluan lebuh raya tersebut. Kebanyakan kemalangan maut melibatkan rempuhan kenderaan lain di lorong kecemasan. Kalau ada maklumat berkaitan sebab kenderaan tersebut terbabas mungkin boleh dikaitkan dengan rekabentuk lebuh raya seperti kadar geseran permukaan jalan raya disepanjang laluan tersebut, vertical dan horizontal curve di sepanjang laluan dan sebagainya.
analisis bagus nih , hmm bila berita2 kemalangan ni dikumpul tetiba rasa yang memang banyak kemalangan berlaku setiap masa.
Terima kasih ondscene..Selepas saya mengikuti ondscene saya lebih berhati2 ketika melalui laluan yg d nyatakan..
Salam sdr ondscane ..terimakasih byk2 atas info ini. Terlalu berguna utk sy dan suami yg kerap menguna antara jln yg tersenarai itu. Boleh dikatakan tiap kali kami ke KB-KL-Teluk Intan pasti terjumpa kemalangan malah beberapa kali melihat kemalangan maut di depan mata di antara jalan2 yg sdr senaraikan itu. Kerap kali juga bersembang dgn suami, kalaulah kita dpt lihat mayat2 yg bergelimpangan di atas jalan, tentunya takut nak drive!
Sy setuju dgn pandangan sdr selain dr faktor pemanduan, rekabentuk jalan juga penyumbang kpd kemalangan. Apapun, kita merancang Allah menentukan…kita tak salah memandu tp jadi mangsa kpd pemandu yg salah memandu…
Terima Kasih dan tahniah kepada Ondscene dengan analisa ini, moga dapat dijadikan panduan kepada semua.
Yang hairannya mana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan dan juga jalan raya itu sendiri, yang dibayar untuk berkhidmat kepada masyarakat……….tidurlah wahai JPJ, JKJR, JKR, PULS dan lain lain lagi……tidurlah wahai kalian, tidurlah dengan diulit mimpi-mimpi indah, jangan lah bangun, janganlah buat apa-apa……tidurlah, biarlah mati dalam tidur.
Kadar kejadian kemalangan yang tinggi diseluruh negara, itu boleh dikatakan majoritinya disebabkan kelalaian pengguna, tetapi kalau kemalangan yang banyak berlaku di satu-satu kawasan maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan jalan itu……..
Ini wartawan yang buat analisa, nak tunggu security guard bank nak buat analisa dan ambik tindakan ker?????………itulah rupa 1 MALAYSIA….
Ada yang tak puas hati dari pihak berkenaan, boleh contact aku personally.
salam bro sham,
apa komen dari PLUS ke JKJR ,POLIS tentang kekerapan berlaku kemalangan disini….
terimakasih kpd sham .
che mat
Tuan…terimakasih atas info…nak mengharapkan yg berkenaan sampai bila pun tak akan ada…selagi tak ada yg betul betul mengemparkan berlaku…
Statistik ni sepatutnya pihak berkenaan dah ada (andaian baik saya) dan sepatutnya mereka kena bertindak segera. Jangan tol yg tak pernah berhenti 24 jam di ambilkira tapi keselamatan dibiarkan.
Kalau tengok pegawai dalam sesuatu agensi tu bukan la main ramainya tapi hasil kerja macam hampas. Aku cuma harap jangan puak puak dok lepas kan fail dari satu pihak ke pihak yg lain…akhirnya habuk pun tarak.
Mungkin kita kena failkan petisen supaya tindakan diambil ke atas mereka ni.
JamSeiko
Asalam,
Terima kasih Ondscene, maklumat amat berguna untuk di kongsikan bersama.
Izinkan saya copy and paste kat blog saya untuk maklumat bersama.
sekian, terima kasih dan wasalam
Che mat said…
Nak tahu apa komen PLUS, JKJR, & POLIS?
- Memandu Laju
- Berhenti kat lorong kecemasan
- Drebar mengantuk
- Hujan lebat
- Brek gagal berfungsi
- Dan punca2 lain yang tidak diketahui dari mana datangnya
Jalan, Lebuhraya?? 5 Stars… Jalan raya malaysia terbaik di seluruh alam semesta…
bro..
sama la apa yg saya fikirkan…
itu mmg kawasan bayangan maut…
menggerunkan kajian ni kan..
thanks
sy ddk dekat bukit beruntung…tmpt keje dekat datarn prima,kelana jaya…so mmg menjadi jalan yg wajib melalui jalan yg tertulis dlm analisa tersebut…sy mmg mmg akui analisa abg..100% perfect…salah satu lagi punce nye…jalan mmg gelap,lori/bas laju giler bile malam…kadang2 tayar2 lori yg pecah bertaburan tgh jalan dan dilorong kecemasan…so pihak berwajib sila lah buat kajian terperinci dan lakukan langakh2 proaktif untuk menangani isu ini..
n kredit pada penulis klu ade rating sy akan undi blog 1000000000000/100…
keep up the good work.. kami sentiasa menyokong usaha anda..
beware!! KM405 – KM408 Lembah Beringin..
salam…
makmulat yg sangat berguna..penyampaian yg tepat.padat dan telus..tentu ianya memberi byk menafaat kepada pengguna…
hanya Allah sahaja yg membalas budi dab jasa saudara..
nampaknya maklumat bro sham dpt sambutan dan perhatian pihak tertentu.kalau tidak masakan hari keluar info ni kat berita radio (yg saya dengar)TAHNIAH..jgn lupa baca doa /ayat kursi sebelum tavel jauh.
Salam bang,
baru je 2, 3 ari lepas terpikir macam banyak sgt kemalangan dekat kawasan tu. lepas tu abang ondscene dah keluarkan statistik berguna nih…terima kasih banyak. buleh lah dibuat panduan masing2
TQ atas info,saya sering berulang alik ke Ipoh,dengan anak je…bila malam,jalan tu gelap dan bas ekspress laju…
Saya harap blog ini tidak akan terhenti,pedulikan pada pihak pihak yang tidak senang hati dengan ondscene…
terima kasih banyak2
bang kalau boleh publish analisis ni dalam surat khabar.
analisis ni lebih bernilai berbanding kes yg hot kt mahkamah harini.
satu analisis yg sgt baik, boleh jadi paper work untuk conference.
Pada tahun 2000 bas kepunyaan kawan saya dari Sg Petani telah terbabas dan masuk longkang di Km 434.6 arah selatan antara persimpangan Bkt Beruntung dan Hentian Sebelah Rawang.
Waktu itu jalan masih 2 lorong, tidak 3 lorong seperti sekarang. 5 nyawa telah terbang dalam kemalangan itu yang berlaku pada jam 5.30 pagi dan kalau tak silap semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina pada tahun itu.
Saya berkesempatan melihat kejadian itu dan dapat melihat mayat2 secara life… sungguh mengerikan dan menurut anggota PLUS dan Polis Peronda Lebuhraya yang bertugas pada hari itu, sememangnya sama dengan analisis yang dibuat oleh saudara Sham ondescene…
saya tinggal di bukit sentosa.Baru2 ini saya ada menerima emel berkaitan jalan baru dari 2 lorong ke 3 lorong itu.Mengikut emel itu(penulis adalah orang yang sanagta tahu bab2 tayar),dari pemerhatiannya, jalan di situ tidak menepati ciri2 yang sepatutnya.Sekiranya saya berjumpa semula emel itu, saya akan msg tuan blog utk dipublishkan-iktibar dan perhatian pihak berwajib
info tv pon tak sedetail camni.
tahniah..
cuma nak komen pasal tayar pecah tu…pasal apa la driver bus /lori takde kesedaran nak alih tayar yg pecah/meletup, ataupun tu tanggungjawab pengendali h/way?
ada tak akta/ undang2 yg boleh meyaman diorg atas kesalahan mengganggu lalu lintas.? memang bahaya gile pasal dah byk kali kena ni nak elak sisa tayar bertabur..
lembah beringin mcm ada mistik skett lerrr
mmg betul en.tuah..tmpt tu mmg mistik…klu ujan lgi bahaya..
ps:laluan ini kerap ujan..hati-hati ketika memandu..
bagi saya kira-kira seminggu lagi untuk saya dedahkan statistik sebenarnya yang menggerunkan mengenai kawasan ini.bagaimanapun, pihak berkuasa ada mengelaurkan kenyataan, tiada apa yang salah mengenai rekabentuk laluan di sini dan ianya mengikut spesifikasi. adakah corak pemanduan, atau unsur mistik? sukar untuk dibuktikan mengenai unsur sebegini…
terima kasih di atas info yang berguna. Oleh itu saya juga menurut serta dalam kempen keselamatan di jalan raya untuk dipaparkan di blog saya.
kalau bro wat dlm bntuk jadula,pic lg bgus.sng nak phm.tq
berita2 statistik berfakta seperti ini sepatutnya dikeluarkan oleh pihak polis@media@agensi berkaitan. Tetapi sebaliknya melalui blog. Jadi apa gunanya agensi2 yang mempunyai kuasa berkaitan keselamatan jalanraya?Dimana anda?Media pula lebih berminat untuk memaparkan isu-isu politik hingga memakan hampir 6 pages suratkhabar!Sedangkan dalam masa yang sama kemalangan maut terus bertambah setiap minit dan setiap hari!
Mungkin jalanraya di Km400-459 ni akan serta merta diperbaiki sekiranya menteri2 sendiri yang mengalami kemalangan maut!
thanks for the info.. harap ada statistik lengkap.. boleh juga saya kongsi dengan kenalan saya..
betul la ondscene. happened to my brother….huhuhu.
kena lebih hati2 di kawasan ini….
Minta izin kongsi maklumat ini…….thanks