KM 458.3
Lebuhraya PLUS
arah Selatan
Sg Buloh, Selangor
1 Jun 2011
9 pagi
lagi foto
Bulan Jun, saya mulakan berita mengenai kemalangan di laluan Bayangan Maut.
Tiada kemalangan jiwa malah pemandu dan kelindan lori ini terselamat.
Begitu juga dengan kampit beras ini – terselamat dari dilarikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Lori ini membawa muatan kira-kira 7000 kilogram beras bersamaan kira-kira 700 kampit beras seberat 10 kilogram setiap satu.
Ia dalam perjalanan dari sebuah gudang di Rawang menuju ke Klang.
Lori ini tiba-tiba hilang kawalan apabila tayar hadapan kirinya tiba-tiba meletup.
Kenderaan ini terbabas ke kiri dan terus merempuh besi penghadang lebuhraya.
Tayarnya turut tertanggal dari rim, dan lori ini terbalik.
Berarus-ratus kampit beras bertaburan di lorong paling kiri lebuhraya.
Ketika ada beberapa pengguna jalanraya cuba mengambil beras terbabit, sebuah kenderaan penyelenggara lebuhraya Propel yang sedang melalui laluan ini, segera berhenti dan berjaya mengawal keadaan.
Kerja-kerja memindahkan beras ke dalam van syarikat ini selesai kira-kira jam 10.30 pagi.
Banyak dari kampit beras ini pecah menyebabkan beras bertaburan di atas jalan.
Dan akibat kemalangan ini, laluan sesak sepanjang kira-kira 3 kilometer.















mujur ada kereta peronda..orang kita ni payah jugak kalau jumpak beras tepi jalan..
buat apa nak makan beras haram? sengal la itu orang ;p
pakcik kayo klu dapat beras ni..huhu
PAS abang, UMNO adik? Takkan tu pun nak ajar?
Nasib baik diaorang tak sempat rembat beras tu.
Kalau diaorang amik beras tu.
Lepas tu makan jadi darah daging.
Sendiri la tanggung Dosa….
Tabiat orang kita, sama macam bila memandu nampak polis kat depan, baru nak tarik belt..kena ada yg memerhati, baru nak rasa takut…tapi mereka tak ingat kepada yang sentiasa ‘memerhati’ , sebab tak nampak…
Baru sekarang dapat post komen semula kat ondscene ni…asyik sangkut je…
ish..ish popular betul kampong rawang aku ni…manjang eksiden di sini…
Ada jugak pakat dok berenti ambik beras yang jatuh dari lori yer…
Sikap kebanyakan orang Malaysia sekarang…. biar lah org susah ke, mati ke, apa boleh rembat kasi rembat, halal haram langsung tak peduli…
haih…lain mcm je masuk blog ondscene kali ni…
nasib baik jgk kampit beras tu di pek mcm tu, kalau dlm guni biasa tu mau pecah bertabur lagi banyak kot..elakkan lah amik brg2 yg bkn milik kita..tak dihalalkan jenuh nak menjawab nanti.tmbh2 dh jadi darah daging..aduhai